Friday 21 March 2014

Cerita Zharif 5 months

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

sambung lagi cerita..

Seminggu lebih zharif kat kampung.
Satu hari mama ada kursus kat KL.
Sarah ambik kesempatan minta bawa Zharif balik ke penang.

Hari Rabu Zharif balik, hari Khamis dalam jagaan sendiri, Zharif jatuh buai.
Takde siapa nampak dia jatuh buai tu.
Sedar- sedar orang dah kat bawah & merengek sikit.
Esok Jumaat, dia demam!

Rasa hati macam tak best.
Petang tu bawak dia pegi hospital.
Sebab dah 2 minggu pun- intermittent fever.
Doc check darah, Hb dah turun sampai 6.2.
Admitted!

Masa kat wad, macam-macam doc buat test, ambik sample darah nak cari punca demam.
Hb makin turun ke 5.9. doc suggest transfuse darah.
Sedih sangat masa ni sebab Zharif yang kecik lagi tu tapi terima darah orang lain.
Sebab darah dia O+ tapi ibu B+ & ayah AB+.
Alhamdulillah, hb naik sikit.

Transfuse darah

Dah macam-macam wayar kena sambung


Hari ketiga tiba-tiba Zharif pasif. Tido je kejenya.
Sambung esok pun sama.
Kami dah risau amat.
Bagi kami Zharif dah pasif tapi doc kate dia still aktif.
Few times tiap kali doc datang Sarah inform zharif pasif.

Petang doc decide buat scan kepala.
Nampak ada kesan bengkak!
Then, proceed dengan CT scan untuk lebih confirm.
Hasil result sedih jugak masa tu.
Ada 2 spots bleeding pada his brain.

Masa yang sama, doc suspect dia menghidap penyakit lain.
Yela, macam-macam test dah buat kan & nampak darah dia cair.
Dia mungkin kurang faktor pembekuan darah.

Thanks pada docs & nurses SHJ for immediate action.
Bila result CT scan keluar, doc ambik action untuk transfuse plasma pada zharif.
FYI, dalam plasma mengandungi kesemua faktor pembekuan darah.

Bila result darah Zharif dah dapat, doc confirmkan Zharif penghidap HAEMOPHILIA A.
Dia kekurangan factor 8 dlm darah.
Kita yang normal ada 80% + factor 8, dia cuma ada <1%..
Dia senang berdarah & bila berdarah lambat membeku.
Ya Allah, dugaan satu-satu datang.
Husband sentiasa bagi kata- kata positif.
Kena strong untuk Zharif.

Cubaan memberi oksigen tambahan.


Dari HSJ kami kena pindah ke HPP.
Total 10hari dalam wad hosp.
Alhamdulillah, penghujung Zharif 5bulan dia makin sihat, makin aktif..

Tapi sehingga sekarang & seterus for his whole life time, zharif adalah penghidap Haemophilia A.
Setiap seminggu 2x kami kena pergi hosp untuk injection factor 8.
Tengah dia aktif menyusur, merangkak bengkak pada lengan @ lutut sentiasa ada.
hilang satu, yang lain pulak datang.

Lebam-lebam pada tangan. Hilang satu timbul yang lain.

Alhamdulillah, bleeding pada brain harap dah sembuh sepenuhnya.
Zharif pun sekarang aktif sentiasa. tumbesaran dalam range sama seperti baby yang normal lain.
InsyaAllah, harap internal bleeding semakin kurang.

3 comments:

  1. Allah..kesiannya Zharif..patut la jarang sangat nampak akk update blog..semoga Zharif sentiasa dalam lindungan Allah..membesar dengan sihat ye Zharif....

    ReplyDelete
  2. ya Allah..semoga zharif dilindungi Allah..sakit hati saya tengok..semoga sarah tabah.

    ReplyDelete
  3. Alahai sedihnye baca. Semoge mama papa zarif kuat macam zarif ye. Semoge zarif sihat sentiasa ye sayang. Rasa macam cakap kat anak sendiri pulak sebab nama anak kita sama la. Nama anak dija zarif jugak.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas