Wednesday, 5 November 2014

Bayi Membesar Hanya Sekali

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Semalam genap Zharif masuk setahun empat bulan.
Semakin banyak akal.
Nak pulak sekarang duduk dengan atuk nenek, memang jadi bahan lucu je.
Terhibur atuk nenek dengan kerenah cucu hero ni.

Bila beri barang, tak lupa ucap terima kasih.."me acih".

Bila hati dah meronta nak keluar rumah, ambikkan tudung ibu.kalau ibu tak pakai,amboi garang geram kat ibu.

Last month, word terbaru dia sebut ayah.
And he really mean it.
"ayah..ayah" bila bangun tidur.
Dah bila ayah ada, ayah yang tidurkan dia.
Err, belum record video lagi nih.

Perangai baru pulak, asal jumpa hamparan tak kira la lapik lap kaki ke apa ke, dia berdiri.
Tangan lekap dua letak atas perut.
Tengah solat!

Banyak progress since masuk setahun ni.
Kalau berlari, gaya aeronatik.
Tangan ke belakang, kepala ke depan.
Mana tak geli hati perut.
Jumpa jiran sebelah, fuh banyak cakap.
Tau la sebaya.
Korang- korang je la yang faham apa yang diborakkan.
Ibu layan nganga jela.

Semoga Zharif terus membesar dengan sihat, cergas dan bijak, anak soleh ibu ayah.

3 comments:

  1. seronok kan tgok diorg m'besar...
    rasa nak pasang kamera 24jam je dekat dia..boleh ulang byk2 kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..byk keletah.lama tak nampak diyana kat fb.hee

      Delete
    2. ada je bukak hari2... tp xde benda nak up...
      tgok p'kembangan org laen je... hehe

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas