Wednesday 9 July 2014

Anak Kecil, Cabaran?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Istighfar panjang tadi masa scroll FB, terbaca satu post sorang mummy dalam satu group.
Diduga dengan anak yang asyik menangis.
Hingga anak jadi punca pergaduhan mummy & daddy.
Sampai terdetik 'rasa' buang anak tersebut.

Allah..
Mula nya nak turut jugak komen, calm kan mummy tu.
Tapi tengok dah puluh- puluh komen so senyap aje la.

Zharif masa kecik pun kerap menangis/ merengek.
Pantang letak.
Sampai satu kali tu, masa atuk dia dukung pastu ketuk pintu baru senyap.
Aihh, nasib tak jadi ahmad albab daa..

Yelah, siapa tak stress bila diduga macam tu.
Malam penat dengan anak, esok siang keluar bekerja.
Balik sambung pulak.

Tapi, setiap orang cara diduga tak sama.
Ingat, setiap dugaan tu Allah nak kita lebih dekat dengan Nya.
Doa banyak- banyak, moga Allah ringan kan sedikit.

Sebelum terdetik nak buang anak tu,
ingatlah balik saat gembira bila nampak 'double line' pada alat UPT tu.
ingat semula saat- saat gembira bila dia buat aksi akrobatik masa dalam perut.
ingat semula saat- saat 'sakit' nak melahirkan.
ingat semula betapa indah nya wajah yang keluar selepas sakit tu.
InsyaAllah, semua akan jadi pengubat duka.

Dia anak kecil yang tak berdosa.
yang tak tahu erti apa- apa.
Cuma Allah duga sikit, sebab sebelum Allah beri, kita yang minta agar diberikan rezeki anak.
Bersabarlah :)

Moga kita terus diberi kekuatan dalam menjaga amanah berharga ini.

2 comments:

  1. mummy and daddynya rungsing sebab baby tak berhenti menangis, tapi tak perlulah sampai ada niat nak buang baby... hu hu hu.... ada baby ni memang penuh cabaran dan menguji kesabaran...di situ Allah duga kita sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. Betul2..Ada baca jugak..Saya assume ibu itu mengalami postnatal depression.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas