Tuesday, 6 May 2014

Adik Baby

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Bila Allah kata "Kun Fayakun", "Jadi, maka jadilah!" takde siapa yang dapat menolaknya.
Walau macam mana baik nya kita merancang, Allah itu lagi Maha Merancang.
Alhamdulillah, 17/3/ 2014 sekali lagi 'alat itu' menunjukkan 2 line.

Cepat, memang agak cepat untuk kali kedua.
Gembira, bersyukur berpeluang sekali lagi. Menambah rezeki untuk keluarga kecil ni.
Tapi, tak boleh elakkan bila pandang muka insan kecil yang semakin membesar dengan aktif ni, pilu jugak rasa hati.
Belum dia puas untuk jadi adik dia akan terima adik. InsyaAllah, awal November tahun ni.
InsyaAllah, pada waktu itu Zharif setahun 4 bulan.

Niat untuk fully breastfeed Zharif sampai dia 2 tahun terpaksa- dengan hati tanpa rela- dilepaskan.
Tak nak tak, kena jugak 'topup' dengan FM. Risau jugak kalau tiba2 bila dia makin cerdik langsung dia tak nak FM, lagi pening.
Alhamdulillah, sampai Zharif 9 bulan, dia dapat fully breastfeed. Sekarang dah campur dengan Anmum.
Dia boleh terima..tapi bila dia poo-poo mak aiiiiii..harum gila.
Tu la penangan FM.

Zharif, dia macam tahu bakal jadi abang. Masa dia tak puas lagi jadi adik.
Sangat2 manja. Asyik nak melekat aje.
Tak boleh nak tinggal walau kejap. Tak kira la dengan ibu ke, dengan mama dia ke.


Nak kita duk dekat dengan dia. Bergerak sikit mesti ada yang membontot.Sambil merengek.
Manja nya ya ampunn.
Cuma sekarang dah kurang sikit. Boleh dah berdikari main dengan sendiri.
Yang penting dia masih lagi boleh nampak mana mak dia pergi.

Sarah pulak kadang-kadang macam lupa ada insan yang sedang membesar dalam perut ni.
Mungkin sibuk layan si anak yang depan mata.
Mujur la husband setiap hari ingatkan ambik vitamin untuk anak tu.

Semoga keduanya membesar dengan sihat sempurna.
InsyaAllah.








9 comments:

  1. tahniah sarah :) its okay kalau awk ready utk ada baby lagi.. take care ya :))

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sarah. tahniah!

    seronok dgr zharif dah jd abg.

    alhamdulillah Dia bg rezeki yg kedua ni tanpa kita rancang kan :)

    doakan sy pula ye sarah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah sarah. Rezeki Allah bagi. Zarif dah nak jadi abang. Be a good boy sayang ♡

    ReplyDelete
  4. dah tau nk ada baby.hehehe.melekat lah dia.tahniah dear.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, yeay, Zharif nak dapat adik yer... Alhamdulillah atas rezeki Allah ni dear...congrats...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..tahniah sarah!!

    ReplyDelete
  7. waa..tahniah sarah!dh lama nyepi,tup2 terus cerita zharif dapat adik..=))

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. sy silent reader kt blog awk, awk bersalin awal ckit dr sy tahun lepas..
    skrg sy pn da lekat yg no 2, semoga kita sama2 kuat utk yg ke 2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..tahniah2.rezeki Allah bg cepat.insyaAllah sm2 doa Allah permudahkan perjalanan kite :)

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas