Friday 14 November 2014

Perasan Baby?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dah nak masuk minggu ketiga jadi abang ni, Zharif makin kuat mengacau adik.
Asal nampak adik baring, mula la nak tunjuk kasih sayang.
Konon- konon sayang adik, tapi bukan cium..tapi tonjol kepala.
Dah adik tido, terbangun la.
Kadang sengaja lari- lari terus pegi kat adik.
Mak ngan nenek beriya halang.Pastu dia pusing sambil gelak- gelak.
Hai laa Zharif.

Semalam pagi, nenek ambik adik nak bawak mandi.
Tup, dia lari masuk bilik.
Cantik tempat landing!
Atas tilam adik jadi pilihan.
Tau la tilam adik cantik. Abang takde tilam macam ni. Sian abangB-)

Tilam hadiah dari wan teh.
Tq wan teh.~~tu sebab adik ada tilam cantik


Tuesday 11 November 2014

Lahirnya Nur Zaira Imani

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
26 Oktober 2014, jam 2211.
Perasaan masa tu?
Ya Allah, leeegaaa amat.kalau lah boleh dibunyikan 'lega' tu,memang panjang bunyi nya.
Tak terkata syukur amat.

Even ni as a second pregnancy, second deliver tapi experience tetap beza.tak sama.
Kali macam lagi suweet gitu.
Dapat merasai lebih 'natural' contraction.

Untuk kali ni, still gov hosp jadi pilihan.
Walaupun beriya masa awal pregnancy nak book private hosp.
Konon nak merasai macam mana la 'kebestan' PH.
Takpe-takpe,baru dua.masih ada lagi chance tu.
Dah husband mintak team bola sepak kan.

Kali ni, admitted hosp masa 38w + 4d.
Atas reason yang sama macam yang first.
Doc scan, air ketuban dah berkurang.
Mana leaking, taktau la.

Admitted Jumaat, esok pagi Sabtu baru start induced prostin 1x.
Kalau boleh, nak je suh doc induced malam tu gak.
Harap- harap baby keluar Sabtu.
Jadi baby 1 Muharram.
Tapi rupanya baby still selesa kat dalam.

Lama jugak nak dapat kan kesan induced.
Siang hari Sabtu still no sign.
Tak sakit no blood show.
Ibu dah tertanya..bila nak keluar,Syg oii..

Waktu nak solat maghrib, baru ada blood show.
Nurse suh relax je dulu.
Pukul 9++, senggugut datang!
Tak kerap.
Kadang 10 min,kadang lebih.
Tapi masih boleh tido, sakit pun boleh bawak masuk tido.

Esok pagi,nurse kejut untuk check CTG.
Contraction dah makin kerap.tiap 5min.

So, no second prostin.
Let the feel come naturally.
Sikit-.sikit 'dia' datang.
Perasaan hari ketiga kat wad dah tak tentu hala.
Bukan sebab sakit tapi rindu anak kott.
Asyik play video dia ulang-ulang sampai tak tahan rindu.
Tengah hari Zharif datang.
Contraction dah makin kerap.
Tak dapat nak layan sgt.kejap je Zharif datang.
Dan ibu tengah fight dengan perasaan sendiri.

Makin petang, blood show makin banyak.
Sakit taktau nak cakap la.
Petang, husband ajak jalan- jalan.
Pegi Koop la.
Ibu dah ketar- ketar ikut je jalan.
Kate nak beranak cepat kan.

Dah habis masa melawat,husband nak balik.
Nak mandi- mandi katanya.
Tapi instinct ibu,mesti malam ni beranak.
Berat hati nak bagi balik tapi dia janji nak datang semula.

Lepas maghrib, tido and skip the meal.sebab tak tahan sakit.
Tengah tido, rasa gigil sangat.
Bangun, solat isyak.
Habis solat, gigih jalan ke kaunter nurse.
Then, doc buat VE.

Ouch, 6cm dah!! In labor now!.
Fuh, terngiang lagi ayat doc tu.
Terus call husband sambil nangis.
Ngeh2, dulu pun bila doc cakap masuk LR call nangis2 gak.
Dasar 'manja ngada' kat husband.
Tapi dia jauh lagi nak sampai hosp.
Dia still kat Serting, kereta banyak plak malam tu.Lambat la nak sampai K.Pilah.

Kat wad, bila doc bagitau dah 6cm nurse yang kalut.
Haa,nurse takut tak sempat sampai LR..
Dun work nurse, memang dah rasa nak 'uk uk' tapi I tahan je dulu ni.
I pun tak nak beranak tengah jalan.

Dalam LR, doc setting, pasang branula, buat prep semua.
Jam pukul 9.30 malam.
Ibu dah gigil habis.
Two reasons: sakit amattt plus lapa haus.
Tak makan kot kan.tekak Kering amat.mintak air, nurse tak layan.dusshh.
Doc plak, banyak tanya.
Tanya nama je dah banyak kali.
Rasa nak luku- luku je.
Tengok r kat buku merah ke, kat tangan ni pun dah ada tag.
Sakit sampai malas dah nak jawab apa  doc tanya.

Bila doc dah pecahkan ketuban, OS dah full.
Husband tak sampai lagi. Ibu dah sedia nak push je ni.

Doc bagi 15 min rest time.
Kumpul energy,biar push masa yang betul.
Lupa nak kira berapa kali usaha push, tapi banyak kali gak r.
Less energy. Haus!
Tapi fikir, kena keluarkan anak ini.tanggungjawab.kalau baby dah lemah macam mana?

Dan, at last..2211 26 Oktober 2014.. bila rasa kepala dah keluar, nurse tarik plak dia macam..slruupp..terasa lagi licin masa nurse tarik dia keluar.
Nurse tanya, macam mana?
Lega nurse..aisy,tak termampu nak luahkan perasaan.

Sempat lagi tanya, nurse mana husband saya? Dia kata nak masuk tadi?
Huk huk..baru teringat husband.
takde.
Rupanya dia tak sempat sampai.
Melepas hajat nak dia tengok.

Masa skin to skin with LO, sempat jugak iqamat kan dia.
Cool je atas dada.
Tak macam abang Zharif, yang terus nak cari susu.

Proses nak keluarkan darah kotor & jahit a bit tenang compare last time.
Placenta keluar semua, takde yang tertinggal.
Jahit pun sikit bahagian luar sahaja.

Lepas baby siap mandi, dapat chance bf baby.
Wahh..perasaan.best sgt dapat bf dan df semula.
Cukup satu jam baru nurse tolak masuk wad.

Keluar LR baru jumpa husband.
Katanya, 3 min je lambat.
Nvm, sampai wad ku 'dera- dera' suh urut kaki la, kepala la.

Dan, esok dah discharged.
Yeah, balik rumah & ku gomol puas hero yang ditinggalkan.

Her first day.

Wednesday 5 November 2014

Bayi Membesar Hanya Sekali

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Semalam genap Zharif masuk setahun empat bulan.
Semakin banyak akal.
Nak pulak sekarang duduk dengan atuk nenek, memang jadi bahan lucu je.
Terhibur atuk nenek dengan kerenah cucu hero ni.

Bila beri barang, tak lupa ucap terima kasih.."me acih".

Bila hati dah meronta nak keluar rumah, ambikkan tudung ibu.kalau ibu tak pakai,amboi garang geram kat ibu.

Last month, word terbaru dia sebut ayah.
And he really mean it.
"ayah..ayah" bila bangun tidur.
Dah bila ayah ada, ayah yang tidurkan dia.
Err, belum record video lagi nih.

Perangai baru pulak, asal jumpa hamparan tak kira la lapik lap kaki ke apa ke, dia berdiri.
Tangan lekap dua letak atas perut.
Tengah solat!

Banyak progress since masuk setahun ni.
Kalau berlari, gaya aeronatik.
Tangan ke belakang, kepala ke depan.
Mana tak geli hati perut.
Jumpa jiran sebelah, fuh banyak cakap.
Tau la sebaya.
Korang- korang je la yang faham apa yang diborakkan.
Ibu layan nganga jela.

Semoga Zharif terus membesar dengan sihat, cergas dan bijak, anak soleh ibu ayah.

Friday 31 October 2014

Selamat Pengantin Madu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Yeah, dah habis pun malam tadi drama Selamat Pengantin Madu.
Habis je, terus tepuk kaki laki ku tu.
Haa, tengok tak ke leceh.

Dia cebik je.
Ceit, dasar lelaki ada je rasa nak mencuba tu.
Sekali tak mampu kan dah kena diri sendiri.

Kalau tak mampu adil jangan mencuba.
Kalau tak mampu tahan rasa cemburu jangan buru laki orang.
Wiwiwi..

Abang Cemburu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kali pertama selepas ibu balik dari hospital, abang Zharif tengah tidur.
Bila dia bangun, dia nampak ibu dia pandang je ibu.
Yeah, ibu dah ada!
Dan ibu tahu, Zharif rindukan ibu kan? (Tak, ibu yang rindu amat.>36jam tak puas jumpa)

Zharif datang, minta dukung, tapi maaf sayang.
Ibu belum sihat betul lagi.
Sayu hati. Dia masih belum puas manja.

Bila dengan adik, straight je pandang.
Taktau apa makna pandangan tu.
Geram ke, ke engkau lah yang merampas kemanjaan ku.
Kecik-kecik je ku pandang kau.
Kalau biar lama, habis adik kena cucuk- cucuk dengan abang.

Paling seriau bila dia tengah berlari.
Sekali vrooom,macam takde brake.
Sikit lagi nak sampai kat adik baru nak belok.
Mau penyek adik kena langgar ngan abang.

Time adik dah rengek time tu jugak lah dia nak manja.
Belum sempat ibu angkat adik, cepat- cepat dia dapatkan ibu.
Duk atas riba, lepas geram. Gigit baju ibu.
Aduhai anak.

Ibu sayang kasih cinta rindu Muhammad  Zharif sikit pun tak kurang.

Thursday 30 October 2014

2 Babies In The House!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, alhamdulillah..
26 Oktober 2014 bersamaan 2 muharram 1436H, satu lagi tarikh istimewa muncul dalam keluarga kecil ni.
Pada tarikh ni, sarah selamat lahirkan seorang puteri.

Alhamdulillah, Allah dengar doa. Allah makbulkan.
Proses bersalin & kelahiran berlaku dengan mudah & selamat.
Both ibu dan anak sihat.

Ramai yang bertanya, percaya tak dah 2 anak ni?
Rasa macam tiba- tiba je.
Pejam celik, tup dah 2.

Dah sepasang, now masa untuk rehat panjang sikit.
Concentrate besar kan anak-anak, lepas tu fikir pasal career development...then, baru fikir untuk yang ketiga.
Tapi kalau Allah nak bagi rezeki anak cepat, takde sapa yang boleh menolak.

Blessed to have this lil prince and princess.
Kiri abang 5 Julai 2013
Kanan adik 26 Oktober 2014
Cari perbezaan!

Friday 10 October 2014

Muhammad Zharif, Nampak Friendly tapi Tak Boleh hilang Ibu!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sejak-sejak nak jadi abang ni Zharif makin la tak boleh nak berpisah.
Kalau hantar pagi- pagi rumah kak ita, dah siap- siap pegang baju ibu.
Dia tau lepas ibu letak, mesti ibu nak tinggalkan dia.
Mujur la kak ita tau nak pujuk. Nanges kejap la.

Petang pulak, tak sabar- sabar nak balik.
Ada sekali tu ambik lambat.
Kawan sorang dah balik.
Punya la dia ngamuk sampai sujud-sujud kat lantai.
Tu dengan kak ita.
Dah biasa jaga dia.
Kalau dengan orang lain termasuk atuk nenek dia, max 15min je.
Lepas tu lama tak nampak bayang ibu, siap menjerit macam kena gigit apa.

Mulanya, tak perasan dia dah berubah perangai.
Yela, pernah je sebelum ni tinggalkan dia kat kampung.
Seminggu lebih, tapi ok je.

Masa family datang Penang bulan lepas, sebabkan diorang dah penat travel jauh, jadi taknak makan kat luar.
Kami je la belikan untuk makan malam.
Baru je sampai kedai, adik call.
"Zharif menangis teruk amat"
Aii, peliknya. Ingatkan kena gigit chali ke apa.Ala, serangga yang gigit sakit amat tu.
since dia macam baru je baik lepas kena gigit chali.
Check satu badan takde plak.

Esoknya, saje je kami husband&wife duk dalam bilik.
Sementara dia main dengan atuk nenek makcik pakcik dia.
Sekali, dengar orang menjerit.
Anakku tu rupanya! Bila dia teringat mak pak dia takde terus menjerit-jerit.

Balik Ipoh baru ni pun sama.
Baru jap masuk bilik air, dah dengar orang menjerit kat luar.
Selagi tak bukak selagi tu tak diam.
Siap pakej hentak-hentak kepala kat pintu.
Sekali ibu bukak pintu, boleh sengih lebar, sambung berlari main!

Kalau jumpa orang, siapa-siapa je la, tak putus senyum.
Siap tegur-tegur lagi.
Tapi kadang-kadang bila orang nak ambik dia, terus bersandar kat ibu.
Takut la tu.
Tapi bagus juga. Tak perlu nak mesra lebih dengan orang yang tak kenal.
Zaman sekarang, zaman kena berhati-hati.


Thursday 9 October 2014

Pregnancy: 36weeks

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kalau dulu masa Zharif, ada masalah GDM.
Tiap-tiap 2 minggu sekali buat BSP.Ulang alik Klinik.
Kali ni, dah selamat dengan GDM, tapi timbul pulak hal lain.

Masa week 32, doc scan tumbesaran fizikal baby macam lewat 3weeks.
Tapi baby still menunjukkan tumbesaran.
Cuma kecik je la dari yang sepatutnya.
Sampai nurse duk tanya, betul ke bagi tarikh LMP ni?
ayark, tanya sekarang memnag tak ingat dah la.
Tapi macam confirm je.

Tiap- tiap 2 minggu kena jumpa pakar.
Still sekarang dalam pantauan pakar.
Katanya, dah week 36, tapi perut 33cm.
Yang ni pun kadang- kadang rasa berat je nak bawak.

Alhamdulillah, walaupun size macam kecik,
setiap 2 minggu tu berat baby tetap naik dalam 500g.

Start minggu depan dah seminggu sekali check up.
Dan, weekend next week dah boleh balik kampung.
Woohaa, tak menyabar nak balik kampung.
Dengan penuh harapan, sempatlah sampai kampung.
Harap tak jadi macam Zharif, tak sempat nak balik dah terrr kat Seberang Jaya.
Nak jugak tu jadi orang Penang.tapi hidung penyek!

Frustuated!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Bila berhajat nak terus update blog, ada je sesuatu yang buat hilang mood tu.
Erm, update pun bukan cheritera sensasi apa.
Cuma hal family & anak- anak.

Cerita frust ni bukan hari ni punya cerita.
Dah lama, dah 2 minggu kot.
Tapi bila ungkit, masih lagi terasa pedih + kecewa.

Early Sept, Sarah ada buat permohonan untuk berpindah ke UiTM Pasir Gudang.
Erm, berat hati nak buat decision pindah sana.
Sebab kat P.Pinang ni dah rasa selesa.
Rumah dekat dengan office, dekat dengan hospital.Tak jammed.
Kos hidup pun takde la tinggi sangat,

Tapi, harus berjauhan dengan sang suami.
That's why kami sepakat, untuk pindah Johor.
Husband dah dapat kerja kat JB.
Disebabkan UiTM Pasir Gudang still lagi belum betul- betul cukup staf, so macam berharap sangat mudah dapat kat sana.
P.Pinang dah dapat pelepasan.
Tunggu apa kata Shah Alam.
Tunggu punya tunggu, tup-tup selepas 3/4 minggu apply, kata TAK DILULUSKAN.

Hancur hati, patah semangat.
Satu hari berendam air mata.
Bukan saja-saja apply nak duduk dengan husband, tapi reason Zharif.
Dia perlukan perhatian both parents dia.

Kadang- kadang rasa nak jadi fulltime housewife.
Tapi, siapa mau bayar contract rm100000 tu.
Pastu, no shopping, no jalan- jalan macam sekarang.

So now, buat rayuan lagi.
Still kena tunggu Mac nanti baru tahu macam mana.
Harap- harap dipermudahkan la.

Erm, dilema ni bukan saje pada kami.
Tapi staf gov yang lain pun sama perlu sacrifice. PJJ dengan suami.
Cuma, ada bernasib baik, dapat la rezeki dapat duduk sekali.
Tu pun, sabar menunggu.

Friday 12 September 2014

Muhammad Zharif, Anti Hospital.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sekejap je masa 'berlari'.
Sangat pantas.
Dalam sedar tak sedar dah 6 bulan jadi regular customer ward 2, HSJ.
2 kali seminggu, nurse pun dah kenal dah Muhammad Zharif ni.
Dari kecik berdukung sampai lah dah berlari.

Dulu- dulu, bila bawak Zharif masuk ward tu dia okay je lagi.
Banyak cakap gelak macam- macam.
Tapi selangkah masuk ke treatment room, terus mencebik muka.
Meraung.
Dah kenal sangat, bilik yang bau semacam ni bilik yang akan buat dia rasa sakit.
Dan, orang yang pakai jaket putih itu, orang yang akan cucuk dia.
yang akan paksa dia baring & buat rasa sakit.

Sekarang, bila bawak masuk ward 2, dia dah mula gelisah.
Semua deria rasa, dengar, lihat dah berfungsi dengan baik.
Dia dah cam. Ni ward! Jap lagi nak kena cucuk!
Kadang, tengah dukung pun tiba- tiba dia mencebik.
Pujuk sikit, hilang la kejap rasa nak nangis dia tu.

Kalau ikut hati, tak kuat nak dengar dia meraung tiap kali kena cucuk.
Tapi ibu kena kuat, insyaAllah Zharif boleh kuat.

Harapnya, makin dia membesar dia tabah & boleh terima hakikat.
Dia penghidap Haemophila A.
Dia kena hati- hati dengan apa yang dia buat.
Sikit bleeding boleh datangkan bahaya pada dia.

Satu hari nanti, bila Zharif dah besar, bila Zharif jumpa blog ni, bila Zharif baca post ni,
ibu nak Zharif tahu,
"kenapa ibu ayah bawak Zharif sini, sebab ibu ayah sayang sangat pada Zharif"

Love u baby, love u so much.

Thursday 11 September 2014

The Beautiful Eyes

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Now, the only reason I always check the hand-phone just for this picture.


Thank you Allah for his beautiful eyes.
The sadness, depress disappear when staring the eyes.

Love u baby, love u so much. 

Pregnancy: Week 32 & Visiting My Baby

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu 32.
Kejap je dah beralih minggu.
Kang tup- tup dah keluar adik baby ni.

Again, minggu ni dapat 'visit' adik baby.
Asyik sangat berenang dalam perut tu, apa yang dibuat agaknya.
doc scan,hmmm, kenapa macam date tu jauh sangat beza dari EDD.
3minggu ke sebulan lambat.
Weight 1.2kg.

Then pass ke specialist.
Baru lega sikit, beza dalam satu ke dua minggu.
Agak normal lah kan kalau beza sikit- sikit minggu tu. Berat 1.5kg.
Alah, si abang pun lahir kecik je.
Masa abang pun, doc worried dah sebab baby kecik.

Kawan- kawan pun tegur, tak nampak sangat perut.
Tapi jalan dah macam apa.
Kenkang kiri kanan buruk amat.
Adoi, berat dah rasa perut ni.
Macam dah bawak turun ke bawah je.
Tapi baby, pls awal lagi.
Tunggu kita balik Pahang baru keluar, ok!

3rd trimester dah mula kejang- kejang kaki.
Malam tidur wajib tinggi kan sikit kaki.
Kalau tak, merasa la tengah malam simpul biawak.
Sape nak tolong urutkan.
Bukan husband ada kat sebelah pun.
Tahan sendiri je la.
Sobss..

Best teramat kali ni.
I'm free from GDM.
Fuh..takde kencing manis!
Tu pun pandang kiri kanan, sebelum minum buang pastu minum sikit buang terus.
Kang minum banyak sure naik punya la.
Lepas raya test kot.
Semua hentam bedal.

Sikit lagi perjalanan.
Kalau kenangkan experience deliver abang tahun lepas, masih seram.
Kali ni harap- harap lebih mudah.

Tuesday 2 September 2014

2 Years Is Still Young

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah summa Alhamdulillah.
31 Ogos 2014, genap 2 tahun usia perkahwinan.
2 years is still young and may more to come.

Kalau ditanya pada husband, apa pencapaian 2 tahun?,
mesti dia nak kata "2 tahun 2 anak"
Kalau macam tu, 3 tahun??

2 tahun, bersama dengan yang tersayang.
Pesan si dia, "bila dah kahwin, sangat mudah nak buat pahala kan, jadi buatla dengan ikhlas"
InsyaAllah!

Tahun ni, awal- awal lagi dah request nak jalan- jalan cameron.
Last pergi pun tahun lepas.
Kali ni konon nak bawak Zharif la.

Tapi kata orang cameron jammed.
So cancel.
Husband drive tanpa hala tuju mulanya, then decide pergi Lumut aje la.
Sampai sana, member suggest pergi la Pangkor!
Tapi pergi tanpa plan dengan barang yang macam- macam, stay kat Lumut aje la.

Hotel dah banyak yang full,
round pekan Lumut tu jumpa hotel budget tapi macam cantik je.
Check in Brezza Hotel, RM 78 je cukup untuk tidur & rehat.
Asalkan bilik & toilet bersih.

Petang bawak anak teruna jalan- jalan kat Lumut waterfront.
Punya la happy, siap jumpa awek main kejar- kejar.
Malam sambung jalan lagi.
Yang best nya stay kat sini, boleh park je kereta depan hotel. pastu jalan je.
Takyah fikir nak drive ape dah.
Esoknya, beli souvenir produk laut sikit, and balik.

Jeles, suka selpie berdua!

Lari-lari, awek kejar!

Susah betul nak statik budak ni.

Love u forever & ever buah hati ibu ayah.


Short  & simple vacation.
Tapi puas hati.
Dan, siapa kata nak berholiday perlu spent duit banyak- banyak.
Tengok pada keadaan & tempat. Percutian budget pun berbaloi.

Monday 18 August 2014

Tamat 2nd Trimester Journey & Scan 4D di Seberang Jaya

Assalamulaikum
Salam sejahtera..

Minggu ni dah masuk minggu ke- 29. Maka dah masuk ke fasa yang terakhir.
Alhamdulillah, 2nd trimester kali ni dapat ditempuh dengan tabah.
Puasa pun dapat puasa full.
Tapi still kena ganti yang tahun lepas..Cheq tak sempat nak habis kan 12 hari lagi..
Banyak tu hoii..

2nd trimester kali ni, cuma rasa loya di pagi hari.
Kadang tu macam tak tertahan.
Ikut kan hati sampai je office nak text student cakap class cancel.
Tapi tak sampai hati.
Gigih jugak panjat tangga tingkat 2, loya- loya pun jalankan class jugak.
Sian pulak student nanti, cikgu tak larat diorang plak tertinggal silibus.
Tapi ku tahu...jika text class cancel sure dah melompat macam ape atas katil tu.
Pastu sambung berenang.

Sambung semula cerita pregnancy.
Kali ni tak se'eager' macam masa abang Zharif.
Asyik- asyik nak p scan.
Konon excited nak tahu gender.
Tapi tak nampak pun.
Bila dah besar sikit baru dengan jelas nampak 'pistol' tu.
Jadinya, adik baby dah minggu ke- 28 baru scan 4D.

Kami buat di Klinik Dr. Marina, Jln. Sembilang, Seberang Jaya.

Best sangat buat scan kat klinik ni.
Yang penting price macam berbaloi- baloi.

2 Scan 4D photo + 2 scan 2D photo + 1 CD = RM65.
Macam mula gile.
Sebab masa abang Zharif scan 4D kat Klinik Jamaeton, Sri Kembangan RM100+

Dr. Marina explain satu- satu pasal adik baby.
Adik pulak sama macam abang, tak nak tunjuk muka.
Konon nak buat surprise la tu kot.
Tapi Dr Marina dah expert.
Dia suh mengiring, tekan- tekan gosok- gosok sikit.
Tup, adik baby tunujuk muka.
Subhanallah, comel macam abang.

Alhamdulillah, physically adik baby sihat.
Kalu dulu, ibu macam sukar nak terima, sekarang rasa tak sabar nak gomol- gomol both anak ibu ni.

Semoga keduanya membesar dengan sihat & ceria. Jadi anak soleh.

sian abang main ba-ba-chak sorang-sorang.

Akhirnya, Keluar Juga Dari Mulut Dia

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kami ni seolah- olah tertakdir untuk jadi pasangan jarak jauh.
Dari masa berkawan (UiTM - UMS), bertunang (Shah Alam - Kuala Terengganu),
berkahwin (Skudai- KL) sampai lah anak satu ni (Penang- KL).

Kalau ikut dah biasa, memang dah terbiasa macam tu.
Zaman- zaman belum kahwin boleh dah abaikan.
Zaman sekarang dan akan datang ni, apa- apa hal uruskan sendiri je.
Malam Jumaat  gerak balik Penang, Sabtu pagi baru sampai.
Ahad malam balik KL semula.
Alhamdulillah, terima kasih suami.
Without miss, walaupun penat badan.

Malam tadi, masa hantar kat bus station, keluar dari mulut dia,
"bila la dapat duduk sekali"......

Soalan macam takde jawapan.

Yang cuma Sarah tahu, before deliver atau sebaik habis cuti bersalin nanti nak duduk sekali.
InsyaAllah..amin.

Before deliver?Hmm, ada lebih kurang 2 bulan setengah lagi perjalanan.
Harap segala urusan dipermudahkan.
Bukan apa, uruskan Zharif sorang- sorang takde masalah.
Cuma risau nanti Zharif buli adik macam mana?
Kurang- kurang ada ayah boleh pantau sikit.
Harap la..




Tuesday 12 August 2014

Takde Sivik ke Tak Malu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baru- baru ni bukak FB ada yang share pict bawah ni.


Kiranya, nampak macam duk bercinta sampai buat tak tau kat orang.
Mak tengah dukung anak pun tak bagi chance nak duduk.
Geram pun ada.
Sebab realiti!
Walau sebenarnya tak tau hakikat belakang cerita, tapi memang ni la yang jadi selalu.
Yang perlu diutamakan, tak diutamakan.

Ada 2 side boleh tengok dalam pict ni.

Dalam pada nak buruk sangka, mana tau sebenarnya diorang dah beri kakak tu chance nak duduk.
Kakak tu pun tengah ' babywearing'.
As babywearing mother, saya lebih selesa berdiri dari duduk.
Kalau duduk kejap, mula la Zharif meronta nak keluar.
Baik berdiri.
Zharif pun boleh tengok keliling.

Cuma, jagalah adab.
Tak perlu nak bermanja- manja lah kat public.

Side yang kedua,
kalau memang ye pun diorang tak bagi chance kat kakak tu,
tapi si pengkomen pulak yang kena jaga adab dalam memberi komen.
Tak perlu caci maki.
Tak perlu jadikan viral.

Peace!

Monday 11 August 2014

2 Years: Keep Counting & Praying for Endless Love

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

13 Syawal..dah berapa hari lepas pun.
Alhamdulillah, genap 2 tahun as husband & wife.

Masih awal lagi.
Tahap cinta tahap tinggi gunung.
Tapi harapnya, makin lama makin lagi tinggi.

Takde pape yang best pun sempena 2 tahun.
Tu pun, hampir terlupa..
Maybe sebab nak kira ikut bulan Islam, ingat- ingat lupa.
Bukak balik pict lama, cari kad kahwin dulu- dulu baru la confirm date.
Teruk!

Tapi, weekend lepas weekend palinggg best.
Hmm, maybe dapat jugak akhirnya buat scan 4D adik baby.
Dapat tengok muka adik baby, eh sama muka abang la!

Tu la hadiah sempena 2 tahun.




Monday 4 August 2014

Balasan Bila Asyik Nak Komplen.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Macam sambungan cerita Zharif admitted.
Tapi part lain.

Raya ketiga hari tu dah balik Kajang.
Sebab husband dah start keje raya keempat.

Siang husband keje, malam baru dia bawak jalan- jalan.
Punya la boring kami 2 beranak kat rumah.
Takde TV, takde laptop untuk ibu.
Zharif pun takde toys, atau buku nak baca- baca.
Sampai, dia ngan ibu dah asyik nak merengek.
Cakap pun sikit je.
Bila ayah dah balik keje, baru dia syok.
Baru cakap banyak.
Boring r tu ngadap muka ibu satu hari.

Kat rumah Kajang ibarat macam takde pape.
Nak masak boleh je. Tapi tak syok.
Kalau tido atas lantai alas toto aje.

Malam first, okay lagi.
Tapi the next malam ibu dah cakap- cakap sakit badan lah, banyak komplen je.
Hati dah meronta nak balik penang, sebab nak tidur atas tilam.
Huk, melampau...

Jadinya, bila dah balik Ipoh, Allah dah makbulkan wish tu.
Terus dapat tidur atas katil.
Katil hospital!!

Husband paling gelak besar.
Siap perli, 'breakfast siap serve sampai katil'
Hampeh.

Hujung Minggu yang Lepas

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Cerita penghujung cuti raya.

Hari Sabtu attended akad nikah sorang member since study kat UiTM dulu.
Patut nya reception next week, tapi kalau dah balik Penang sure tak tersampai dah ke Shah Alam tu.
Even majlis nikah aje, tapi cukup meriah.
Nak- nak pulak majlis 2 pengantin sekali gus.

Amal dah selamat, makna nya tinggal beberapa lagi gang study yang masih single but not available.

Amal cantik berbaju peach pulak tu


Semoga berbahagia hingga ke syurga, amal & imran.

Tengah- tengah orang sibuk nak bernikah, si anak teruna dah tak keruan.
Ayah dia bawak keluar dari surau, main- main.
Ntah macam mana, tersungkur jatuh atas lantai.
Berdarah mulut.

Elok je lepas tu, dia macam okay.
Pernah jugak bibir berdarah sebelum ni.
So kali ni ingat macam biasa la.

Dari Shah Alam, singgah rumah maksu kat Puchong.
Dia main macam biasa. Seronok plak tu jumpa mak-pak sedara.
Dalam pukul 4 macam tu, tengok mulut berdarah lagi!
Hati dah risau.

Dah mulut berdarah, sekali macam mana kepala plak terhantuk bucu meja.
Sampai hari ni belum hilang lagi lebam kat belakang telinga.

Bertambah risau.
Cakap kat husband, cancel dah plan nak jalan raya.
Terus balik Ipoh.

Kat Ipoh, tengok mulut berdarah lagi.
Doc pernah pesan, kalau berdarah bagi dia makan ais-krim.
Ibu pun terpaksa surrender.
Bagi jugak ais-krim.

Tapi sekali masuk sudu, keluar darah kat sudu ais- krim.
Bersin pun bersembur darah.
Aish, tak boleh jadi. Bawak jugak ke hospital.
Dah agak, sure kena warded punya.

Tidur hospital, transfuse factor 8 & acid ape tah untuk stop kan pendarahan tu.
Alhamdulillah, bangun pagi mulut dah bersih.
Tapi bau,ampun. Bau darah.Errk

Pagi Ahad, sekali lagi transfuse factor 8.
Dan, Alhamdulillah, boleh discharge.

Boleh lagi gelak dalam pada mulut penuh darah.


Kenangan, since diagnose Haemophilia, kali pertama pendarahan lambat stop & warded.

Semoga anak haemophilia ibu makin kuat.




Wednesday 23 July 2014

MMR for Muhammad Zharif:: Haemophilia A boy with Egg Allergic

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Cuti hari ni, demi anak tercinta.
Kalau yang lain, boleh skip kejap pagi bawak KK untuk MMR.
Tapi disebabkan masa dia 9months, try bagi telur naik rashes.asyik mengharu je.
So nak cucuk ni tak mau tanggung risiko.
Dia kena inject kat hospital.
Dan admitted for 6hours kat hosp bukit mertajam.

Dia pulak haemophilia A.
Injection bukan IM mcm biasa.
Pulak tu budak ni dah trauma habis dengan nurse, doc, & jarum.
Keras, punya kuat badan dia mengeras taknak kena cucuk.

Tapi lepas nurse cucuk, boleh main macam biasa.
Macam konon takde pape yang jadi.
Adoi la Muhammad Zharif.

Tuesday 22 July 2014

Eeeeoouww Itu Cat!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tadi masa hantar Zharif kat rumah Kak Ita.
Macam biasa dukung dia.
Kita pandang hala rumah Kak Ita, dia pandang belakang.
Perasan kepala dia macam statik aje.
Macam tengah fokus.

Sekali keluar dari mulut dia,
"Eeeeoouuwww"..
Fuhh, lembut je dia sebut..

Ibu pandang belakang, tengok ada satu kucing putih tengah pandang dia jugak.
Eh, ehh..Tadi Zharif panggil kucing tu ke?

Eksitednye ibu bila dengar Zharif panggil kucing.
Patut la bila ajar sebut 'cat' ke ' kucing' ke, buat tak tau je..
Rupanya eeeeoouuwww..
Macam tu eh panggil kucing.

Terima kasih ya Allah untuk perkembangan 12bulan15hari.

Monday 21 July 2014

Hampir Kebakaran

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Husband memang sangat particular bab- bab safety ni.
Since kami pun PJJ jumpa weekend je.
Anything happen, mestilah dia risau.
Paling dia ingatkan part masak- masak.
Kalau tiba- tiba tengah masak api naik, nak buat macam mana.
Mana boleh air lawan minyak macam tu.

Nak jadi cerita, last week electric kettle kitorang dah rosak.
Yang tinggal whistle kettle, manfaat hadiah kawen 2 tahun lepas.
Dari bazir duit beli yang lain, elektrik pun jimat. Masak air guna dapur gas je.

Biasanya lepas masak air, letak kettle atas meja,lapik dengan coaster.
Malam tadi, nak masak air balik, ntah macam mana tak perasan coaster still melekat kat vontot kettle tu.
Mujur la masa masak air tu still buat kerja kat dapur.
Pelik dah, apesal bunyi api ni lain macam.
Besar pulak tu, warna kuning-kuning.

Check, mak aii. dah hitam legam coaster kena bakar.
Aduh, debar jugak la.
Alhamdulillah cepat perasan.
Terus campak coaster dalam sink.
Berbau asap rumah.

Kadang, benda dah nak terjadi menyesal pun tak guna.
Sebab tu husband sanggup berbelanja sikit untuk safety.
Dekat rumah kitorang dia dah sediakan fire extinguisher, smoke detector & topeng khas untuk asap.
Rumah kitorang apartment, fully grill pulak tu.
Kalau jadi apa- apa tak cukup masa nak lari keluar.
Harap dijauhkan dari segala musibah lah.

Thursday 10 July 2014

Bazar Mana Pilihan Hati?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kalau ikutkan malas sebenarnya nak beli- beli kat bazar.
Masak sendiri dah puas hati.
Tapi sejak berpuasa sorang- sorang, nak masak pun takde mood.
Mudah, beli lauk masak nasi kat rumah.

1st week Ramadhan, sekali pernah beli kat bazar.
Saje test pergi bazar besar kat Seberang Jaya.
Fuhhh, nafsu. Macam semua nak.
Macam senang je tarik duit keluar.
Tapi keciwa dengan hasilnya.

Sambal udang petai dah jadi sambal petai udang.
RM4.50 hanya udang 3 ketul. yang lain fulamak petai sahaja.
Ayam standard seketul RM3, dapat lemak lebih.
Kuih- muih seketul 50sen.
Sadis woo..

Minggu ni, pergi bazar kecik je.
Daging seketul besar + sayur = RM2.30
Lauk- lauk lain boleh minta paling kurang RM2.
Tu pun lebih sampai boleh makan sahur.
Kuih seketul 40sen.
Siap kadang dapat air free.
Bukan pergi pukul 7 ye. Pukul 5 tu.
Lagi puas hati.
Tak bersesak orang ramai.

Jadi, bazar kecik lebih berbaloi- baloi.


Wednesday 9 July 2014

Anak Kecil, Cabaran?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Istighfar panjang tadi masa scroll FB, terbaca satu post sorang mummy dalam satu group.
Diduga dengan anak yang asyik menangis.
Hingga anak jadi punca pergaduhan mummy & daddy.
Sampai terdetik 'rasa' buang anak tersebut.

Allah..
Mula nya nak turut jugak komen, calm kan mummy tu.
Tapi tengok dah puluh- puluh komen so senyap aje la.

Zharif masa kecik pun kerap menangis/ merengek.
Pantang letak.
Sampai satu kali tu, masa atuk dia dukung pastu ketuk pintu baru senyap.
Aihh, nasib tak jadi ahmad albab daa..

Yelah, siapa tak stress bila diduga macam tu.
Malam penat dengan anak, esok siang keluar bekerja.
Balik sambung pulak.

Tapi, setiap orang cara diduga tak sama.
Ingat, setiap dugaan tu Allah nak kita lebih dekat dengan Nya.
Doa banyak- banyak, moga Allah ringan kan sedikit.

Sebelum terdetik nak buang anak tu,
ingatlah balik saat gembira bila nampak 'double line' pada alat UPT tu.
ingat semula saat- saat gembira bila dia buat aksi akrobatik masa dalam perut.
ingat semula saat- saat 'sakit' nak melahirkan.
ingat semula betapa indah nya wajah yang keluar selepas sakit tu.
InsyaAllah, semua akan jadi pengubat duka.

Dia anak kecil yang tak berdosa.
yang tak tahu erti apa- apa.
Cuma Allah duga sikit, sebab sebelum Allah beri, kita yang minta agar diberikan rezeki anak.
Bersabarlah :)

Moga kita terus diberi kekuatan dalam menjaga amanah berharga ini.

Monday 7 July 2014

PH- Cuti Untuk Bergolek Dengan Si Cinta

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Cepat pulak hari ni berjalan.
Tup- tup dah petang.
Hari ni Georgetown Heritage Day.
Maka nya hari ni bercuti- cuti la kami.

Takde keje lain dah nak buat.
Bergolek dengan anakanda kesayangan aje la.
Berdua je kan.
Kalau ayah ada ni sure dah ajak jalan-jalan.
Jarang sangat nak duk diam dalam rumah.

Zharif pun sejak hari ni asyik sebut aaaa--yaah.
Adoi, dah pandai tahu ke ayah takde.
Mana tak, kalau weekend nampak ayah terus nak peluk-peluk.
Tahu rindu kot.

Harap-harap by end of this year, ayah dapat kerja kat penang.
Amin.

Zharif rindu,ibu lagi laa ;-)

Friday 4 July 2014

Untuk Ibu Menjelang Satu Tahun

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Rabu lepas masa sahur dah rasa badan dia panas.
Tapi macam tak terfikir tu tanda nak demam.

Masa hantar, dah pesan kat Kak Ita nak ambik dia dalam pukul 11 macam tu.
Ada appointment dengan doc dia kat HPP.
So, tak yah la susah2 Kak Ita nak tidur kan dia.
10.30 macam tu sampai kat rumah Kak Ita, tengah menangis amat.
Aii, pelik. Ingat kena apa la.
Rupanya tengah tak selesa.
Badan makin panas, kepala tah kena apa macam gatal amat.
Menggaru je kat kepala.

Kat HPP tunggu turn lama, dia dah tak selesa.
Menangis aje. Dah jadi tumpuan pulak.
Orang dah duk tanya, sakit apa?
Yela, yang tengah tunggu pun sama sakit yang bukan 'biasa'.

Hari tu pulak due untuk tranfuse factor 8.
Dah penat menangis, tertidur.
Tengah sedap tidur, nurse inject untuk tranfuse factor 8.
Menggeletar dia bangun terkejut takut.
Tiba- tiba jarum masuk tangan.
'Line' dah cantik, sekali dia tarik tangan terus 'lari'
Nurse cari tempat lain, habis kaki tangan kena cucuk.
Adoi, lemah hati mak tengok anak kena macam ni.
Tapi ni la cabaran..

Bila dia dah bangun tidur, sambung menangis, sambung menggaru kepala.
Sampai naik merah-merah & bengkak- bengkak.
First time jadi kat dia.
Macam gelgata pun ada. Atau tanda allergik. Mak pun tak sure.
Petang, dah turun ke badan pulak.
Dari kepala sampai ke perut merah- merah, bengkak.

Mula-mula cuma naik kat kepala & mata

Sampai satu badan merah- merah

Alhamdulillah, tengah malam baru nampak surut sikit.
Kurang bengkak, cuma tinggal kat mata.
Tempat paling last recover.
Cuma sapu-sapu kat dia dengan air zam- zam & baca al-fatihah 7x.

Alhamdulillah, hari ni bangun pagi badan dah sejuk.
Dah boleh gagah nak main.
Cuma kadang- kadang lemah lagi.
Main kejap pastu baring.

Semoga terus sihat & aktif sayang Muhammad Zharif.

Thursday 3 July 2014

Throwback Itu Kenangan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pejam celik hari ni dah 3 julai 2014.
Malam ni kalau tahun lepas dah tido dalam wad dah.
Walaupun takde sign sakit sikit pun, tapi 'leaking' sikit.
Dengan rela serah diri kat hospital.

Doktor kate, nak further check kena admit wad dulu.
Nurse suh register masuk wad,
Dia tanya husband mana?
Dengan tahan air mata, jawab husband kat KL.
Sobssss..

Esok konon ingat boleh discharge.
Sekali doc pakar datang, nope!
Discharge bila dengan baby nanti.
Awak kena bersalin jugak.
Paling lambat ahad.
Fuhh...

Kenangan..
Tapi kenangan yang tak akan sama dengan mana2 keadaan.

Sekarang dia dah membesar dengan sihat, dengan aktif.

Muhammad Zharif, anak soleh ibu ayah.

Saturday 28 June 2014

Buat yang 'Cemuih' Mak Upload Gambar Anak

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Bukan sekali dua baca orang up status cemuih tengok kite mak-mak ni asyik upload pict anak je.
Cemuih ke iri?
Taktau la.
Baca dengan senyum je.

Senang cakap macam ni la.
Ko up status pasal keje, pasal bisnes, cerita itu ini, takde sape pun nak hirau.
Kalau dah annoy sgt unfollow post.
Hahaa

Kenapa mak-mak suka upload gambar anak.
Satu nya, dah 9 bulan carry dalam perut.
Semua jerih sakit rasa.
Bile tiba saat nak deliver, ya ampun tak tertahan sakit contraction tu.
Yang bersalin normal kerja kuat nak push baby.
Yang c-sect lagi la..
Bila keluar, ya Allah..
Dikau lah makhluk yang paling comel.

Baby, free of dosa.
Sebab tu semua baby comel.
Dengan paling murah senyuman.
Buatkan penat lelah ibu terus hilang.
Kita seronok, gembira & penuh rasa bersyukur anak sentiasa  sihat,ceria.
So, rasa nak share jugak dengan orang lain.
Then, upload pict, up status!

Keduanya, dari lahir kita nampak sikit- sikit perkembangan dia.
Allah dah kurnia kan mereka dengan akal yang panjang.
Dah lah comel, bijak pulak tu.
Tak salah kan nak share sama dengan yang lain.

Kesimpulannya, kalau kita suka share benda yang kita suka, jangan lah nak kata orang lain yang suka share benda yang dia suka jugak.
Sebab kita buat benda yang sama je.

All babies are wonderful.:-)

Wednesday 11 June 2014

Bila Rindu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Lama dah tak sempat nak update blog rindu ni.
Macam-macam event.
Konon macam busy la tu.
(Ada je alasan)

Minggu ni, kursus Program Transformasi Minda.
7hari. Siang malam pagi petang. Dengan schedule yg amat tight.
Dengan hati tanpa rela, terpaksa berpisah sementara dengan putera masyam tu.

Aduh...mula lah hati perasaan tak tentu.
Nak pulak bila call banyak je mulut tu nak bercakap.
Macam-macam aktiviti dia dengan atok opah.

Malam sebelum pergi, amboi tak nak tdo bawah.
Tengah malam terjaga pun dicari badan mak.
Nak tdo atas mak.
Nak mak peluk2.
Bila mak dah pergi, cari dada ayah pulak.
Alalaa..nak menangis mak dengar ayah cerita.
Ayah dah balik KL, tau pulak nak tdo pukul 9 sampai 5pg.
Senang pulak opah jaga!

2 hari lagi oii.
Tak tertahan rindu amat.

Friday 6 June 2014

Gelisah Mak Bekerja

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Sekali lagi esok terpaksa rela tinggalkan Zharif.
Terpaksa sebab tak sanggup berjauhan.
Rela sebab ada program induksi.
Lambat pergi lambat plak confirm nanti.

Zharif bukan susah nak jaga.
Dia happy go lucky baby.
Cukup makan minum tidur, takde nak rengek sangat.
Tu yang takde risau tinggalkan dengan bs baru.

Cuma part makan!!
Tersirap je hati bila dengar update.
Macam siang tadi.
Ada yang bagi dia makan honeystar yang lemau plak tu.
Pasti bagi biskut bergula.
Haiyarkk.mcm nak karate je.
End up zharif muntah.

Bukan tak pesan.
Dan bukan taktau baby kena jaga la makan minum dia.

Kalau dia allergik.naik ruam.sakit perut.
Bukan nak peduli.

Taktau bahasa apa lagi nak bagitau.
Sedih.pilu.

Bukan anak sendiri.anak orang lain.
Senang je nak buat macam tu.
Tu pun dah longgar dh.
Sebab tak nak sudahkan org.
Bagi dah makan proses food tapi baby food.
Hmmm..still nak bagi ko punya makanan.

Arghhh type dalam keadaan tak tenang fikir kan tinggalkan zharif seminggu.
Lama..
Kalau lah boleh angkut anak sekali..

Ps..bkn bs baru yang bagi makan tu.org lain.yang tak layak jaga baby.

Tuesday 27 May 2014

Tukar Kerusi Baru La Pulak..

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Zharif start duduk/baring atas kerusi lama aka carrier since kecik lagi.
Dalam 1mon++. Sebab nak travel jauh.
Pegang lama-lama mak yang tak tahan.
So, since tu naik kereta mesti duk dalam carrier SCR7 dia tu.
Dan,lucky to me dia baby yang tak banyak kerenah duk dalam carrier.
Kadang masuk je kereta terus tidur.

Yang best bila pakai carrier, senang nak angkat.
Macam hari tu,dia tido kami nak makan.
So angkat carrier letak atas meja makan.
Dan, makan la kami dengan tenang amat.

Tapi..bila dia dah besar.
Bila dia boring asyik terbaring je.
Bila dia rasa nak duduk pulak dalam kereta.
Bila kereta tengah moving dia nak tengok kat luar...
Dia selalu memberontak.
Bagi toys semua dia campak.
Orang nak duduk tapi kena halang pulak dengan belt carrier.
Geram r.

Badan pun dah tak muat dalam carrier.
Memang patut dah tukar ni.

So,cari punya cari.
Hati mak pak berkenan kat satu carseat ni.
Jumpa kat parkson carnival city.
Walaupun masa test try dia menangis macam apa.

Ambik jugak lah.
Brand : sweetheart
Price : rm399 after less rm359.

Bila dah pasang kat kereta, elok pulak dia dalam tu.
Siap berangan lagi.
Takat tiga hari ni la.
Hopefully jangan ngamuk-ngamuk ye Zharif.
Awak dah jadi bigboss duk belakang.
Mana mampu ibu nak dodoi kan time tengah drive.
Kang lain jadi nya.

Hmmm..sejak zharif duk belakang, tak syok pulak rasanya.
Nak borak susah.
Boring jugak drive takde co pilot kat tepi.

Mana simpan SCR7?
Ramai yang tanya,
buat  masa ni kami tak cadang nak jual.
Since adik baby pulak akan sambung guna hujung tahun ni.
InsyaAllah


Dengan kerusi baru.



Gaya atas kerusi lama.

Monday 26 May 2014

2nd- First Trimester Experience

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-18.
Lepas dah first trimester.
Dan, kali ni sangat-sangat best.
No morning-evening-night sickness!!
Kalau ada pun tak terasa.

Pernah sekali night sickness kot.
Tekak dah teringin mintak nak makan laksam.
Petang tu terjumpa laksam, makan time dinner.
Sudahnya lepas maghrib ting tong kepala & perut.
Loya semacam.
Tapi dah malam.
Letak kepala atas bantal, esok dah fully recover!

Kalau la masa Zharif dulu, pantang dengan toilet.
Asal masuk toilet, tekak kembang.
Asal berus gigi, mesti ada yang keluar.
Sekarang, boleh nak mandi lama-lama.
Boleh la basuh- basuh toilet.
Time berus gigi pun takde masalah ada 'benda' nak keluar.

Mungkin sebab single-parent-during-weekdays-plus-jaga-anak-yang-sangat-aktif.
Mungkin sebab tu Allah bagi kekuatan.
Kalau selalu lembik macam dulu-dulu, macam mana pulak nak jaga Zharif.
Bila pandang muka dia, hilang terus segala rasa susah.

Aah, yela.kadang-kadang bila dia suka sangat menyelit-nyelit esp waktu masak & makan, geram jugak.
Tapi hey, dah dia kena tinggal kurang-kurang 9 jam dengan orang.
Nak manja dengan mak sikit pun tak boleh ke.
Tu lah penguat hati.

Sekarang perjuangan 2nd trimester pulak.
Harap diberi kekuatan macam 1st trimester.
Nak- nak pulak, lagi sebulan nak puasa.
Fuhhh, 20 hari nak ganti!


Monday Blues

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Puas pagi tadi kejut si kecik ni.
Usik sana, pusing sini.
Kacau sana,golek sini.
Amboi macam penat sangat je semalam.
Padahal lepak kat rumah je.

Kuciwa Malaysia kalah kot.
Tu yang malas sangat nak pergi kerja pagi ni.
Dah set mind lah tu ingat Malaysia menang dapat sambung tidur lama-lama.

Tapi bila ibu tingkatkan power kacauan bangun jugak dia.
Jom pegi work!

Thursday 22 May 2014

MGTT oh MGTT

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Bangun pagi tak semangat.
Kenangkan nak kena minum air gula lagi hari ni.
Sampai klinik, terasa dah kembang-kembang tekak.

Tiba turn masuk bilik nurse,ambik darah sebelum minum.
Sekali cucuk..tak dapat la dik.
Cuba tangan lagi satu..tak dapat jugakk..
Rasa nak dush-dush dah ni.
Tak pernah lagi ambik darah tak dapat-dapat.
Datang sister, baru dapat.

Okey dik,air gula kat belakang ye.
Mmmm..dah tak mampu nak menjawab dah.
Minum..dan..buang...
Hahaa..tak larat mak nak habiskan.
Wekk wekk..
Manis likat..
Terus cepat-cepat basuh cawan & keluar bilik nurse.

10.40 datang balik ye! Sempat lagi nurse pesan.
K..kepala dah berpinar ni.

Sementara tunggu, check perut dulu.
Nurse tekan-tekan perut..tak rasa pape pun lagi ni..
Dah minggu 16 kan?

Aah.dia pun belum tendang maknye lagi.
Anak baik ni.

10.40 ambik darah kedua.
2x cubaan.
Dapat sikit je.
Mak warning nurse awal-awal..kalau sample kena reject, saya tak nak dah minum air tu!

Dah...hari ni takut sangat kot.
Tangan sampai sejuk.
Darah pun tak nak keluar..

Pukul 11,sampai kereta.
Tengok-tengok ada surat chennnnta...
Wawawa  i lap u lah mpsp!!!

Malang tak berbau..
Cerita sadis hari ni.

Tuesday 20 May 2014

Panjat Memanjat Keje Dia

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Mak kalau datang rajin, update lebih la satu hari.
Kalau tak rajin, jengok pun tak.
Tapi kadang nak update, tapi pc tak boleh gigi biru plak.
Camne tu nak upload picture.

10bulan14hari, semalam.

Pict kat insta paste sini.

Sejak kaki makin kuat untuk berdiri atas kaki sendiri ni, bertambah-tambah skill hero ni.
Sebenarnye awal lagi dah dia start, 9bulan 29hari dia start panjat bakul susu dia.
Sekarang pantang jumpa benda tegak, nak panjat je.
Tak menahan, kalau benda tinggi pun nak cuba.
Padahal tak lepas kangkang pun.

Adoi,,awak tu Zharif dah la haemophilia. Tak boleh jatuh.
Jangan cemaskan ibu lagi macam masa awak pasif 2 hari dulu tu.
Cukup la.

Dengan Rasmi Tak Pumping Dah

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sangat-sangat berat nak pilih keputusan ni.
Minggu- minggu lepas still lagi duk usung beg hitam tu pergi office.
Walaupun hakikat nya, pukul 5.30 ptg ada 2 oz je dalam botol.
2oz 2 hari dapat la stok untuk satu hari.
Sobssss..

Dalam keras hati still nak pumping tu,
tetiba terfikir sesuatu..

'Aku pregnant, aku puasa, aku masih pumping untuk abang.
Abang dah depan mata. main dengan aktif, sihat.
Adik tengah membesar dekat dalam, sedang membesar..
Adil ke mak ni??'

Husband cakap, tak adil sangat!

Minggu ni buat keputusan untuk tak usung dah beg tu.
Cukup lah abang ngempeng pagi-pagi sebelum ibu pergi kerja.
Malam-malam lepas maghrib pun ngempeng lagi.
Cukup lah untuk abang lepaskan kerinduannya pada sumber minuman since kecik lagi.

Tengah malam dia akan bangun pukul 12 & 3pagi.
Dah memang timing dah kot.
Tapi kalau masa tu ngempeng direct memang tak cukup.
Gelisah amat nak tido.
FM jugak baru lena.

Sekarang senang je.
Siap-siap kan air masak 2 botol tepi tilam + sukat susu siap-siap dalam bekas susu tu.
Nanti dia mintak campur je.
Tak gigih mak nak bangun tengah malam g dapur.

Harap ada rezeki untuk adik nanti.
Boleh abang tumpang sekaki.
InsyaAllah amin.




Wednesday 7 May 2014

Ganti Puasa? Errr..Belum Lagi..

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dah bilanya Zharif lahir tahun lepas lagi 5 hari nak puasa, memang maknya tak puasa penuh lah tahun tu.
30 hari nak ganti. Takat hari ni baru satu hari je lepas.
Bila puasa then pumping terasa sakit.
Pastu dari sehari ke sehari nak ganti belum buat lagi.
Nak-nak pulak sekarang production ibarat kais pagi dapat makan untuk sarapan je.
Adoi lagi la rasa taknak ganti.

Wanita cuti berpuasa @ tak ganti puasa sebab kan dia risau kan anak dia dibolehkan buka @ tak ganti puasa bagi tahun tu.
Dengan syarat bayar fidyah dan ganti puasa pada tahun lain.

Wanita yang cuti puasa @ tak ganti puasa sebab risaukan kesihatan diri sendiri hanya perlu  ganti puasa.

Jadi sekarang, masih nak cuba untuk ganti mana yang mampu.
Sebab masa yang sama nak Zharif dapat kan susu ibu sampai dia setahun.
Walau sehari 1 @ 2 botol. Harap cukup untuk badan dia untuk bina sistem pertahanan.
Lepas tu fully FM.
Bila adik dah lahir, dah produce susu matang, boleh campur susu ibu dalam FM dia.
Itu mak target. Harap dapat la.
Dengan izin Allah ---

Tuesday 6 May 2014

Loba Putih & Kobis Putih- Kesan pada Pengeluaran Susu Ibu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Macam mana lobak putih bantu dalam pengeluaran susu ibu ada Sarah cerita kan kat entri ni.
Alhamdulillah-walaupun tak sedap--
tapi lobak putih sangat membantu membanyakkan susu ibu.
Pengalaman sendiri.

Kesan kobis putih ni pun nak share sebab sendiri yang alami.
Menyesal tak sudah.
Since dapat tahu pregnant Sarah dah stop buat power pumping.
Stop pumping malam-malam.
Sebab rasa bila buat macam tu, macam memaksa diri--sebab tengah pregnant.
Kena bagi nutrien yang cukup juga pada adik baby.

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang pumping masa kat office.
Walau kuantiti berkurang--mungkin sebab badan dah menghasilkan hormon lain, mungkinla.
Masih ada rezeki Zharif dapat la 8oz sekali pump.
Cukup untuk stok kais pagi makan pagi untuk Zharif.

Hari tu, kami ada kursus. Lauk tengah hari ada ulam kobis putih dengan sambal belacan..
Dulu2 memang suka makan ulam kobis putih ni.
Ntahla, tak terfikir--atau rasa dah lama breastfeed mungkin takde effect kobis ni kot.
Esoknya, bila pumping dapat 2oz+ 2oz ja.
Kuciwa.Padahal hari sebelum tu masih dapat rasa breast full dengan milk.

Sedap, ranggup tapi..

Sejak tu, production makin down. kalau dulu dalam pukul 11 pump still mampu penuh kan oz botol,
sekarang 1oz+1 oz pernah dapat.

So, amaran! Jadi makan kobis putih!
Tapi, lain orang lain faktor pemangkin, faktor pen'down'nya.
Ikut badan masing-masing.

Psss, makcik Sarah pernah letakkan kobis putih sebab bengkak susu.
Hmm, hasilnya susu merajuk terus tak nak keluar.


Adik Baby

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Bila Allah kata "Kun Fayakun", "Jadi, maka jadilah!" takde siapa yang dapat menolaknya.
Walau macam mana baik nya kita merancang, Allah itu lagi Maha Merancang.
Alhamdulillah, 17/3/ 2014 sekali lagi 'alat itu' menunjukkan 2 line.

Cepat, memang agak cepat untuk kali kedua.
Gembira, bersyukur berpeluang sekali lagi. Menambah rezeki untuk keluarga kecil ni.
Tapi, tak boleh elakkan bila pandang muka insan kecil yang semakin membesar dengan aktif ni, pilu jugak rasa hati.
Belum dia puas untuk jadi adik dia akan terima adik. InsyaAllah, awal November tahun ni.
InsyaAllah, pada waktu itu Zharif setahun 4 bulan.

Niat untuk fully breastfeed Zharif sampai dia 2 tahun terpaksa- dengan hati tanpa rela- dilepaskan.
Tak nak tak, kena jugak 'topup' dengan FM. Risau jugak kalau tiba2 bila dia makin cerdik langsung dia tak nak FM, lagi pening.
Alhamdulillah, sampai Zharif 9 bulan, dia dapat fully breastfeed. Sekarang dah campur dengan Anmum.
Dia boleh terima..tapi bila dia poo-poo mak aiiiiii..harum gila.
Tu la penangan FM.

Zharif, dia macam tahu bakal jadi abang. Masa dia tak puas lagi jadi adik.
Sangat2 manja. Asyik nak melekat aje.
Tak boleh nak tinggal walau kejap. Tak kira la dengan ibu ke, dengan mama dia ke.


Nak kita duk dekat dengan dia. Bergerak sikit mesti ada yang membontot.Sambil merengek.
Manja nya ya ampunn.
Cuma sekarang dah kurang sikit. Boleh dah berdikari main dengan sendiri.
Yang penting dia masih lagi boleh nampak mana mak dia pergi.

Sarah pulak kadang-kadang macam lupa ada insan yang sedang membesar dalam perut ni.
Mungkin sibuk layan si anak yang depan mata.
Mujur la husband setiap hari ingatkan ambik vitamin untuk anak tu.

Semoga keduanya membesar dengan sihat sempurna.
InsyaAllah.








Friday 21 March 2014

Cerita Zharif 5 months

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

sambung lagi cerita..

Seminggu lebih zharif kat kampung.
Satu hari mama ada kursus kat KL.
Sarah ambik kesempatan minta bawa Zharif balik ke penang.

Hari Rabu Zharif balik, hari Khamis dalam jagaan sendiri, Zharif jatuh buai.
Takde siapa nampak dia jatuh buai tu.
Sedar- sedar orang dah kat bawah & merengek sikit.
Esok Jumaat, dia demam!

Rasa hati macam tak best.
Petang tu bawak dia pegi hospital.
Sebab dah 2 minggu pun- intermittent fever.
Doc check darah, Hb dah turun sampai 6.2.
Admitted!

Masa kat wad, macam-macam doc buat test, ambik sample darah nak cari punca demam.
Hb makin turun ke 5.9. doc suggest transfuse darah.
Sedih sangat masa ni sebab Zharif yang kecik lagi tu tapi terima darah orang lain.
Sebab darah dia O+ tapi ibu B+ & ayah AB+.
Alhamdulillah, hb naik sikit.

Transfuse darah

Dah macam-macam wayar kena sambung


Hari ketiga tiba-tiba Zharif pasif. Tido je kejenya.
Sambung esok pun sama.
Kami dah risau amat.
Bagi kami Zharif dah pasif tapi doc kate dia still aktif.
Few times tiap kali doc datang Sarah inform zharif pasif.

Petang doc decide buat scan kepala.
Nampak ada kesan bengkak!
Then, proceed dengan CT scan untuk lebih confirm.
Hasil result sedih jugak masa tu.
Ada 2 spots bleeding pada his brain.

Masa yang sama, doc suspect dia menghidap penyakit lain.
Yela, macam-macam test dah buat kan & nampak darah dia cair.
Dia mungkin kurang faktor pembekuan darah.

Thanks pada docs & nurses SHJ for immediate action.
Bila result CT scan keluar, doc ambik action untuk transfuse plasma pada zharif.
FYI, dalam plasma mengandungi kesemua faktor pembekuan darah.

Bila result darah Zharif dah dapat, doc confirmkan Zharif penghidap HAEMOPHILIA A.
Dia kekurangan factor 8 dlm darah.
Kita yang normal ada 80% + factor 8, dia cuma ada <1%..
Dia senang berdarah & bila berdarah lambat membeku.
Ya Allah, dugaan satu-satu datang.
Husband sentiasa bagi kata- kata positif.
Kena strong untuk Zharif.

Cubaan memberi oksigen tambahan.


Dari HSJ kami kena pindah ke HPP.
Total 10hari dalam wad hosp.
Alhamdulillah, penghujung Zharif 5bulan dia makin sihat, makin aktif..

Tapi sehingga sekarang & seterus for his whole life time, zharif adalah penghidap Haemophilia A.
Setiap seminggu 2x kami kena pergi hosp untuk injection factor 8.
Tengah dia aktif menyusur, merangkak bengkak pada lengan @ lutut sentiasa ada.
hilang satu, yang lain pulak datang.

Lebam-lebam pada tangan. Hilang satu timbul yang lain.

Alhamdulillah, bleeding pada brain harap dah sembuh sepenuhnya.
Zharif pun sekarang aktif sentiasa. tumbesaran dalam range sama seperti baby yang normal lain.
InsyaAllah, harap internal bleeding semakin kurang.

Lama Bercuti + cerita Zahrif 5bulan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Lama dah bercuti dari update blog ni.
Terfikir dah nak cuti terus dari dunia blog.
Tapi baru- baru ni husband pesan,'tulislah atas sesuatu pasal Zharif. Nanti takde memory dia.'
Okay, baiklah! Untuk Zharif.

Sebab nak cuti terus pun sebab asyik update pasal Zharif.
Risau & takut pun ada yang nak kata show off anak.
Tapi mak mana tak seronok kan tengok anak membesar dengan sihat & ceria.
So, teruskan update!

Last cerita Zharif rasanya masa dia baru masuk 5months.
Sekarang dah 8months+.
Macam-macam dah terjadi sepanjang masa ni.
Esp, masa sebulan Zharif 5 bulan.

Sampai rasa bulan tu (Zharif 5bulan), bulan yang paling panjang..
Macam- macam hal jadi pada Zharif.

baby sangat kot muka tu.


Awal minggu Zharif 5 bulan, dia demam.
Kami bawak dia dengan perubatan Islam / jumpa ustaz.
Demam + ezcema + siku lebam-lebam.
Ustaz kata kena 'gigit sesuatu' kesan lebam tu.
Ustaz bacakan ayat ruqyah kat air, air tu kami spray serata rumah.
Hari Ahad malam, husband pun dah balik KL, Zharif tiba- tiba buat perangai.
Dia takmau tido.
Puas susu kan & dia tolak susu!
Kemudian, start nangis.
Makin kuat..makin kuat..
Bawak keluar dari bilik tidur. mak pun dah cuak --sebab ustaz kata rumah tu ada sesuatu..
Tak sedap hati. Zharif nangis non-stop.
Call husband, dia dah sampai bukit merah.
Patah balik pun ambik masa. Mujur member dapat datang temankan. TQ ida!

Ida dah sampai, bacakan ayat-ayat quran kat telinga Zharif baru dia senyap.
2jam ++ jugak dia nangis non stop tu. Sampai mulut & kening macam kena tarik. herot- herot sikit.
Husband sampai, ustaz pun sampai jugak.
Pagar rumah.
Habis tu, bawak Zharif hospital. Risau dengan gerak mulut & kening dia tu.
Tapi doc kata takde apa. okay je.

Sampai rumah Zharif ngamuk lagi padahal sebelum tu senyap je.
Kali ni sampai kaki & tangan pulak tarik-tarik.
Bawak keluar dari rumah, tak lama tu elok dia senyap dah.
memang satu malam r! Lepas tu kitorang tido kat petrol pump.
Kang ada lagi yang kacau Zharif.

Esok siang, takut-takut gak masuk rumah.
Kemas baju semua. Angkut balik Ipoh!
Berkampung zharif kat rumah atuk opah seminggu lebih.
Ibu kena balik, kerja. ayah still cuti temankan ibu kat rumah penang.
First time berjauh dengan Zharif. First time tak tido sama.
Tak tenteram hati.

psss..akan sambung cerita lagi.ada student datang pulak.