Monday 28 May 2012

Inspirasi:Cute Dress Paper Bag

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Nak idea paper bag  untuk doorgift nanti?
Jumpa di blog Diari Ann.
Cute sgt.
Tapi,Sarah tak mungkin la nk buat.
Rasa mcm dah tak sempat :(

Tengok ni.
Kredit foto : Blog Diari Ann


Untuk tutorial boleh refer disini
Syok blog ni sebab ada banyak lagi tutorial yang best.

Friday 25 May 2012

The Very Understanding Dad

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dalam busy dgn assignment, report, test dsb sempat jugak balik rumah hari ni.
Mak, abah ambik dekat Bahau terus g kedai bunga kat Mahsan.
FYI, parents Sarah memang suka bunga esp orkid.
Nampak yang cantik mesti nak beli.

Masa kitorang sampai, pekerja kat situ tengah susun bunga kekwa/daisy 
(sorry, sy tak dapat nak cam antara dua bunga ni)





Antara yang sempat curik2 snap kat situ

Act, Sarah tertarik dengan bunga putih purple tu.
Terus cakap kat abah,
"Boleh tak along nak guna bunga ni untuk hias hantaran"
Abah angguk, terus cakap
"Kalau tambah kat stage pelamin nanti pun ok"
"Lepas tu boleh jugak letak kat meja makan beradab nanti"

Pastu abah g tanya tokei kedai bunga tu 
"Kalau nak bunga ni lepas raya boleh ke?"
"Nak kena tempah dulu ke?"

Wahhh, bestnya abah bagi support. hug abah:)

Tips Elakkan Kesempitan Rezeki

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pernah dulu Sarah share amalan yang sesuai sebagai persediaan pengantin.Disini ya.
Salah satunya ialah amalan membaca surah al-Waqiah setiap malam.

Antara kelebihan surah al-Waqiah:

1) Sebagai tanda peringatan.

2) Terhindar dari kemiskinan

Dari Abi Dhibah berkata : " Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Usman Ibnu Affan ra, beliau bertanya, apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu  sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab doktor lebih sakit daripada saya."


Usman berkata: :Addakah kamu perlukan kepada wang?"


Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat padanya."


Usman berkata :" Ini untuk anak-anak perempuaan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab, adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kan mereka membaca surah al-Waqiah tiap- tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasullulah SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah al-Waqiah tidak akan miskin selama nya."

Oleh itu, sesiapa yang berada di dalam kesempitan rezeki, bacalah surah al-Waqiah bagi menolak kefakiran dan memudahkan datang nya rezeki. Berdoalah pada Allah. Sesungguhya Allah Maha Mengetahui, Maha Pemberi Rezeki. Selain itu, amalan rohani juga perlu di mantapkan dengan membaca al-Quran dan perbanyakkan berzikir.

Terutamanya bagi bakal2 pengantin tentulah memerlukan banyak wang bagi menguruskan urusan perkahwinan. Kadang sampai masa nya, kita akan rasa duit seperti tidak mencukupi. Minta la pada Allah untuk mempermudahkan segala nya.



InsyaAllah :)




Sumber :

  • Fadhilat Amalan-amalan surah utama, terbitan Al- Falah.
  • melurhasanah


Thursday 24 May 2012

100 = 99 days

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Check wedding ticker hari ni.


Bersamaan juga dengan 


100 days to 1 September 2012
99days to solemnization day.

"Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami.Amin."

~~tetiba rasa berdebar la pulak.


Monday 21 May 2012

Tutorial Kanzashi Flower

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Salam pagi Isnin nan indah.
Let's start our day with Bismillah and smile :))))
_____________________________________________

Kanzashi fabric flower: cantik dan kemas

Nak buat tutorial?
Tidak lah, tak pandai.
Cuma memenuhi permintaan Cik Nisa Dawi.

Nisa, link for fabric kanzashi flower.
Cepat2 belajar. Boleh buat fabric hand bouquet baru ni.
Boleh tengok kat sini dan sini jugak.




Yang ni pulak khas untuk sapa nak belajar satu2, bukan dari video.
Disini dan disini tau.

Selamat mencuba!
Belajar dengan penuh kesabaran.
Macam fabric flower yang lain.
Bila dah dapatkan rentak, senang aje:)


Saturday 19 May 2012

Inspirasi:Kitty Kanzashi

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Handbouquet inspired by Kitty Kanzashi.
Adore with them so much.



Kreadit foto : Flicker

Semoga impian ku tercapai.Amin

Razak Ahmad, Zaid, Ben & Anuar

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Siapa ya nama2 yang disebutkan di atas?
Siapa lagi kalau bukan wedding planner yang awesome sgt.
Sarah memang suka tengok setiap pelamin hasil sentuhan mereka ni.

Ben & Anuar : Qarmasutra Wedding and Events

Hasil dari mereka meruntun jiwa.


Btw, sape2 yang takde  lagi wedding planner blh la join Blogger Project dari Qarmasutra.
Memang best sgt habuan yang dapat kalau menang.
Sempat lagi ni sebelum May end.
Klik kalau nak join



Zaid : Zaha Wedding Planner

Wedding planner dari Ipoh.
Dah berkali2 cakap pada tunang nak kan wedding planner ni masa majlis bertandang di Ipoh
Tapi hampa:(


Razak Ahmad : Flora et cetera

Impak kemewahan.
Hmm, bila la nak bersederhana ni


Both dua hantaran Schawal.
Kredit Foto : Floraetc



Friday 18 May 2012

Bersabarlah wahai Wanita

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Petikan dari status FB Dr Zubaidi Hj Ahmad


" Wanita yg diuji dgn ujian hidup bertanya pada saya. "Sampai bila saya mahu bersabar. Saya sudah puas bersabar. Bertahun-tahun saya bersabar."

Bersabar bukan diukur dgn masa. Ada yg bersabar berbulan-bulan, ada yg bersabar bertahun-tahun.
Sabar harus diukur dgn perubahan dan kejayaan. Bersabarlah sehingga berjaya dan ada perubahan.
Sabar juga harus diukur dengan usaha. Setiap usaha untuk melayan kesabaran akan diberikan kebaikan.

Setiap orang yg diuji dgn sakit dan masalah hidup harus bersabar. Sikap terburu-buru adalah bisikan syaitan.
Sabar juga menjauhi kemarahan dan mendatangkan rahmat.
Walau pun orang sabar kelihatan rugi. namun berulang kali orang yang bersabar disebut sebagai orang yang beruntung.

Banyaklah bersabar dengan ujian hidup kerana setiap dari kita akan diuji dengan kadar kemampuan kita. Tidak rugi orang yg bersabar, di mata manusia dan di sisi Allah."

Bersabarlah wahai wanita.
Barsabarlah wahai hati.
Sabar adalah tanda kejayaan bagi sebuah kesukaran.
Menjauhkan diri dari bisikan syaitan yang sentiasa menghasut.

Kita lihat, alam rumah tangga nanti merupakan suatu cabaran buat kita.
Dari hal menguruskan rumah, suami dan anak2.
Sangat mengkagumi wanita yag walaupun penat bekerja tetapi bila pulang, masih tersenyum melayan kerenah anak2.

Sungguh, senang untuk berkata.
Mungkin sukar untuk di lakukan.
InsyaAllah.
Banyakkan berdoa padaNya.

Sebagai tanda ingatn pada diri sendiri.Amin.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"
[Al-Anfaal : 46]


--kata2 adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang ditempuhi oleh saudara dan rakan yang sudah mempunyai keluarga sendiri.



Tuesday 15 May 2012

Terima Kasih Pikah dan CikSusu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tengok tajuk je dah tahu kan ni entry penghargaan.

Ari tu join contest dari Pikah.
Dapat no3.Hehe.okay la kan.
Hadiahnya, 2 fridge magnet dan 2 bookmark magnet.
Suka dengan hasilnya. tapi segan tengok pict sendiri.haha

Quality pict ni cantik.

Lepas tu GA CikSusu pulak.
Dapat ni.
Macam tahu2 je kan perfume yang ada sekarang dah nak abis.

Terima kasih daun keladi Pikah dan CikSusu :)

Owh ya.Nak ucap Selamat Pengantin Baru Pikah.
Semoga segala nya dipermudahkan.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.


Monday 14 May 2012

Blues in da Night

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Secara tiba2 si dia call and terus tanya soalan ni

"Betul ke, orang kata....kalau kita ada dua pilihan, pilih yang kedua.
Sebab, kalau pilih yang pertama, dah tak mungkin akan dapat yang kedua"

---ya, saya adalah yang kedua pada dia,
dia adalah yang pertama bagi saya...

*Allah, Rasul,Mak, Abah tetap pada hati.

3 bulan 2 minggu tinggal.
InsyaAllah, cuba memperkuatkan diri,mental dan rohani persediaan untuk kehidupan yang lebih mencabar.Tetapi manissss :)

Saturday 12 May 2012

Celebrate Bukan Birthday Saya

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baru je lepas celebrate birthday my fren aka kawan dari UiTM ke UTM.

Selamat Hari Lahir ke-25, AIN SAHARI.We love u!!

Suweeetkan.Ahaks, sebenarnya kitorang yang tulis sebab nak bagitahu Ain secara rahsia kek tu dari tunang dia. Ain dan Zul, semoga perancangan kamu berdua dipermudahkan.Amin


Makan Domino's Pizza banyak2 sebab tahan lapar dari pagi.Tak nak makan.Dan semestinya si kuat makan ni yang habis dulu.Saya la tu.


Dah lama tak rasa celebrate birthday dengan kawan2.
Last, masa dekat UiTM.
Yang best, kitorang tak pernah lupa celebrate birthday setiap sorang masa tu.
Still ingat lagi kena baling tepung dengan kunyit dekat McD Sk3.
Bertawaf kot.
Kenangan..kenangan..
Bila dah nak tamatkan zaman bujang anak dara ni, benda2 yg mcm ni la buat rasa rindu pada kawan2.
Owhh, I'll miss my study life.
Masam, pahit, manis itu adalah kenangan terindah.



Last di'tepung'kan pada January 2010.




Wednesday 9 May 2012

Pesta Konvo UTM= Baju Pengapit

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni, 9 May bersamaan dengan hari terakhir pesta konvo UTM.
Pesta konvo bermula pada 4 May yang lepas.
Hari Isnin dah jalan2 tapi konon tak nak beli pape.
Nak saving lebih la konon nya.

Tapi malam ni, malam last banyak la pulak jualan murah.
Nafsu shopping membuak-buak jadi nya.
Tudung murah. Baju pun murah.
Memang tak tahan jugak godaan.

Tapi yang bestnya, sempat usha kat satu gerai ni.
Kain ela cotton kat situ cantik pulak rasa nya.
Kenyit2 mata dengan 'penggerai' kat situ, dapat la best value untuk kain itu.
Haa,daku memang menggunakan bakat semulajadi tawar menawar ni.
Tak boleh reveal price.
Sebab kain yang di beli tu kain untuk baju pengapit.
Kang dia baca blog kantoi la.
Hehe..
Cantik tak baju bawah ni?
Cakap cantik tau..

Baju untuk cik Kyna warna merah

Yang lain2 sempat borong tudung bawal yang banyak tone nie.
Satu sepuluh ringgit.
Macam ringan je nak bagi duit merah kat orang jual tu kan.


Dah, janji pasni dah tak nak shopping dah!
Selagi boleh tahan nafsu:P


Monday 7 May 2012

Inspirasi:Doorgift Idea

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pernah dapat yang kat bawah ni tak kat kenduri kahwin?


Seriously, bukan nak memperlekehkan.
Appreciate sangat bila dapat.
Cuma, macam tak tahu nak guna kat mana.
Sudu ni pun agak lembut kan.
Senang bengkok.

Tapi boleh jugak, simpan banyak2 sekarang.
Nanti dah ada anak boleh bagi anak makan guna sudu comel ni :)

Last few weeks, wedding kawan Sarah, kitorang dapat sudu jugak.
Tapi yang lebih better.

Set sudu dari Ikea (member yang bagitahu dari Ikea)

Sudu ni lagi teguh.
Cuma bila dia dari seorang kawan, rasa sayang pulak nak guna.
Macam2 la kau ni atharah
Theme biru oren.Nice!

Plus, kitorang semua dapat keychain yang comel nie.
Simple kan doorgift.



Selamat pengantin baru Afiqah dan Fauzan.
Semoga berbahagia hingga ke syurga:)

Friday 4 May 2012

Kad Kahwin?Buku Sekolah?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni dapat dua jemputan kad kahwin.
Yang satu tu sebijik macam buku sekolah.
Siap ada logo 'sekolah' pada front page.
Kualiti kertas pun sama macam buku sekolah.

Tengok bawah ni, dah confuse kad jemputan dengan buku tulis sekolah:D



Kad jemputan dari sepupu mak


Dan yang lagi satu lebih kurang sama.
Cuma jenis kertas yang berlainan.
Lebih nampak ia nya adalah kad.


Kad jemputan dari senior sekolah


Dah macam2 jenis kad kahwin.
Tanda manusia semakin kreatif untuk keluar dari kebiasaan.





~~Esok ada wedding senior sekolah dekat Kuantan.
    Dah semangat nak pergi.Hadiah dah beli.
    Tapi tak dapat permission untuk drive sorang2 3jam.Sobs.

Selamat Pengantin Baru Kak Fizah.
Semoga berbahagia hingga syurga.

Kasut Kahwin Hilang??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sangat2 lama tak update blog.
Sebab lately sangat2 la busy.
Peak time bila dah hujung sem.
Faham je la kan macam mana.

Actually, nak cerita satu hal.
Hari ni ada kesempatan nak balik rumah
dan baru ada kesempatan check barang2 yang beli dulu.
Check punya check, then
"Mana kasut kawen orang?"

Ayoo.dah puas cari satu rumah.
Sekarang tak jumpa lagi.
Ingat sebelum balik last month, dah simpan elok2 kat dalam bilik.
Tapi dah tak jumpa.
Dah tak tahu nak cari celah mana ni.

Sempat text en tunang
"Will Aldo b mine if i cant find it?"
--but, no respon.
Hampeh

Tersuka pada kasut ni dah



Tawan Hati Ibu Mentua

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sesungguhnya perkahwinan adalah suatu yang indah.
Antaranya, sebelum berkahwin kita hanya ada seorang ibu.
Selepas berkahwin, secara automatik kita mempunyai dua orang ibu.
Kedua yang patut dihormati dan disayangi

4 tips menawan hati ibu mentua

1) Sayangi ibu mentua seperti menyayangi ibu sendiri

  • Dengan bermanis muka, bertegur sapa dengan cara yang lunak, berlemah-lembut.
  • Sentiasa mendoakan kebaikan kerana yang menjinakkan hati manusia ialah Allah SWT
2) Bijak berkomunikasi
  • Bijak berkomunikasi dengan cara berminat terhadap perkara yang digemarinya.
  • Menjadi pendengar setia kepada permasalahannya.
  • Menjadi penasihat yang terbaik
3) Memberi
  • Tidak berkira untuk memberi sesuatu kepada ibu mentua samada wang atau hadiah.
  • Pemberian walaupun sedikit tetapi dengan penuh keikhlasan,
4) Beri masa yang ekslusif kepada ibu mentua
  • Beri masa kepadanya untuk dia bersama dengan anak lelaki nya(suami)
  • Ini supaya, ibu mentua tidak merasakan kita adalah pesaing bagi nya dalam menakluk perhatian suami.


Perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa
Anis Mei 2012.