Saturday 30 June 2012

Kunjungan ketiga

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kunjungan pertama FFIL sewaktu majlis bertunang.
Kunjungan kedua pada hari raya 2011.
Dan kunjungan ketiga adalah pada hari ini.

Sebelum sampai tak tahu kenapa nervous sangat.Sempat text en tunang,
"saya rasa macam awak bawak rombongan nikah"
Hehe..

Ingat en tunang dengan parents dia je datang.
Tapi rupanya sampai tiga kereta.
Lunch dekat sini.
Risau pada mulanya tak cukup lauk.
Tapi dah rezeki mereka murah.
Alhamdulillah. Banyak lauk pauk rupanya.
Talapia masak merah, sayur campur, ayam gulai, sup daging, daging masak kicap.
Tak dapat nak tunjukkan betapa meriahnya lauk.
Segan pun nak snap picts.

Lepas makan mereka siap2 untuk balik.
Tapi nak di jadikan cerita,kereta ayah tunang ada something wrong plak.
So sementara tunggu kereta siap repair,sambung borak2.
Dan saya sempat ambik kesempatan pada en tunang.

Kena paksa rela lipatkan kad kahwin untuk saya:)
Perasaan selepas keluarga en tunang pulang?
Bunga mekar di hati.
Ikatan keluarga kedua pihak sangat baik.
Semoga perjalanan selepas ini semakin lancar

Friday 29 June 2012

Sekian Lama Tidak Menulis

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Meh tengok last entry.
Fuhhh, 12 June tu. Makna nya dah lebih 2 minggu tak update blog.
Maaf ya blog.
Bila exam dah tamat boleh la layan kamu semula kan.
Hehehe.

Dah lama tak menulis jadi dah tak tahu nak tulis apa.

Layan a few wedding picts kawan Sarah ni.
Actually wedding nya dah lepas beberapa bulan.
Sangat suka everything wedding Taniey nie.
Bagi sesiapa yang teringin mix gold and turquoise blue,
boleh la dapatkan ilham dari outfit Taniey.
Memang sangat menyerlah pasangan pengantin ni.


Picts taken from FB Zatil Hanani. Pinjam pict tau taniey.

Memang dapat positive komen dari semua kawan.
Nani macam bidadari.
Nani macam cleopatra.
Hehe, tapi kau memang cantik taniey.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.




Tuesday 12 June 2012

Saya Bahagia Disini

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, berkat istikharah saya temui kebahagian dan ketenangan di UTM ni.
Sungguh, sangat sukar sebenarnya untuk memilih samada mahu terus bekerja atau sambung belajar.

Tetapi, selepas 9bln di UTM saya rasa bahagia disini.
Dengan suasana yang tenang.
Kawan yang sangat memberi inspirasi.

Bukan bermaksud dahulu tak bahagia.
Tetapi sekarang lebih bahagia.
Bahagia untuk menguatkan fizikal, mental dan rohani.

Kadang terfikir, jika masih bekerja adakah kehidupan seperti sekarang.
Hanya Allah yang tahu.

Tengah hari tadi lepas lunch kawan yang bergelar sahabat masuk bilik dengan tangan tersorok.
Ada something dibelakang.
Ianya adalah..



Senaskhah terjemahan al-Quran.
Ya Allah sungguh mulia hatinya.
Seperti tahu saya memang ingin memiliki terjemahan ini.
Hadiah untuk saya dan roommate.

Semoga pahala yang tak putus buat kamu..:)
Saya sangat2 menghargai pemberian ini.


Pada Awalnya Saya Mahukan Ini..

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Saya mahukan Shawl Shasmeen Sakura.

Kredit Foto: Radiusite 

Sangat manis kan tudung dari Radiusite ni.
Sarah suka pada design nya yang simple tapi menarik.
Memang awal2 dah plan untuk nikah nak pakai tudung ni sahaja.
Sebabnya, baju nikah nanti dah memang sangat heavy.
So, nak pakai yang simple2 sahaja.
Tak nak pakai veil pun.

Tapi idea tu ditentang habis-habisan oleh adik.
Katanya pakai tudung je tak nampak seri pengantin.
Konon nak buat degil,
tapi adik menang jugak.

Sebabnya time pergi butik ni hari tu, shawl ni dah habis stok :(
Nak datang lain kali ntah bila nya.
Beli online takut tak match pulak.

So, ini la penggantinya.

Tengokla hasilnya nanti macam mana ya:)

Chiffon silk 60" : RM 38/m x 1 1/2 m.
Border lace plain : RM 78/m x 1/2m



Sunday 10 June 2012

Godet Dress

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Seperti yang pernah diceritakan, baju bertandang nanti adalah dari inspirasi disini.
Suka pada dress tersebut tetapi tidak tahu nama nya.
Terima kasih pada blogger Miss & Mr. W sudi inform Sarah nama dress tu.
So, dress tersebut adalah GODET DRESS.
Dah, google, betulla!
(agaknya kamu2 semua dah tahu kan pasal ni)


Suka pada effect flowy dress.

Godet dress terdiri daripada panel kain ditambah pada kain atau dress utama.
Godet dress juga dapat menambahkan keluasan kain dan membentuk effect flowy pada kain atau dress tersebut.
Contoh pattern godet dress,
Kredit foto: wikipedia


Saturday 9 June 2012

Inspirasi: Dress Majlis Bertandang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Majlis bertandang di Ipoh, Sarah hanya mahukan dress yang simple.
Dan tertarik pula pada chiffon dress dengan patching lace.
Awalnya tertarik pada yang ini


Tapi sebab rasakan gaya ni dah biasa,
jadi tukar pada gaya ni pula


Suka pada style bahagian bawah tu.
Tapi tak tahu apa nama dia.
Nak kata pleated macam lain je.
Siapa yang tahu inform ya:)

Owh, both design dress tu adalah inspirasi dari Majalah Pengantin Jan 2012

First magazine pengantin yang dibelanja oleh en tunang. Magazine yang lain beli dengan ex-housemate yang kerja Karangkraf. Dapatla RM6 je untuk majalah pengantin nie.


Friday 8 June 2012

Pearl Handbouquet

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

First time jumpa pearl handbouquet ni di Wedding Thingy.

Kredit Foto: Wedding Thingy

Jatuh hati dan terus masukkan dalam list DIY.
Kejayaan Sharz dengan HB dia lagi menambahkan semangat Sarah nak menyiapkan HB ni.

Dan...
Sarah punya


Baru 70pcs siap dari beratus-ratus.
Tengah semangat nak memintal dawai ni.



Dapat Hadiah Sebulan Awal.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dulu pernah Sarah cerita kan yang barang2 hantaran almost settle. Just tinggal gadget.
Hari Rabu lepas kitorang cuba la melengkapkan barang tersebut.
Sarah dah awal2 request nak camera n akan bls balik hp pada en tunang.
Tiba en tunang kata nak belanja hp jugak (Hmm, maybe sbb hp sy dah uzur kot. Hee)
Orang nak belanja, terima saja la dengan tangan terbuka kan.

Dan, yang paling bestnya...
Lepas je beli, en tunang berkata,
"Saya rasa mcm tak tahan la nak simpan lama. Nak guna terus boleh?"

Dah agak dah. Tu yang tak nak beli awal2 tu.
Bagi Sarah kalau nak guna awal, dah tak perlu letak atas dulang dah.
Tak best la letak kotak kosong atas dulang tp brg dah guna awal.(Hanya pendapat diri sendiri)


Masa nak balik tu, en tunang kata lagi,
"Takpe la, since yg ni last meeting kita and next month sampai beberapa bulan lagi dah tak jumpa, so ni adalah hadiah for our 7th Anniversary!"

Awalnya dah dapat hadiah!
Nwy, syukur pada Allah dan terima kasih awak.
Bukan kerana hp semata tapi for our relationship :)

Motorola L7, Hp pertama beli sendiri dan masih bertahan. Terima kasih kerana memberi perkhidmatan cemerlang 5 tahun setengah.


Btw, hp baru ni kitorang beli kat
ITEM DOT COM ENTERPRISE
The Summit USJ
Lot 3.49, 3rd Floor, THE SUMMIT COMPLEX, 
USJ 47600, Subang Jaya,

Orang yang suggest dan Sarah pun suggest kedai ni pada kamu2 yang nak beli hp jugak.
Layanan yang best dan yang penting blh dapat harga berpatutan.

Wednesday 6 June 2012

Warna Tema Berubah!!


Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kalau baca kat sini, main theme color Sarah nanti ialah Colar Peach.
Memang dah cair hati sgt dgn warna tu.

Tapi bila dah banyak preps dibuat (banyak la sgt kan),
rasa mcm impian nak buat tak dapat di capai.

  • Family attire dah beli awal : purple color
  • Kad kahwin dah siap draft : purple jugak. Walaupun dah cakap suruh buat peach. Purple jugak jadinya. Pastu dah tunjukkan kat both family, diorang semua suka color tu.
  • Nak teguh jugak pakai color peach tu, tapi my en tunang skin color dah bertukar sejak jadi buruh kasar ni. Memang tak sesuai je nak pakai color tu la kan.
  • Bunga pahar dah warna merah sbb dulu bygkan pelamin mcm coral peach tu.saje nk bg contra buat la bunga phr warna merah.
  • Kalau wedding attire creamy ke silver ke, dah mcm2 la plak warna nya kan.
Haru-biru rasa nye dgn bnd yg paling simple ni.
Pening2 ngadu kat en tunang.
Memang dapat kata2 yg amat memberangsang kan la.
"Takkan awak nak semua org tukar semuanya semata2 nak ikutkan warna awak tu. Susah nak dapat kan"

Gggrrrr.
Takpe2, raye taun depan akan carik warna tu jugak.

So, mcm ni la sikit2 rupenya nanti :)


Seperti di gambar, Sarah tak akan pakai purple.