Wednesday 30 January 2013

Pantang- larang Ibu Mengandung: Elakkan Terkena Najis Kucing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sebelum ni pernah kawan Sarah pernah bagitahu,
ibu mengandung jangan bau najis kucing.
Nanti baby kepala besar!
Masa dengar, hanya anggap itu mitos semata.(masa tu belum pregnant lagi)

Sekarang baru tahu fakta sebenarnya.

Ibu- ibu mengandung yang menukar kotak najis kucing atau mengembur tanah yang terdapat najis kucing (atau apa aktiviti yang in contact dengan najis kucing) akan ada risiko untuk terdedah  toxoplasmosis.
Toxoplasmosis ialah jangkitan oleh sejenis parasit  yang mana ia disebarkan melalui najis kucing.
Walaupun tidak berbahaya kepada kanak- kanak dan orang dewasa, toxoplasmosis boleh membahayakan kandungan.

Toxoplasmosis sangat berisiko pada bayi dan boleh menyebabkan :
 - keguguran pada trimester pertama
 - kecacatan semasa kelahiran dan sistem saraf yang abnormal spt buta, kecacatan pada kepala samada besar atau  kecil, kecacatan pada otak.


Simtom jangkitan toxoplasmosis : 
 - 80% tiada simtom
 - Demam.
 - Bengkak kelenjar.

Selain dari najis kucing, toxoplasmosis  juga boleh tersebar dengan cara lain, antaranya:
  - Makan daging merah yang mentah atau separuh masak.
  - Menggunakan perkakas yang terkena daging merah dan tidak dibasuh dengan betul.
  - Minum susu kambing mentah
  - Sentuh mulut dengan tangan yang terkena daging merah mentah.

Jadinya, masih selamat untuk memelihara kucing selagi tidak 'in contact' dengan najis kucing. Jika mahu membersihkan kotak najis kucing, pakai la sarung tangan dan tutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan. 


Sumber: majalah mami & baby Jan 13 dan Kelinik Wanita

Debaran

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ahad - Ahad lepas bersamaan 20th Jan birthday husband.
Pening, tak taw nak bagi hadiah apa.
Ajak husband makan best- best kat hotel dia tak nak pulak.
Best lagi makan kt gerai tepi jalan katanya.

Sekali nampak promo ni kat Groupon.


Tiba rasa okay jugak bagi bouquet ni.
Pastu minta deliver terus kat office dia.
Dan, 
sepatutnya hari ni diorang deliver.

Debar la sebab takut tak jadi surprise.
Buatnya dia tengah meeting ke time diorang tu sampai.
Mesti tak jadi surprise punya.
Nak- nak pulak hari tu perasaan kat pintu office dia ada sign "SALESMAN IS NOT ALLOWED"
Harap kalau the receptionist nampak orang  pegang bouquet tu, dia boleh la tolerate.

Sarah suka beli something thru groupon.
Murah, mudah, urusan nak bayar pun senang.
Then, kalau ada tersilap masa order pun, mudah je urusan nak contact dealer.
Response dari dealer pun cepat dan mesra.

Bila dah order, just tunggu barang sampai.
Selalunya pada hari redemption pun dah dapat barang.
Barang pun sampai dengan selamat.
Just sign up dengan Groupun, boleh la tahu latest promo.




Tuesday 29 January 2013

Alahan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Adat orang pregnant.
Macam- macam alahan boleh kena.
Mungkin hormon tengah tinggi masa ni.

Alhamdulillah, masa first trimester dulu Sarah jarang kena muntah- muntah aka morning sickness.
Mungkin Dia bagi kemudahan untuk Sarah sebab masa tu tengah berjauhan dengan suami+ busy dengan study.
Cuma, bila salah ambil makanan tertentu baru la keluar balik.
Segala jenis makanan yang bercoklat dan berkrim!
Maka nya, sepanjang pregnant ni Sarah berpantang all my fav.
Choc, Baskin Robin, Tutti Fruiti..Sobs.

Kurang morning sickness tapi alah pada benda yang lain pula.
Kadang- kadang kena sakit kepala yang teramat sangat.
Kadang- kadang pulak, sakit pinggang mcm kena tarik- tarik je pinggang.
Teringat pesanan Dr. Zubaidi,
perempuan mengandung memang macam-macam alahan boleh kena.
Insya Allah kalau bersabar tinggi pahala nya.Amin.

Dan,
Satu lagi yang timbul masa pregnant ni.

Bibirku yang mungil. Malu!

Skin problem. Nampak kan putih- putih kat tepi bibir tu.
Doctor dah pesan hari tu,
jangan makan seafood dan segala jenis kekacang.
Tapi si degil ni susah sangat nak pantang kan.

Pagi ni plak buat sarapan sardin roll.
Naik la putih- putih kat mulut ni.
Macam kulit menggelupas pun ada.
Even pakai moisturizer pun tak boleh hilang.

Tapi ni kira okay la.
Sebab keluar putih- putih ni je
Kadang- kadang bawah dari bibir bawah akan ada line merah dari hujung ke hujung bibir.
Merah dan gatal plak tu.
Perasan masa awal- awal pregnant dulu.
Before tu tak pernah pun kena macam ni.
Tu yang doctor claim alahan orang mengandung.

Overall, Alhamdulillah buat masa ni alahan still level minor. Tak teruk sangat.
Dengar experience orang, lepas bersalin nanti hilang la alahan ni semua.
Harap- harap la.


Dah Mula Jadi Orang Paling Busy di Pagi Hari

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hah!
Baru hari pertama, dah nak claim diri orang paling busy kan.
Baru tahu, bkn senang jadi surirumah.
Fuhh, bukan calang-calang orang boleh berjaya dengan kerjaya ni agak nya.

Yela, mana tak nya, time orang tengah syok- syok tidur dah kena bangun.
Tu yang dari set jam 5.30 pagi, pastu delay 5.45 plak.
Nak bangun boleh lagi berangan.
Selagi tak azan selagi tu rasa nak sambung mimpi indah.

Buat masa ni kitorang duk kat Kajang, husband plak keje kat Ara Damansara.
Jauh dan jammed!
Harus la kena prepare breakfast awal-awal pagi.
Kalau tak memang sampai hati sangat biarkan husband keluar dengan perut kosong.

Pagi ni,
konon- konon nak buat nasi goreng.
Dah tengah mamai tu, jadi la nasi goreng berperasa pedas dan manis.
Bhahaha..Dan, tak sanggup nak bagi husband nasi macam tu.
Mujur sempat siapkan sardin roll.
Okay, ada yang dia boleh makan.

Ni tips bagi siapa- siapa nak buat nasi goreng ye.
Pls jangan lupa perencah!
Kalau gunakan bawang yang dah siap kisar, make sure letak lebih banyak dari bawang yang kita tumbuk.
Kan masa kisar dah letak air, kalau letak kadar biasa memang la nasi goreng tu takde rasa apa- apa ye.

~Learn by experience:)

Friday 25 January 2013

Assalamualaikum, Pagi Jumaat yang Berkat

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Lama..
Lamaaaaaa sangat Sarah biarkan blog picisan ni tak berupdate.
Dah berbulan- bulan pun.
Huk, tiba-tiba bila bukak balik rasa sayang nak tinggalkan blog ni macam tu aje.

Dulu, konon- konon tak sempat nak update sebab busy.
Memang tipu punya alasan tuh.
Ta boley pakai punya.
Takde la busy pun. Benda lain boleh je nak buat.

Tapi,
Memang a bit busy bulan- bulan lepas.
Adat bila final sem student lambat siap kan kerja kan.
Dari dulu orang dah pesan buat keje awal- awal tapi gatai nak kawen punya pasal.
Cuti sem 2 bulan sentuh kerja kawen je.

Pape pun,
Tu cerita lama da.
Yang sekarang ni, Alhamdulillah sekarang dah habis sem 3.
Maksudnya...
Alhamdulillah, dah nak sampai penghujung perjalanan master ni.
Cuma tunggu final result (doa takde yang sangkut), dan tunggu surat senat.

Sekarang,
buat masa ni dapat la rasakan jadi full time housewife.
Baru dua hari pindah rumah.
Tak sabar nak main masak- masak.Hiks..

Dalam sebulan ni boleh la goyang kaki.
Bulan 3 nanti debar tunggu, tak tau dapat posting kat mana lagi ni.
Tak tau mana UiTM mau campak kat mana.
Doa sangat dapat kat S.Alam.
Walau tahu peluang nak dapat 0.001%.
Tinggal la samada Penang, Dungun or Miri.
Tak nak jauh dengan suami dah:(

Hmmm, ni la update pasal Sarah yang da lama menghilang dalam dunia blog ni.
Ada yang kenal lagi tak nih?
hehe..

Kamu- kamu semua macam mana sekarang?
Dah masuk 2013 ni, mesti dah makin ramai tukar status kan.
Yang dah tukar status tahun lepas, mesti dah up lagi status, M2B la plak kan.
Me too!! :)

Fresh lagi pict ni. Baru ambik semalam kat Bukit Tinggi sempena cuti dan celebrate birthday husband.