Friday 30 August 2013

Hindari Rumah dari Gangguan Syaitan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..



# Bacalahkanlah Surah Al- Baqarah di dalam rumah untuk tiga malam berturut. InsyaAllah akan dilindungi daripada gangguan syaitan.

Thursday 29 August 2013

Magga Haram??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ni bukan mangga kat pokok tu.
Yang tu sentiasa halalan toiyyaba selagi korang tak makan curi punya.
Ni majalah Mangga tu.

Link dari onenewshub

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat. 

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa: 

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.” 

Baguslah kalau dah keluar fatwa haramkan majalah ni. Kalau tak keluar fatwa pun, memang dapat dosa je baca. 
Nengok orang tak cukup kain.
Pastu takde port lain nak ambik gambar, tak abis dekat kolam renang je.
Tak patut ada majalah macam ni.
Kot suka sangat nak baca gosip artis, google je blog-blog gosip.

-baca gosip pun kadang boleh buat dosa kot tak? hmm...

**tetiba

Ni mangga depan rumah. Rasanya sangatttlah sedap. Tapi dari banyak-banyak atas pokok Sarah dapat makan sebijik je. Yang lain dah jadi rezeki orang.


Gripe Water yang Powerrr + Khasiat Lobak Putih

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sekarang rasanya nak update bolg kena curi-curi je.
Melayan keletah baby Zharif memang buat tak cukup masa.
Baby kan. Kalau badan kurang sihat asyik nak melekat aje.
Kadang rasa macam belangkas plak ibu dengan anak ni.

Dah dua hari ni Zharif sangatlah good boy.
Phuhh, kalau macam ni memang tenang je hari-hari ibu.
Oh ya, Sarah dah balik Kajang. Jadinya, siang-siang memang masa untuk ibu dengan anak ni dating berdua la.
Kalau tiba time baby cranky macam hari Selasa lepas, nak gi toilet pun berkejaran.
Asal letak aje nak nangis.
Hai la anak..

Bila husband balik, check perut rupanya baby kembungggg.
Aisy, rasanya tepuk-tepuk perut dia petang tu okay je.
Sarah pun assume masa tu baby lapar.
--sebab rasa masa tu production sangat low--

Sebelum ni kalau baby kembung, kitorang bagi Dentinox Infant Colic Drops.
Macam tak pernah dapat kesan yang best je bila guna.
So, malam tu husband cari Gripe Water.


Dentinox Infant Colic Drops Vs Gripe Water




Bagi baby 1 to 6 months old, bagi dalam sukatan 5ml.
Masa bagi kat baby Zharif, belum pun habis 5ml...sekali Prutttttt..
Ambik kau, angin dia keluar.
Suka hati ibu..
Waktu dia kecik-kecik macam ni rasa nya kentut ngan sendawa dia walau kuat mana pun, tu la yang paaaling best..
Sebab tahu angin-angin nakal tu dah keluar..

Tapi malam tu, baby Zharif still cranky lagi.
Aiyaa.Pening tau. Tapi rasanya mungkin sebab dia lapar..

Masa husband beli Gripe Water tu, Sarah kirim sekali lobak putih.
Esoknya, sarapan pun dah makan nasi. Sebab tak sabar nak makan lobak putih tu.
Masak air je, campur dengan sawi.

Hasilnya, Alhamdulillah..Sampai sekarang senang je jaga Zharif.
Susu dah cukup & lebih pekat--maybe.
Dapat kenyangkan dia, lepas susu je tidur.

Thursday 22 August 2013

Muhammad Zharif: Demam

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Masuk hari ni dah 5 hari Zharif demam.
Tapi suhu tak sentiasa tinggi.
Kadang naik sampai cecah 38deg, kadang 36 aje.
Masuk kali ni kira 2x dah Zharif demam.
First yang masa baru lahir ari tu.

Start demam Ahad, Isnin bawak la jumpa doc kat KK.
Doc bagi ubat Paracetamol syrup.
Dah petang baru Sarah cuba nak bagi Zharif ubat tu.
Tu pun sebab abah yang suruh.

Nak jadikan cerita, abah yang masukkan ubat tu kat mulut Zharif.
Sarah just pegang Zharif.
Masukkan ubat ikut dalam syringe ikut dos 2.5ml.
Masa nak bagi ubat agak nya terlaju tolak, Zharif terus tersedak.
Mula Sarah ingat macam biasa je.
Lagipun masa tu Sarah pegang duduk.
Pastu abah jerit, "lemas long!lemas!"
Terus tengok Zharif lemah.
Pegang tapak tangan,sejuk!

Abah ambik Zharif, hidupkan kereta terus g klinik.
Masa otw tu, sedaya upaya biarkan Zharif berdiri.gerak- gerakkn badan dia.
Sebab dah terlentok.
Faham-faham aje la betapa cemasnya masa tu.

Sampai klinik nurse tepuk-tepuk sampai Zharif sedar semula.
Alhamdulillah cerah balik mata dia.
Sekarang dah tak berani nak bagi ubat.
Seriau dengan apa yang dah happen.
Jadinya,apa yang Sarah buat just mandikan Zharif 3x sehari.
Bukak bedung dia & sapukan dengan air yang campur dengan ramasan daun setawar.
Memang kitorg dulu-dulu bila demam mak sapukan dengan air daun setawar aje.

Sejak Zharif demam,termometer dah jadi alat penting.
Bila-bila je mesti check suhu dia.



Bila check suhu, kalau kita letakkan termometer pada ketiak, kena add 0.5deg.
Kalau pada anus, add 0.3deg.
Dah tentunya suhu external lebih rendah kn dari suhu internal.

bila dah dapat kaki tangan macam ni la.bebas!

Tuesday 6 August 2013

Mood Raya Tak ON Lagila..

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sekarang kalau on FB semua dah update status dah start cuti la, balik kampung la, upload gambar cookies macam-macam.
Semua dah mood raya!

Tapi,Sarah tahun ni macam feel tu tak datang pun.
Sama macam feel nak Ramadhan hari tu. Tak rasa.
Agaknya sebab tak dapat nak merasa kot.
Tak boleh puasa tak boleh raya.huk huk
Ada lagi 2 minggu nak habiskan proses berpantang ni.
Dah terliur-liur tengok segala jenis makanan.
Sabar aje la..

Dulu sebelum kahwin cik abe Sarah tu dah cop dah first raya kat rumah dia.
Tapi nampaknya Sarah la menang.hik hik

1st & 2nd raya- felda tembangau
3rd- 6th raya- ipoh
7th raya- balik kajang.

Wawawa.dah lama tak balik rumah kajang.
Rindu..banyak kenangan berdua kat situ.

Muhammad Zharif is 1mon old

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Semalam 5/8/2013 genap la usia Muhammad Zharif sebulan.
Cepat je masa berjalan.

Perkembangan sebulan.
Berat dah naik 3.6kg.
Tinggi 51 cm.

Semalam jugak kena injection hepatitis.
Sebelum inject Zharif tengah tidur. Bila dia rasa je jarum tu,terus melalak sampai tak keluar suara.
Tapi masih lagi under control.

Malam semalamnya pukul 3.30pg baby dah bangun.
Cerah betul mata dia.
Puas nak bagi tidur. Padahal mata dah ngantuk.
Nak tidur mesti nak atas lengan tak pun atas badan.
Memang tak boleh dilayan sangat ni.
Tak boleh buat kerja macam ni.
Bila letak je atam tilam terus merengek, sampai ke tengah malam.
Kira satu hari dia tidur-tidur ayam je. Paling lama setengah jam.
Makin tengah malam makin kuat merengek.
Dalam pukul 2.30pagi macam tu, abah ambil air.
Tak tahu apa jampi kat air tu.
Renjis-renjis, sapu kat muka baby dan tu terus pejam mata.
Sampai la ke pagi.
Ibu pun apa lagi, masuk alam mimpi jugak la..

Yang seronok sekarang, dia macam dah kenal ibu dia.
Bila tengah nangis-nangis kita angkat terus senyap.
Kadang bila agah dah pandai nak senyum.
Cuma, tu terjadi bila dengan nenek dia je.huhu
Agak nye sebab mak yang mandikan, urut-urutkan dia semua.
Ibu dia tukang tengok. Bila terdesak baru mandikan. Still takut-takut nak mandi kan anak sendiri sebab baby lembut lagi.
Aishhh.tak sabar nak terjun kolam sama-sama.hee

Happy 1month old Muhammad Zharif. Semoga sihat sentiasa.

Tabik spring!
Gambar lama masa belum botak lagi.

Monday 5 August 2013

Lahirnya Muhammad Zharif- part 2

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sambung dari part 1.

Masuk ke LR masa tu jam dah pukul 3.30ptg.
Masa masuk ni bukaan baru je 2cm.
Awal lagi masa tu dah kena masuk LR.

Masuk je diorang terus check CTG.
Then, tak lama tu doc datang untuk pecahkan air ketuban.
Masa ni baru la start rasa sakit-sakit.
Tapi still boleh tahan.
Siap doc tanya perlukan pain killer ke.Sarah jual mahal.tak nak lagi..

Petang sikit,rasanya masa azan Asar, start induce ubat air.
Fuhhh,lepas tu baru rasa real contraction.
Sakit mula kerap datang. Makin lama makin sakit.
Puas dah mengiring kiri, mengiring kanan, tarik cadar,tarik bantal.
Semuanya nak tahan sakit.

Yang tak best bersalin kat sini suami tak boleh masuk.
Takdela mangsa nak lepaskan kesakitan tu.muahaa
Tapi yang best,ada sorang makcik husband nurse wad bersalin ni.
And,hari tu dia tengah bercuti.
Jadinya,boleh la dia melayan anak sedara dia ni.
Ada la orang yang boleh urut-urut belakang ni.
Lega sikit rasanya.

Tapi betulla,rasanya orang lelaki mesti tak mampu nak tanggung sakit contraction ni.
Sarah sampai minta 2x pain killer + gas.
Sebab sakit yang teramat.
Pukul 7.30ptg doc datang review.
Baru 4cm buka.

Then,sepatutnya pukul 11.30mlm doc review bukaan semula.
Tapi pukul 10.30mlm tu dah rasa sakit yang amat.
Dah jerit-jerit,doc check masa tu dah 7cm buka.

Ya Allah,tak tertanggung rasanya sakit tu.
Bila dah banyak kali jerit tu nurse pun dah tak nak layan.
Sampai pukul 11 macam tu,dah tertahan macam nak ter"beri" sangat dah.

Nak jerit panggil nurse tapi suara dah tak boleh keluar.
Main lambai-lambai je. Mujur ada nurse yang nampak.
"nurse,saya dah nak ter.... sangat dah ni"
Nurse tu selak kain, "hah,dah nak terkeluar dah ni".
Cepat-cepat diorang prepare.
Few nurses dah keliling masa tu + makcik sarah tu.
Semua duk nak bagi semangat.
"angkat kepala,pandang perut,pegang kaki...pushhhh".
Banyak kali gak kot. Sebab macam tak kuat push.
Siap nurse yang conduct tu suh cepat-cepat push.
"dah tak sabar ni nak menggunting"

Tapi sebenarnya waktu tu jantung baby dah makin lemah.
Yang last sekali tu, makin ramai nurse datang keliling katil.
Semua jerit bagi semangat.
Sarah kumpul-kumpul energy & pusshhhhhh..
Paling kuat teran.
Pastu dengar diorang semua bunyik lega.
Nurse pun bagitahu, "dah,awak takyah buat pape.biar nurse yg buat kerja"
Settle je nurse letak baby atas badan.

Perasaan waktu tu, macam-macam. Bercampur-campur.
Dalam hati, "oh,anak lelaki ku"
Syukurrrr.Allah rezeki kan kami dengan anak lelaki yang sihat sempurna pada jam 2324 5 Julai 2013 dengan berat 2.49kg.
Alhamdulillah.

Dah lega satu part.

Tapi, masa nurse nak keluarkan uri,tibe dia terdengar macam bunyi putus.
So suspect uri terputus kot.
Doc scan rupanya membran uri tertinggal kat dalam.
Nak tau macam mana doc keluarkan membran uri tu?
Masa tu Sarah bayangkan macam kalau ada seekor ayam.
Pastu keluarkan organ dalam tu dengan cara korek vontot ayam tu.

Fuhhh, ni part paling ngeri.
Sampai sekarang tak boleh lupa lagi macam mana doc tu korek nak keluarkan membran uri tu.
Dah korek-korek tekan perut plak.
Sakittt tau.
Masa tu memang doa je cepat la semua keluar.
Tak sanggup dah.

Jadinya,pasni kalau ada siapa yang tanya bila Zharif nak dapat adik, boleh tak nak pang je orang tu.hahaa.
Ngeri lagi tau!

Settle je tu, tiba masa untuk menjahit plak.
Bila dengar nurse tu cakap-cakap dah tahu betapa susah nya nak menjahit.
Deging orang yang kurang makan sayur.
Nurse bagitau macam menjahit tauhu.
Rasanya tauhu jepun yang lembut sangat tu.
Ada 3 lapis jahitan.
Tapi tak rasa pun cuma lapisan luar je yang rasa sikit.
Macam cucuk jarum kat kulit.
Tu pun mujur la sikit je kena gunting.

Last sekali doc datang untuk check jahitan.
Makcik Sarah siap pesan kat doc, "buat elok-elok ye.tu fragile tu"
Haha.sampai sekarang terngiang-ngiang lagi.
Tu yang since baby lahir baru beberapa kali mem"beri"kan diri.
Punya la takut koyak.

Lepas siap-siap baru husband masuk.
Punya la seronok baru dapat jumpa husband.
Husband pun punya la happy dapat main-main dengan orang baru.
Tapi sebenarnya masa baby dah siap-siap mandi,makcik dah bawak baby keluar.
Dapat la semua jumpa baby masa tu.

Benda yang paling tak boleh lupa masa nurse letak baby atas badan,
first terus dia pancut atas ibu dia. Sampai hati betul.huhu
Pastu,dia bagi senyuman paling berharga pada ibu dia.

Pukul 3 lebih kot baru nurse tolak masuk bilik.
Bermula la kehidupan sebagai seorang ibu.
Seronok! Walaupun kehidupan dah turns 180deg.

*effect 2x pain killer lepas je Zharif keluar, perasaan yang mengantuk amat sangat. Banyak kali bangun tidur. Esoknya baby plak satu hari tidur je.

Muhammad Zharif first day

Bila tidur mesti nak surrender.


Pict ni kira sambungan entry 'berpantang di hospital'. Hari ke-5 Zharif admit hosp semula. Jaundice 272. 


Penuh kaki tangan kena injection. siapa tahan tengok anak baru beberapa hari dah cucuk sini sana. Hari ke5 juga, Zharif demam 38deg. Jadinya, kena on antibiotik 48 jam. 

Anak ayah dah botak!Seminggu sekali je dapat bermanja dengan ayah.