Friday 6 December 2013

Muhammad Zharif: Happy 5 Months Old, sayang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Lama tak sempat nak update blog.
Banyak entry yang dah tertangguh.
Bila semester baru dah start, kemain busy.

Semalam, 5 Disember 2013, injak lagi bulan Zharif.
Dah 5 bulan anak teruna Sarah tu.
Makin lasak, makin aktif, makin luas kawasan jajahannya.
Yang tak menahan, pantang jumpa, semua tarik bawak masuk mulut.
Sampai bila tiarap, dia jilat- jilat lantai tu.
Pastu cepat- cepat angkat, bawak telentang..tapi dengan pantas tiarap balik..
Amboi la anak kan..

Hari Rabu, bawak KK.
Check up for 5 month.
Berat turun....:(
Dari last month 6.5kg, sekarang 6.1kg..
Next month kalau takde perubahan habis la ibu kena leteq dengan nurse kot.

Penghujung 4 bulan, Zharif mula ada eczema.
Dari 'ringan-ringan' dah jadi severe eczema.
Luluh hati kadang bila bangun tidur, tengok kepala berdarah- darah dia garu masa tidur.
Tangan dia pantas je nak garu kepala tu.
Kulit muka & pelipat tangan-bahagian siku tu, kering sangat.
Sampai kan kalau Zharif senyum ke, gerak- gerakkan bahagian muka tu, nampak dah macam 'orang tua'.
Kering sampai berkedut.


Pada kepala

Pada jari


Dengan jelas nampak muka zharif kering.


Hari Khamis last week, malam, masa tengah main dengan Zharif,
tiba terasa berbenjol pada badan dia- bahagian dada, tepi belah kanan (area bawah ketiak)
Tengok dah lebam- biru..

Apa rasa mak bila tiba- tiba nampak macam ni?
Sarah, terus angkat Zharif, malam tu gak pergi hospital.
Mujur ada kawan yang teman..
Check x-ray. Alhamdulillah takde patah ke apa.
Tapi curious..apa lebam tu..

Tanya kak ita, dia takde pula jatuh kat rumah sana.
Rumah sendiri pulak mana ada katil/ buaian.
Doc bagi surat refer specialist.
Tapi nya, doc bagi refer pakar bedah..
Bila doc bedah tengok- tengok, dia kata ni kesan lebam bukan sebab jatuh atau kena benda keras.
Tapi skin problem.
So, next week refer paed pulak.
Hope bukan sebab yang tak sedap nak dengar..

Sekarang benjol tu dah surut sikit.
Tapi muncul pula lagi 2 lebam. Satu tangan kiri, satu tangan kanan.
Walaupun lebam-lebam, tapi Zharif still main dengan aktif.
Tak nangis.
Tandanya, lebam tu tak sakit.

Cuma, sejak 2 hari ni dia banyak tolak susu.
Kalau siang, satu sesi minum paling banyak 2 oz ja.
Bayangkan la 2 oz ja.macam tak cukup.
kalau darab 4--8 oz ja siang minum.
Tu kalau 2 oz, kalau 1 oz?
Risau juga kenapa tiba- tiba dia taknak minum macam ni.
Berat dah turun nanti makin turun pulak.

Dah makin baik dekat muka.
Paling suka tengok muka dia time tidur. Tenang, bercahaya--muka orang takde dosa.

Semoga cepat sembuh sayang.
Dijauhkan dari segala penyakit berbahaya.
Terus membesar dengan ceria, sihat ye anak soleh Muhammad Zharif.


Tuesday 19 November 2013

Muhammad Zharif vs Muhammad Muaz Fauzan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baby Muaz, sepupu husband paling bongsu- setakat ni.
Lahir 26 September 2013, setahun selepas arwah opah pergi.

Dah nak masuk 2bulan, baru dapat visit Muaz.
Bambam kalah Zharif yang 2 bulan lagi besar tu--ceh, taknak gunakan 'tua'.
Tak lama lagi agaknya sama dah besar.
Dengan Zharif kira pangkat 'pakcik' la.
Tapi nanti dah besar jadi kawan gaduh- gaduh mesra jugak.

Muaz & Zharif.

KLIMS 2013

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tahun ni semangat betul kitorang dengan KLIMS- KL International Motor Show.
Agaknya, sebab lately selalu usha kereta yang best- best kot.
Usha je dulu. Tak salah pasang impian kan.

Ahad pagi, baru sampai KL, terus siap- siap.
Plan, visit maksu kejap then gerak ke PWTC.
Tapi tengah lepak-lepak pakteh kata nak datang pulak rumah maksu.
Dengan hati pasrah, tunggu pakteh sampai dulu la.
Pakteh sampai, bawak berita gembira- PWTC blackout!
Phew, mujur tak gegas- gegas pergi sana.

Lepas lunch baru gerak.
Syok la-- tengok kereta yang belum mampu milik.
Bak kata husband--bukan standard kita ni.
Kata ku dalam hati--satu hari nanti.






Rasa macam banyak snap pict hari tu.rupanya ada berapa je.

Thursday 14 November 2013

Drama :Playboy Itu Suami Aku?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..



Menyampah, gedik..
Errr, hari isnin macam semangat nak tengok cerita baru TV3 ni.
Yela, sebelum tu 'I Love U Mr. Arogant' macam best. macam boleh diterima.

Tapi yang ni,
adala few minutes tengok. Pastu terus off tv.
Gedik yang buat rasa menyampah sangat.

Dah tu playboy buat-buat.
Tak macho.Kurus. Ada misai lagi. Bluwerk.

Konon gadis kampung yang sopan.
Tapi tak jadi.

Semalam tengok jugak sikit.
Sebab member nak tengok. So, layan kan sambil kutuk- kutuk.

Wahhh, serius. Tak mampu nak tahan tahap tak boleh terima pelakon-pelakon tak jadi.
Sarah kira dulu kaki novel.
Memang kalau baca novel feeling habis.
Tapi cerita ni tak baca kat novel lagi. Cuma baca sinopsis kat blog.
Dari sinopsis, cerita ni macam best jugak.

Tapi rasanya pembawakan watak pelakon tu yang over sangat.

Tak menahan tau, nak up kan pasal cerita ni boleh laptop buat hal kejap.
Macam tak bagi je Sarah buat post kritik ni.

Muhammad Zharif : Pagi Ceria Malam Sendu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Minggu ni agak mencabar jugak bagi Sarah.
Bila hantar Zharif kat kak ita, elok je dia gelak- gelak.
Petang bila ambil pun still okay.
Nyanyi- nyanyi suara katak on the way nak sampai rumah pun dia still boleh terima.
Rengek sikit-sikit ja.

Tapi bila dah sampai, letak je kat bawah dah rengek banyak.
Lari sikit je dari dia, makin banyak lagi rengek.
Nak angkat baju je pun.

Malam tadi, buat hati keras.
Pergi jugak settlekan basuh baju.
Tiarapkan dia sebelum tu, nangis makin kuat.
Sekali angkat....Punya laaa kuat.
Tak pernah rasanya--atau sangat-sangat jarang dia menangis macam tu.

Puas pujuk-pujuk baru senyap sikit.
Bila dah start macam tu, dengan siapa hatta ayah dia pun dia taknak dah.
Nak melekap kat mak nya ja.

Kerenah makin banyak kan.
Sabar aje la.

Hari Selasa lepas, masa nak ambil Zharif,
'hari ni 3x Zharif poo-poo. tapi semua hijau-hijau'--kak ita bagitau.

Dah sudah nape pulak anak ni.
Malam pun sama.
Sampai ke pagi 4x poo-poo semua warna hijau.
Macam hijau lumut pucat sikit.
Tapi darah takde. Zharif pun aktif macam biasa.

Bawak jugak la klinik.
Doc kate maybe ada lil infection.
Dia pun dah asyik meniarap. mungkin termakan habuk dsb..
Kata doc la macam tu.

Masa tengah tunggu turn, saje borak dengan makcik sebelah.
Dia kata baby berak hijau tanda dia terkejut.
Berubah suasana.
Ntah la, kat mana yang berubahnya.
Dia duk kat rumah ja pun.
Tapi taktau la weekend ayah ada, pastu terkejut ayah takde.
haaa, ayah jugak yang salah.

Kak ita kata pulak, biasa la baby kadang poo-poo dia warna hijau..
4-5 hari nanti okay la balik. Tapi pagi ni dah warna kuning macam biasa.
Kak ita kata, ni tanda nak pandai sesuatu..
Last week dah tiarap telentang.Lepas ni nak apa pulak ye sayang Zharif?
Duduk?Merangkak?Ke berlari..
Heee, semoga Zharif anak cerdik soleh membesar dengan sihat.

kuku Zharif pendek tapi tajam walaupun dah asah.kepala banyak dah luka.tu yang tidur malam pakai lagi sarung tangan.

Monday 11 November 2013

Mommy's Job Never Done!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pict taken from FB tapi lupa source.sory

Dari kecil mak memang tak pernah berhenti buat kerja.
Selalunya mak akan bangun 5 or 5.30 pagi.
Masak air, prepare breakfast, bila dah azan stop kejap.
Solat subuh.

Dulu, kalau mak kejut sebelum pukul 6pagi mesti dalam hati--awalnyeeee nak kena bangun.hehe

Tapi mak lagi awal bangun.
Siap solat, sambung siapkan breakfast.
Dah jadi lazim family, wajib breakfast. Kalau tak nanti kena r dengan abah.
Breakfast awal. Dalam pukul 7 macam tu.

Siap breakfast, mula la kemas rumah. 
Tak pun tengok bunga-bunga mak kat luar rumah tu.
Selalunya awal-awal mak dah siapkan.
Nanti kawan gosip datang, terbantut kerja.hehe

Dah settle kerja luar dalam rumah sambung jahit baju pulak.
Pukul 11, dah prepare untuk lunch.

Siap-siap masak, baru rilex kejap.
Pastu bersiap nak pergi sekolah pulak.
Balik sekolah sambung masak.
Malam lipat-lipat baju, pastu sambung jahit baju.

Pastu baru tidur.
Tak putus..

Tu belum masuk kalau barang tak jumpa. 
Mak memang resource person. Semua cari mak.

Cuba la lawan cakap mak, nanti mesti something happen.
Hee, adik memang tak berani nak buat something kalau mak dah kata tak payah/ tak perlu.

Kalau nak pergi mana-mana mesti tanya--mak ikut tak?
Kalau mak tak ikut, semua jadi tak syok nak jalan.

Sayang mak!!


FRUIT JUICE DRINKS? or just Fruit Drinks..

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pict source : wikipedia


Secara tak perasan, dengan lambakan jenama air minuman jus buahan, kita mungkin boleh tersalah anggap antara minuman buahan atau minuman jus buahan..

Fakta

" Fruit Drinks and Fruit Juice Drinks are two different drinks. Even with added pulp and sacs, Fruit Drinks are NOT Fruit Juice Drinks. Fruit Drinks contain only 5% of fruit juice. Much little compared to Fruit Juice Drinks which has 35% or more of fruit juice."

Jadi, baca label dahulu sebelum membeli!

Source- the Sun on Monday.

Muhammad Zharif 4months Old

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Terlewat 7hari update perkembangan Zharif.

Alhamdulillah, 5 Nov 13 bertambah lagi satu bulan Muhammad Zharif.
Check hari tu, berat 6.5kg dengan panjang 64cm.
Banyak jugak bertambah panjang tu.
Perasan jugak, esp masa dia tengah tidur.

Alhamdulillah, 3m3w Zharif dah boleh meniarap dengan mudah.
Hari Jumaat lepas, dah meniarap dia boleh telentang sendiri. Yeay, clap clap.
Sekarang kerjanya, tiarap telentang tiarap telentang sampai cukup 360deg.
Kawasan jajahan abg long ni dah makin meluas la.



Dah tiarap sekarang dah gunakan kaki untuk angkat vontot.
Punyala tinggi angkat tu.
Taktau nak pergi mana.
Peel sekarang, selain menjerit kuat suka pulak dia ketap bibir bawah.
Agaknya sebab dia selalu tengok maknya buat macam tu kot.
Tahan geram kat anak tu yang selalu ketap bibir.
Zharif pun dah ikut.

Biasanya, dia akan tidur malam dalam 8.30.
Susukan sekejap, pastu letak atas bantal, lena dah.
Angkat bawak masuk bilik pun tak sedar.

Tapi ntah kenapa malam tadi, pantang nampak kita jauh sikit terus nangis.
Bukan sikit-sikit macam selalu.
Melalak kuat.
Time maghrib pulak tu.
Risau jadi macam masa dia kecil- kecil dulu.
Menangis waktu maghrib, terus takmau senyap.
Cuma semalam, bila kita datang dekat or angkat dia, elok gelak-gelak.

Bila fikir, ada 2 sebab yang mungkin:
- siang tu Sarah makan kerabu perut campur taugeh+pakupakis---mungkin taugeh buat perut dia kembung.
- ayah balik kl dah malam tadi. Zharif rindu ayah.hehe..

Buat masa ni Zharif sangat mudah nak bawak jalan.
Macam cuti 4 hari tu, naik flight tidur je sepanjang jalan.
Bila bawak jalan- jalan pun dia tersangat okay.
Tu yang syok..
Padan tu, baru je balik bercuti ayah dah tanya---tahun depan kita nak cuti mana pulak ye?

Semoga terus membesar dengan cerdik & sihat ye anak soleh Muhammad Zharif.

Zharif @4months old w tokayah.


Mulut penuh air liur. Rambut ibu pun dahsyat keguguran!


Posing tidur paling suka. Dah macam orang besar dah.








Thursday 7 November 2013

Muhammad Zharif : Achievement at 3m 3w

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Cerita ni dah lewat seminggu sebenarnya.
Start malam rabu last week (29 oct), zharif dah tunjukkan skill baru.
Kalau sebelum ni asyik angkat vontot tapi tak lepas, malam tu dia berjaya meniarap sendiri!
Terharu sangat.

Cuma tak sempat snap pict.
Mana taknya, punya la tunggu nak tengok dia meniarap tapi tak lepas-lepas.
Dah lama tunggu, pergi toilet.
Keluar tengok- tengok dah tiarap.
Aisyy, saje je nak buat time takde orang tengok kot.

Makin hari makin mudah dia tiarap sendiri.
Patut la asyik poo-poo banyak.
Nak ringankan badan la agaknya.

Sekarang kerja nak tiarap ja.
Time ganti diapers la paling mencabar.
Tak sabar- sabar nak tiarap.

Alhamdulillah.

Good job zharif @ 3m3w :)


Bila Mama Stalk FB

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dah few days tak ke udara. Rindu pulak nak bersuara kat blog ni.
Mood bercuti still ada lagi ni.
4 hari yang sangat digunakan untuk enjoy- enjoy dengan family.
Family bonding katanya..

Pagi ni perasan macam banyak pulak noti FB.
Eh, kalau takde post yang macam konon menarik takdenye orang nak jengah FB tu.
Ni sampai 6 noti ni.
Sekali check, ouh mama yang like banyak- banyak kat older post FB tu.
Hee, segan pulak.



Mama (MIL) penuh dengan kasih sayang.
Setiap kali salam bila nak balik, wish yang tak pernah tinggal--mama sayang....
Sangat komited dengan kerjanya.
Agak-agak berapa ramai foreman TNB perempuan satu Malaysia ni?
Mama adalah salah seorangnya.
So, boleh tahu lasaknya kerja dia & betapa busy esp bila minggu standby.
Anak- anak dia, sangat respect mama.
Kononnya, weekend mama ada kerja kat luar, mama dah siap masak dah & balik lewat sikit, anak- anak still tunggu mama makan sekali.
& etc..

Semoga mama terus sihat & sentiasa dalam kasih sayang Allah.




Thursday 31 October 2013

Epal

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


An apple a day, keep a doctor away..

Macam mana pulak kalau beli epal lepas tu simpan je dalam peti ais sampai dah buruk?



88888

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


88888 page views setakat sekarang.
Kalau kepercayaan chinese ni manyak ong wooo.
Harap ada la ong tu sampai ke Sarah.hee

~Terima kasih sudi singgah blog tak seberapa ni.

Zharif Kena Dera?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..







Serba- salah dibuatnya.
Dia semakin membesar, semakin banyak dia nak explore, nak belajar.
Nak belajar merasa, belajar memegang.
Sebab tu kena buka juga sarung tangan.
Macam mana nak pegang toys kalau pakai sarung tangan.
Tak feel la.
Last-last tercampak masuk bawah kerusi je toy tu.

Sudah nya, pagi tadi isytihar perang dengan Zharif.
Yeay, Ibu Vs Zharif..siapa lagi kuat?
Dan..ibu menang.
Berjaya potong kuku Zharif.
Tu pun banyak main tarik tali.

First time potong kuku Zharif.
Selama ni tak berani.
Tunggu si pemotong kuku Zharif balik weekend baru buat.
Tapi takpe dah, ibu dah boleh buat.
Lepas ni kita main tarik tali lagi ya nak?

Terus membesar dengan sihat anak soleh Muhammad Zharif.

Wednesday 30 October 2013

Baby Stuff: Zharif First Toy

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sekarang Zharif dah makin kuat memegang.
Bila dukung mesti nak tarik tudung kita.
Elok pin cantik- cantik dah jadi senget- benget tudung tu.
Kalau kat rumah kak ita, suka betul tarik rambut kak nina- anak kak ita tu.
Agaknya sebab tu lepas raya haji kak nina p potong rambut bagi pendek.
Biar adik zharif tak boleh tarik dah.

Bila dalam kereta, asyik- asyik nak tarik cap dia.
Tak pun tarik kain napkin, bebel bawa masuk mulut pastu sambil berangan ape tah.
Jadinya, Sarah fikir maybe ni masa yang bagus bagi dia toy.
Atleast dia boleh belajar memegang, merasa, memerhati & mengkaji.

Kadang bukan lama pun dia pegang toy tu.Kejap je pun.
Tapi bila kita tunjuk/ letak atas dada, nanti baru dia ambil.
Telek- telek sambil dengar bunyi biji- biji dalam toy tu.
End up, kalau tak masuk mulut, ntah mana tercampak.
Sekurang-kurangnya masa beberapa minit tu, dapat membantu merangsang perkembangan dia.

Bukan boleh nak paksa dia sentiasa main toys.
Sebab bukan lama pun dia boleh concentrate dengan apa yang dia buat.

Toys dari fisher price ni best sebab Sarah suka warnanya.
Warna terang oren hijau ni atleast boleh merangsang minat dia.
lagipun, kan baby lagi tertarik dengan warna- warna yang terang.





Hari tu kata dah bukak sarung tangan sepenuhnya kan, tapi tak boleh tahan.
Kesian penuh calar- balar muka. Malam-malam pakai balik sebab tak boleh nak control tahap Zharif menggosok muka waktu malam.





Tuesday 29 October 2013

Kenangan Zaman Nak Kahwin

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Terjumpa pic ni dekat fb.
Betul ke tak betul zaman- zaman sibuk buat wedding prep dulu.
Asyik counting je.
Ayat yang tak kan terlepas, 'dah tinggal.....sempat ke tak ni'
Hehe,sekarang Alhamdulillah.
Masing- masing dah sambut/ dah nak sambut first anniversary.
Rindu pulak zaman sibuk-sibuk dulu kan.
Semuanya nak jadikan hari ITU hari paling dikenang.

-Semoga jodoh ini jodoh hingga ke syurga- InsyaAllah.

Fakta Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

1- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
Cukup masuk 5 minggu, baru basah mata Zharif bila nangis. melekat je bulu mata dia yang panjang tu sebab basah.hehe

3- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
Tu yang ayah Zharif asyik cakap Zharif kuat. Sebab banyak tulang, padahal tulang dia lembut lagi.Isy isy

4- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
Vontot Zharif ada biru-biru tapi mak kata tu nanti akan hilang.

5- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Hehe, anak mak la katakan.9 bulan 10 hari dikendongkan.

6- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
Yup, bayi hanya nampak warna. Tapi sekarang dalam gelap pun boleh intai kita.

7- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
Sekarang dah makin kurang compare masa baru lahir. Nurse nak cucuk BCG pun kena kuis-kuis rerambut dia. Punya la banyak.

8- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
Subhanallah, sebab tu digalakkan banyak berborak masa baby dalam kandungan lagi.

9- Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
3 bulan ni pun dah 2kali ganda masa lahir. Alhamdulillah.

13- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
Pernah terbaca, music bacaan Al-Quran adalah lebih baik.

14- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Ye? Rasanya dulu macam tak tidur je. Susah sangat nak tidur. Senang sangat nak bangun.

15- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
Selembut kulit bayi. Smooth sangat bila main-main kulit baby.Jeles.

16- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Berhasrat nak ajar Zharif berenang seawal yang boleh.Insya Allah.

Semoga terus membesar dengan sihat anak soleh.


kredit info- Fakta pelik.

Monday 28 October 2013

Burger Bakaq Abang Burn @ Bandar Perda.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

*Bakar jadi Bakaq sebab makan kat Penang.
Hee

Kalau nak tahu, Sarah dari pregnantkan Zharif lagi nak merasa burger bakar abang burn ni.
Tapi tak sempat. Serius tak sempat sebab Zharif dah ter'keluar' awal.
Habis je pantang husband tanya, 'apa yang first awak nak makan?'
'Burger bakar abang burn!!!'

Tapi tak dapat juga walhal sekangkang kera je dengan rumah Kajang.
Masa tak mengizinkan.

Bila dapat tahu jajahan abang burn ni ada kat Penang, laju- laju ajak husband.
Nak juga rasa.

Awalnya husband tak nak layan.
Pastu buat ayat touching- touching..
'saya dari.....tak dapat...
...orang lain cakap sekali dapat....'

Dia sebenarnya lapar nasi.
Mujur la burger bakar abang burn ni tempatnya sekali dengan kedai makan Route 69.
Ambil set nasi (Route 69) + burger bakar supremo cheese beef + meatball abang burn.

First time makan kat Route 69.
Kitorang ambil set untuk2 orang.
Kailan ikan masin, telur dadar, tomyam campur, ikan bawal sweet sour, nasi 2.

Rasa...boleh la. tomyam nya boleh la sedap.
Tapi, memang la campur tapi campur dengan serai bawang-bawang.Amatla sikit bahan-bahan boleh makan dalam tu.
Ikan bawal sikit hanyir..
Kecewa..

Takpe, main point datang sini sebab nak makan burger bakar.
Emmmm, yummy. i loike..
Memang tak menghampakan rasa daging.
Puas hati.

burger bakar supremo cheese beef


Meatball, isi dalam sedap..
Adunan daging & rempah yang sebati yang terasa sangat.
Tapi kenapa tak cakap sangat sedap?
Sebab Sarah lagi suka meatball ikea. aisyhh, walaupun ada yang kata setanding ikea tapi bagi sarah ikea tetap paling best.
mungkin lain tempat ada sikit beza rasa.
Cara goreng (agaknya la) tak minat jugak. sebab meatball jadi keras sikit untuk bahagian luar.

Meatball abang burn


Overall, still satu hari nanti nak datang lagi.
Sebab belum rasa lagi yang original menu!

4 bintang untuk burger bakar abang burn!

Thursday 24 October 2013

Rasa Nak Makan ABC

Assalamualaikum
Salam sejahtera..



Tiba- tiba teringin nak makan ABC la pulak petang ni.
Dapat lepak- lepak macam muda mudi dulu cam best je.

Teringat masa studi dulu.
Kalau nak makan ABC, sure pergi Fradoo ABC Special kat Seksyen 2, Shah Alam.
Tak de ABC lain yang dapat lawan Fradoo

Studi dekat UTM, kawan bawak kat Kg. Majidi makan ABC gak.
Still tercompare dengan Fradoo
Frado gak yang best.

Dengan aiskrim, buah- buah sikit, kacang- kacang.
Emm, slruuup.

Tapi sekarang still dalam pantang aiskrim/ ais --kadang curik jugak.
Perut muncit lagi~~

Gembira Sekejap

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Semalam,macam biasa ambik zharif pukul 5.30ptg.
Hujan pulak.
First time dukung zharif sambil pegang payung.
Okayla.mula ingat kan leceh.

Balik drive sambil layan anak teruna tu borak.
Banyak betul cakap nya.
Tiba, eh senyap dah anak ni.
Rupanya tengah pandang je ibu tengah drive ni.
Alolo sori syg. Ibu kena drive ni baby.
Sayu pulak tengok muka ajak borak tu.

Dah sampai rumah, 'meh jom zharif.masuk rumah'
Sambil hulur tangan nak angkat.
Sekali tu...zharif respon dengan angkat badan,angkat tangan arah kita, bagi senyuman melting gila.

Teruja ibu zharif dah pandai respon angkat tangan.
Nangis jap. Sarah teruk betul.
Tiap kali anak tunjuk kan positive dev mesti nak keluar air mata. Terharu + syukur.

Pastu, dah semangat nak call ayah ni.
Dalam hati dah nak jerit- jerit.

Eh,before call test balik la.
Baringkan dia.
'Zharif..Zharif..meh la kat ibu'
Puas den hulur tangan.
Nan ado dia nak respon macam tadi.
Duk terbaring terlentang ja.

Terus tak jadi call ayah.
Simpan je la cerita tu. Huhu

Wednesday 23 October 2013

Bagaimana SUSU IBU terhasil

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Biar gambar yang bercerita.

Kredit : KK Seberang Jaya.

Based experience sendiri, walau pun kita baru je pump, kosongkan missB, 
tapi tak lama tu baby terjaga pulak minta susu, susu tetap terhasil.
Tetap ada bila baby hisap.
Ingat, bila ada demand sentiasa ada supply.

So, dont worry nak simpan stok dalam missB untuk bagi baby minum kejap lagi ke.
Konsep yang salah tu lah yang menyebabkan susu merajuk tak nak keluar dah nanti.

Sarah sendiri masa awal-awal dulu sebab lack of knowledge + motivation,
susu sampai merajuk kejap keluar sikit.
Ibu yang ada anak lelaki faham la kan macam mana kuat nya anak asyik demand susu.
Dah, sampai menangis-nangis.
Asyik lapar je.

Masa Zharif kena jaundice hari ke 5, dia tak tenang nak letak bawah photo tu.
Sebab tak kenyang agaknya.
Emmm. sangat sedih + pasrah bila nurse advice bagi fm.
And husband pujuk juga bagi fm supaya Zharif cepat baik.
Last tumbang jugak pendirian. Zharif dah tak dapat ekslusif bf dari ibu.
Bila dah off photo, zharif dehydrate pula, sekali lagi topup fm.

Betul- betul teremosi masa tu.
Tapi mana satu pilihan..Nak anak cepat sembuh atau stay lama- lama kat hospital?

Dah, stop!
Lepas tu tekad tak akan bagi fm walau macam mana pun.
Pernah Zharif menangis- nangis.
Orang sekeliling asyik nak suruh bagi fm dah.

Sarah diam-diam, tenangkan fikiran.
Banyakkan minum air suam sahaja.
Makan sayur-sayur untuk tambah susu, dan Alhamdulillah.
Sampai sekarang cukup susu untuk Zharif.

Perjalanan short term ada lagi 2 bulan setengah.
Harap dia kenyang dengan susu ibu dia ja.
Tu pun dah ada bisik- bisik nak bagi dia makan 4 bulan.
Tak sanggup. Selagi mampu, selagi ada rezeki biarlah dia dapat sepenuhnya susu ibu.
Harap ada rezeki sampai 2 tahun. InsyaAllah.

Tuesday 22 October 2013

Muhammad Zharif : Dia Buat Perangai Dah

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Semalam, dalam pukul 12 Kak Ita call.
Sure ada something tak best.

'Zharif, tak mau minum ni Sarah!'

Apalagi, angkat bag terus pergi rumah Kak Ita.
Dengan rakus anak teruna tu minum bila dapat mak nya.
Mana tak last minum 6.30 pg, ni dah pukul 12.
Sayu tengok anak lapar.

Mula ingat sebab tukar puting botol.
Tapi petang tu, pukul 5.30ptg nak ambik dia still tolak susu.
Even dah bagi puting lama.

Emm, tengah hari minum sikit ja tak sampai 1 oz.
Pastu tetidur sendiri dah penat nangis kot.

Aiyaa, ni penangan cuti seminggu la.
Terus tolak yang tiruan.

Hari ni pagi tadi sikit jugak minum.
Tapi dah ngantuk sangat, tertidur macam tu ja.
Tengah hari Kak Ita bagitau boleh la minum macam biasa.
Tu pun, dalam nangis- nangis pujuk jugak bagi minum.

Pagi tadi, dia bangun tidur, cakap slow- slow
'zharif minum botol ye hari  ni. Ibu kerja'

Harap esok mau la balik terima botol.
Badan baru nak naik.
Sedap nak peluk- peluk dah ni.

Ouhhh, hari ni kecewa la...
Punya tunggu thepoplook launch haley.
Sekejap je dah sold out.
kuciwa dari minggu lepas lagi.
Dah tu aim satu long pants, tadi ok je.
Petang ni sold out dah.
Kuciwa lagi.




Monday 21 October 2013

Self Reminder : Sayang Anak Tinggal-tingalkan?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

#Copy dari FB paste dekat sini



"Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2.

... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat... Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg
" anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama..."


Zharif baru 3 bulan.
Tapi setiap petang lepas ambil dia dari pengasuh mesti taknak duk bawah.
Macam tak boleh nak berenggang. Padahal kita nak basuh baju la, simpan susu, sterilize botol- botol susu, mandi solat lagi.
Setiap kali dia merengek minta pegang dia, ingatkan diri balik dia rindu ibu dia.

Sama juga bila masa ayah dia call or ayah dia balik weekend ceria sangat-sangat.

Baby pun tahu rasa kasih- sayang tu. Belum lagi bila dah makin besar nanti. 

#Tetiba rindu amat pulak kat si nonet tu.

Baby Stuff : Review SCR 6 & SCR 7

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Entry atas permintaan Diyana.

Ingat lagi masa awal pregnant, kitorang laki bini asyik usha stroller je.
Tapi lama- lama kitorang fikir better cari baby carrier dulu.
Boleh pakai dari kecil lagi.
Certain stroller bila besar sikit baru boleh guna.

Then, bila tahu kena posting kat Penang Sarah minta husband prepare kan car seat dulu.
Before start keje balik.
Macam mana nak drive kalau takde car seat.
Kita da la drive sendiri je.

Bila Zharif lahir, makteh (husband) tanya apa lagi barang baby yang takde.
Husband cepat- cepat cakap stroller!
Makteh mulanya offer MacLaren.
Tapi kitorang minta yang lain.

Masa Zharif dalam sebulan (raya puasa), husband ajak balik Ipoh.
Sebab kan masa balik dari Ipoh ke KL then ke Bera, Sarah sakit pinggang sangat pegang Zharif, husband belikan car seat awal- awal.

Act, bab car seat & stroller husband yang fully buat review.
So, pilihan both ni based taste husband la.
Sebab Sarah minat stroller halford.
Nampak best je.hehe

Husband Sarah belikan carseat SCR 7. RM250 tapi masa tu promo dekat Jusco tinggal RM200 ja.

Sebab apa beli yang ni.
SCR 7 boleh attach dengan stroller SCR 6 & 9.
Jadi buat masa ni tak perlu la prepare car seat lain.
Senang, kalau nak g mana- mana bawak body stoller je.
Angkat carseat pastu attach kat stoller.
Jimat ruang boot kereta.

Yang best lagi SCR 7 ni, boleh ganti rocker.
Kitorang takde beli kan Zharif rocker --plak takde yang nak hadiahkan rocker.hikhik
Jadi, guna la carseat ni letak dalam rumah.
Senang sangat dia tidur. Lena lama pulak tu compare tidur baring bawah.




Handle boleh adjust. Senang nak angkat & letak.
Kalau letak dalam kereta pulak, boleh jadikan handle as stopper.
Jadi takde dia berubah tempat ke apa.

Muka sememeh baru bangun tidur.


Yang tak best nya, SCR 7 just fit sampai baby 13kg. Estimate sampai dia setahun.
Sebab tak sebesar car seat biasa.
Bila dia dah tak fit, kena cari car seat lain la jawabnya.

Jadi, bila dah katanya SCR 7 ni boleh fit dengan stroller SCR, kitorang pilih stroller SCR la.
Dapat offer Maclaren pun tolak.hehe
Kredit : Sweet Cherry

Selain halford, sarah suka quinny. husband pun suka.

Sebab tu agaknya dia pilih SCR 6.
Ada 3 roda macam quinny. kot laa.

Bagi Sarah SCR6 senang nak handle.
Mudah nak lipat, mudah nak buka balik.
Stoller ni pun ringan. Atleast bila seorang tak susah Sarah nak buka lipat.
Tapi tak mampu la nak buat sebelah tangan.
Interlock stroller ni perlukan dua belah tangan untuk lipat dan buka semula.

Backrest & footrest yang boleh dilaraskan.
Baby pun, samada boleh pandang arah kita atau pandang depan.
Warna merah pulak, sangat mengancam!!



Tempat baby duduk tu takde dalam pict sebab tinggalkan dulu kat kajang. Tak perlu lagi buat masa ni.

Pict Zharif dalam stroller boleh refer entry Zharif First Flight.

So far, bila jalan- jalan belum pernah lagi guna kan full stroller.
Just guna car seat attach pada body stoller ni.
Adapter ada disediakan untuk attach SCR7 pada SCR9.

Spec SCR 6 & SCR 7 (kredit: Sweet Cherry)

S301 SCR6 Stroller
Net Weight    :    8.4 kg
Features    :   
Suitable from birth to 3 years old (<17kg)
Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminium frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing
Travelling system: Compatible with C100 with additional adapter


C100 SCR7 Infant carrier carseat
Net Weight    :    3.4 kg
Features    :   
Group 0+ (<13kg) rear facing infant car seats
Light weight portable carrier and rocker
Adjustable handle with smooth grip
Comfy head support, chest and buckle pads
Traveling System: Can be attached on S300A and S301 SCR Strollers by using adapter.


Saturday 19 October 2013

Jual Anak untuk IPhone?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Petikan kosmo online 19 oktober 13

" SHANGHAI - Satu pasangan muda di China berdepan hukuman jenayah kerana menjual seorang bayi perempuan mereka dan menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone, lapor media tempatan semalam."

Alahai macam- macam dunia.
Ada yang bertahun menunggu nak anak.
Berlabur beribu ikhtiar nak dapatkan anak.

Ada pulak dah ada anak tapi sanggup jual.
Untuk sebijik IPhone je tu.
Cuba ko bela anak tu elok-elok.
Nanti dah besar bukan sebijik, puluh-puluh bijik boleh dapat.

Semoga kita diberi kesabaran dalam menjaga anak.insya Allah amin.

Friday 18 October 2013

Bayi Meninggal Ketika Tidur

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Last few weeks, masa kat office tiba kawan Sarah datang bilik ramai-ramai.
Ajak pergi hospital.
Katanya, anak kawan lemas dekat taska.
Taska dah bawak pergi hospital & pihak hospital sahkan baby tersebut dah meninggal.
Meninggal masa baby tengah tidur.
Sampai je kat bahagian jenazah, Sarah mampu tengok dalam 5minit.

Sangat pilu.
Umur baby tu just few days beza dengan Zharif.
Rupa baby kan hampir sama.
Masa Sarah tengok jenazah, mata dalam keadaan terbuka sedikit. Sama macam baby tengah tidur.
Cuma bibir & muka dah biru sikit.

Hasil post mortem, doc sahkan baby meninggal disebabkan paru-paru berair.
Sarah tanya orang, paru- paru berair mungkin boleh disebabkan jangkitan kuman.
contohnya, kalau kita bawa anak kat tempat terbuka macam pasar ke, baby sangat mudah berjangkit. Wallahu'alam.

Sarah pernah tanya kan pada Dr Zubaidi.

"assalamualaikum doc.
saya ada pertanyaan. baru- baru ni ada kawan satu office saya dapat panggilan dari taska tempat dia letakkan anak dia. pihak taska beritahu anaknya lemas & terus bawa ke hospital. doc sahkan bayi tersebut meninggal semasa dalam tidur. hasil post mortem, bayi tersebut menghidap paru- paru berair. bayi tersebut berumur dalam 3 bulan & baru 2 hari hantar ke taska. persoalan saya, apa sebab bayi boleh menghidap paru- paru berair?harap perkongsian doc dapat membantu saya dalam menjaga bayi saya yang berumur juga 3 bulan.
lagi satu, keadaan selsema & batuk yang macam mana yang bahaya bagi bayi?anak saya hari ni hari ketiga selsema tapi batuknya dah kurang.saya ada baca dalam blog doc lebih baik biarkn selsema & batuk cure sendiri untuk sistem pertahanan badan dia.
terima kasih atas perkongsian doc."

Jawapan Dr. Zubaidi.

" Wa alaikum mus salam.
Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan beliau, lebih-lebih lagi dalam kes medicolegal dan melibat polis dan mahkamah.
Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death yang berlaku ketika tidur.
Namun ada juga disebabkan oleh faktor susah berbafas sama ada sedakan susu, selsema yang kuat, pneumonia dan banyak sebab lain.
Oleh itu KKM sangat tidak menggalakkan dan hampir melarang bayi berumur satu tahun ke bawah diberikan ubat selsema dan batuk, kecuali atas nasihat dan pemantauan doktor.
Ini kerana ubat selsema dan batuk biasanya menyebabkan bayi tertidur lama dan ada kalanya boleh menyebabkan kematian.
Wallahu a'lam."

Teringat kata Dr. Muhaya, lebih kurang macam ni
"Kalau ada anak kecil yang meninggal dunia, ibu bapa lebih harus rasa gembira sebab salah seorang anak dah tentu ke syurga & dia sedang menunggu kita"

Walau macam mana pun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Al-Fatihah.

#p/s soalan & jawapan antara sarah & dr. zubaidi bukan copy paste dari fb dr zubaidi, tapi dari inbox sarah. jadi rasanya tak salah untuk share semula dekat sini.

Nougat Candy yang Best

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baru- baru ni officemate Sarah bagi rasa satu candy nougat ni.
Sedap sesangat rasanya.
Pastu ada macam-macam perasa.
Kawan bagi yang rasa cranberries.

Dapat satu ja, pastu lepas habis makan rasa tak puas.
Terus esoknya Sabtu Sarah ajak husband pergi Queensbay Mall semata-mata nak cari candy nougat tu.
Beli 2 perasa yang yakin sedap.

cranberries and macadamia& rose.


ada 10 perasa semuanya


yang ni yang sedap sangat. macadamia& rose.

Thursday 17 October 2013

Zharif First Flight

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Masa mula-mula plan nak balik KL agak pening gak kitorang fikir macam mana nak balik.
Kalau drive tak mungkin la Sarah drive sorang. 4 jam perjalanan dengan Zharif sangat la mustahil.
Then, kalau naik bas or train pun lebih kurang sama.
Buatnya dia cranky macam mana la nak pujuk.

Check tiket flight & buat comparison, decide balik naik flight aje la.
Atleast kalau cranky dalam 1 jam ja.
Beli one way ticket- malindo air (penang- subang)
Rm 129.

Petang Jumaat gerak dari rumah pukul 5.30 sampai airport 6.30.
Zharif elok ja tidur dalam stoller.
Tunggu kejap, 6.50ptg baru check in. Tiket flight pukul 8.50mlm.

Awalnya taknak bawak stoller. Just sangkut carrier ja.
Tapi sebab fikir balik bawak stoller lagi mudah nanti.
Bagpack Zharif sangkut kat stroller, sebelah tangan tarik luggage.

Travel dengan baby mula ingat akan susah.
Tapi Alhamdulillah, semua dapat control.
Sarah prepare kan susu untuk dia dari rumah lagi.
Pukul 5 prepare, before 9pm dah kena habiskan. Jadi nya Sarah just bagi susu botol kat airport.
Susu yang ais lagi tak boleh bawak pula hand carry.

Sampai airport Zharif dah tido. Senang ibu ke hulu hilir nak cari kaunter check in & etc.

Tak peduli orang keliling. yang penting gambar dengan Zharif mesti diabadikan.

Tq abang crew cabin tolong lipatkan stroller Zharif then simpankan.
Risau juga kalau dapat seat sebelah lelaki.
tapi mujur dapat sebelah sorang auntie.
Duduk je terus dia tegur 'kids sekarang so lucky. Can travel by plane'
'kita dulu...hmm, mak pun banyak anak'
Rasa kelakar bila teringat auntie tu buat action 'banyak anak'.

Sambil tu Sarah terus susukan Zharif. Nak bagi dia tenang waktu plane baru nak naik.
Before masuk dia pun dah ngantuk tapi Sarah main-main lagi dengan dia. Bagi betul- betul penat.
Dalam flight senang je dia lelap. Time bising tu dia pun dah lena.

Tapi jap ja. Bila lampu dah on semula, Zharif dah bangun.
Pastu dia boleh borak -borak dengan auntie sebelah.
Bila dah nak mendarat baru dia cranky.
Wahh.dah macam gaya nak pujuk. Tak diam gak anak tu.
Bagi susu pun dia tolak. Tapi mana tak nya, tak sampai satu jam dah nak kena minum semula.
'Zharif kenyang lagi la bu' - agaknye macam tu la kalau dia boleh cakap.
Bila Sarah cakap 'ayah tunggu kat bawah tu'
'ayah rindu zharif'
Macam-macam lagi, semua kait dengan ayah dia, baru senyap sikit.
Mihmih..baru dia tahu kot ni balik nak jumpa ayah.

Dah sampai! Excited nak jumpa ayah.

Travel dengan malindo air, kira okay la servis nya.
Apa yang Sarah tahu kalau turun dekat subang akan naik etr.
Macam Sarah hari tu r. So feeling macam naik bas aje. Kiri 2 seat kanan 2 seat.
Yang turun kat klia baru boeing.
Bak kata husband, ni testing dulu.
Tapi sebab tengok Zharif pun okay, servis malindo air pun okay, maybe next time boleh la naik lagi.

Before travel Sarah banyak refer blog- blog lain yang pernah bawa baby naik flight.
Bila travel berdua kena betul- betul prepare. Takde la nanti problem lain yang datang.

Few tips travel dengan flight & bawa baby.

1) Tiket
Tiket untuk baby pun kena beli even dia duduk atas riba kita aje.

2) Sampai awal.
Seeloknya plan untuk sampai awal esp first time travel dengan anak. yela, kalau dah lambat bukan boleh berlari kejar kaunter check in tu.

3) Boarding pass.
Baby pun ada boarding pass sendiri. Jadi, mykid dia perlu jugak bawak.
Betapa senang sekarang ada mykid, tak perlu dah bawak surat beranak yang besar punya tu.

4) Bawa seminimal mungkin barang.
Sarah bawa cuma satu bag luggage & bag pack Zharif.
Dalam bagpack Sarah prepare few keping pampers, wet tissue, baju 2 helai, buku baby dia (pergi mana sentiasa bawak), diaper clutch, bantal kecil, lampin, botol susu, hp & purse Sarah.
Nampak macam banyak tapi muat semua dalam beg tu.

5) Stroller
Ikut first experience ni, Sarah rasa stroller sangat membantu.
Mudah untuk Sarah buat macam- macam since baby carrier yang kitorang beli macam agak susah sikit nak pakai kan.
Sarah pun travel berdua dengan baby, jadi cabin crew yang tolong lipatkan stroller & diorang simpankan.
Yang penting kena tahu macam mana nak lipat & bukak balik stroller tu la.
Sebab Sarah pun baru belajar pagi Jumaat tu macam mana nak bukak stoller, attachkan dengan car seat dia. Sebelum ni husband yang uruskan semuanya.

6) Bawa botol susu @ pacifier yang boleh tenangkan baby.
Mula target nak bagi susu botol dalam flight tapi sebab dah nak cukup 4 jam taknak la Zharif minum susu expire pulak. Jadi Sarah bagi masa kat airport. Okay jugak, sebab tak perlu nak cari-cari bilik penyusuan.
Kalau menyusu dalam flight better bawa nursing cover. Mana tahu dapat seat sebelah lelaki segan pulak. Tapi Sarah tak pandai guna cover. Rasa leceh. Cover sikit dengan lampin dia je.
Zharif pun tak dibiasakan guna pacifier. sumbat dengan original je senang.

7) Sumbat telinga anak.
Ada yang suggest kat Sarah bawak kapas tutup telinga anak. Tapi Sarah tak bawak pun.
Zharif pun leka menyusu masa nak naik tu. Jadi Sarah just tutup guna tangan aje. Hehe, senang.
Masa nak turun, takde la berdesing sangat compare masa naik.

8) Bagi susu kerap.
Dengan susu aje baby senang nak tenang kan. Lagi pun, masa turun & naik ada perubahan tekanan udara, jadi bagi susu boleh selesa kan baby. Macam Zharif, dia lagi mudah nak tidur bila dapat susu.

9) Duduk dengan selesa.
Awal- awal duduk Sarah terus pakai seat belt. Make sure kita selesa. Nak riba anak lagi kan. Boleh minta tolong FA kalau rasa sukar nak pakai belt. FA pun diorang tahu kita bawa baby, dia pesan awal- awal pegang baby baik- baik esp masa flight naik & turun.

10) Tenteram kan anak
Ni awal-awal kawan Sarah dah bagitahu nanti baby tak selesa bila dalam flight.
Zharif pun sama. Merengek puas gaya nak pujuk. Bukan boleh jalan- jalan dalam flight tu since 1 jam je terbang. Baru je naik, dah turun semula. Jadi, kat seat tu je la gunakan kepakaran ibu tu pujuk anak.

11) Permainan & Makanan.
Kalau anak dah besar sikit, bawak lah toys & makanan anak. Jadi takde la anak boring & lapar dalam flight tu esp untuk long distance travel.

Husband selalu pesan, everything is your first experience. Bila dah ada experience ni, then next time tahu dah nak buat macam mana bila apa- apa yang jadi.

#p/s bukan Zharif je first time ibu dia pun kali pertama jejak kaki atas plane tu.