Friday 29 March 2013

Ya Allah, Permudahkanlah...

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Agak jahil sebenarnya diri ni sebab baru tahu doa  ni.

"Rabbi yassir wa laa tu'assir"  - Ya Tuhanku, permudahkanlah, dan jangan dipersulitkan.

Kadang kita tak perasan, rezeki Allah nak bagi kita dalam macam- macam keadaan.
Cepat dapat parking, segala urusan mudah sahaja. Tu pun sebahagian dari rezeki Allah bagi.
Bukan hanya rezeki kalau dapat duit, dapat kerja dsb..

Bila nak mulakan suatu urusan, baca la doa kat atas tu.
Insya Allah. Allah permudahkan urusan yang kita akan lakukan.

Thursday 28 March 2013

Makan- makan Restoren Bayu Malam, Bagan Lalang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Last week, Sarah ajak husband jalan- jalan kat area Bagan Lalang.
Dah lama teringin nak jalan kat sini.
Nak tengok sunset la kononnye.
Tapi sampai dah 15minit lagi nak masuk isyak.
Nan hado sunsetnya.Malam dah kottt!

Sampai je terus singgah Surau Bagan Lalang.
Kariah surau ni mesra sangat.
Siap pelawa husband duk makan- makan ngan diorag lagi sementara tunggu Sarah siap solat.

Dah gelap, takde maknanya nak jalan- jalan tengok view pantai dah.
Terus cari tempat makan.
Google aje mana yang best dan murah.
Hehehe, tengah bulan kot. Paham- paham aje la.

Tempat pilihan kitorang, Restoren Bayu Malam- Wak Lan Ikan Bakar & Seafood.
Masa sampai tengah peak. Penuh semua tempat.
Tapi tak lama pun tunggu. Dalam 10minit macam tu dah dapat tempat dah.

Kat sini self service.
Dalam 20minit macam tu dah dapat food.

Menu yang kitorang pilih..


Terubuk bakar cicah dengan kicap : RM14.70
Sotong goreng tepung : RM11.70
Udang sambal : RM13.50
3 gelas air buah 
10pcs otak- otak : RM7
2 pinggan nasi : RM2

Total : RM55.80

Husband suka sangat kot. 
Semua dia perabih kan. Sarah tak makan banyak. Takut terkeluar balik nanti:(
Overall semua best & sedap!
Berbaloi harga dan rasa. Puas hati.

*Sekarang tak boleh nak makan sampai over macam zaman dulu kala. 
Perut tak dapat tampung dah.Sobs


Wednesday 27 March 2013

Current Addiction

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tak tau macam mana ketagihan ni berpunca.
Tau- tau aje kitorang berdua ni dah macam syok sangat ngan benda ni.
Kadang dah melalaikan pun ada.
Siap betting laki bini siapa paling cepat solve puzzle.

SUDOKU!!

*Geram belum dapat kalahkan husband lagi!
**Kajang hujan lebat pagi ni.Rasa macam nak tarik selimut aje.Syoknye.





Tuesday 26 March 2013

Tips Bersalin

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Nak share tips bersalin. Kopipes dari FB je.
Patutnya lepas bersalin baru share experience kan. Baru betul cara nya.
Share ni sebabnya, malas nak baca lagi tips panjang- panjang ni.
Baca pun lupa balik kang.
Nanti dah dekat due baru boleh tengok balik:)


Tips:

1) Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang. Macam mana baby nak keluar?  

2) Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya dapat membuka kelengkang anda. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3) Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4) Apabila meneran angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. 

5) Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6) Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.

7) Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.

8) Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9) Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.

10) Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

**Haa, okeh ni klaka.

Monday 25 March 2013

Husband Balik Keje Awal dengan Seluar Koyak, Apa Perasaan?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Apa perassan? Gigil okeh..
Ari Rabu lepas, dalam pukul 3 macam tu husband balik tiba- tiba.
Pelik kot. Dari dalam rumah lagi dah terjerit- jerit.
"Nape balik awal? Nape balik awal?"
Si isteri kalut.haha

Bukak gate, tengok seluar dah koyak kat lutut.
"Eksiden ke?!"
"Kat mana?"
"Bila?"
Dia boleh pulak buat muka kerang busuk. Sengih- sengih.

Masuk rumah baru cite,macam mana masa nak pergi keje kat area depan Midvalley tuh, masa dia baru nak masuk lorong moto, tiba- tiba bas rapid kl  ni masuk hala ke kiri.
Orang depan dia terkejut, dia terkejut, orang belakang dia pun sama.
Cuma, dia sorang je yang jatuh.
Moto lak kena langgar ngan orang belakang.
Sian si buah hati suamiku tu.
Ada sikit pecah, ada sikit kemek.

**Haisyy, tiba geram dengan bas rapid. memang dah anti since kat uitm lagi.Lutut koyak pun sebab bas rapid gak zaman dulu  kala.

Balik buat x-ray kat PPUM, helmet lak kena curik.
Aiyaa, ganda- ganda.
Sian suamiku.

Papepun, syukur Alhamdulillah. Cuma minor accident.
Minor pun, kaki kena langgar sikit ngan bas tu.
Mujur kasut keje dia, tapaknya kayu keras.
Bengkak sikit je kaki.
Syukur sangat.

Dua hari jadi driver suami, anta balik keje.
Syok sgt taw!!
Kalau boleh ari- ari nak jadi driver dia. Hik hik.

Motif gambar: Keduanya buah hati suami:)

Saturday 23 March 2013

Kad Kawen MIJ

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kad kawen MIJ dah selamat terima ari Khamis lepas.
Apa nak cakap, chomelll sgt.
Mesti la kan.
Hasil tangan MIJ memang always kawai.




Ada hajat nak datang.
Insya Allah, kalau ada kesempatan Sarah datang ngan husband.

**Tiba- tiba nak minta maaf pada blogger Zura ngan Diyana sebab masa wedding Sarah tak dapat nak datang. Ada kekangan sikit masa tu. (Oh, dah lama baru nak minta maaf. Teruk!)

Tuesday 19 March 2013

GDM - Gestasi Diabetes Mellitus: Result Selepas MGTT.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ari tu kan Sarah pernah share pengalaman minum air gula. (Test tu nama nya MGTT)
Huh, ngeri.
Tapi bila dapat result lagi ngeri okeh!

Result dari test MGTT, Sarah berisiko GDM.
Apa tu GDM?
Dalam Bahasa Melayu nya - Diebetes ketika hamil.
Paras gula lepas test tu (lepas minum 75g glukose) naik sampai 10.4 mmol/l.
Suppose up to 7.8 aje bak kate nurse tu.
Sedih! Suspect kencing manis.

Semalam kena la ceramah sikit dengan nurse. Kena control diet lepas ni.
Semua bad habit, semua fav kena tinggalkan buat sementara waktu ni.
Atau lebih baik FOREVER!!

Semalam juga kena ambik darah lagi.
Test HBA1C- untuk test kandungan gula 3 bulan lepas.
Belum tahu result lagi.

Lepas ni, kena buat BSP (Blood Sugar Profile).
Setiap 2 minggu sekali, kena ambik darah 4x sehari.
Start pukul 12mlm kena puasa, pukul 8 pagi ambik darah. Lepas tu makan sikit, 2 jam lepas ambik darah lagi. Last kena makan lepas tu pukul 12 sebab pukul 2 ambik darah lagi.
Petang last makan pukul 6, ambik darah pukul 8mlm.

Down, ralat. Yup, tu la yang Sarah rasa bila tahu.
BSP test ni kena buat sampai tempoh bersalin.
Baru 26thn, kandungan pun baru 22minggu.
Tu yang sedih. Disebabkan silap diri sendiri.

Bila husband balik, kitorang sama- sama check apa effect GDM.
Effect pada ibu & baby.
Tertumpah air mata.
Insaf!
Sebab mula ingat effect pada diri sahaja.
Tapi Sarah macam lupa plak, apa yang kita makan akan diserap pada baby jugak.
Bila baca effect pada baby, bertambah- tambah ralat & sedih.

Next entry will share apa kesan GDM ni.
Hari ni belum ada kekuatan nak tulis lagi.
Ngeh ngeh. Ngade.
Hmm, act boleh baca kat blog lain effect GDM.

Saje nak tepek stok dalam fridge kitorang.
Mana tak nya kan...

Pagi ni start diet dengan oat & segelas Anmum.




Oh Bayiku: Perkembangan Dari Minggu Ke-20

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Minggu ke-20.

Hari tu Sarah tengok satu rancangan kat tv9. Tajuk mendidik anak lelaki.
Ada satu slot tu, penceramah tu bagitau minggu ke- 20 dah sesuai kalau nak  scan gender baby.
Kalau dah tahu, lagi senang nak borak- borak dengan baby katanya.

So, dengan semangat Sarah ajak husband. Even, masa awal- awal kitorang pernah decide nak surprise.
Malam tu, gigih kitorang cari klinik yang best nak scan baby.
Punya pusing satu Kajang, tak jumpa yang ok. Siap pusing sampai Bandar Baru Bangi lagi tu.
Last, dah pukul 9.30malam macam dah give up. Decide nak jalan- jalan kat uptown Jln. Reko aje.
Masuk je uptown, eh nampak Poliklinik An- Nur. Dah 9.45mlm time tu, try aje la.
Even macam dah lambat, tapi consultation Dr. memang best. Puas hati sgt bila Dr. explain perkembangan baby.

Baby sihat. Alhamdulillah. Tulang paha pun dah jelas nampak.
Cuma, hasrat nak tengok gender tak kesampaian.
Kat situ takde scan 3D/4D, so scan 2D aje. Part gender tak clear sangat.
RM145 okay, untuk 2D scan.Huhu

Minggu ke-21

Sarah dapat rasakan baby keep growing, makin aktif lagi tu.
Hari Selasa tu, masa tengah merilexkan diri, letakkan headset kat perut.
Masa tu, pasang recorded azan.
Wah, makin kuat menendang ye baby (rasanya tengah menendang la kot).
Ni first time rasa yang kuat. Selama ni rasa pergerakan biasa- biasa je.
Start minngu ni jugak, baby makin aktif. Kadang waktu bangun tidur je dah terus rasakan baby bergerak.
Terus semangat nak bangun pagi :)

Minggu ke-22.

Minggu ni monthly check- up.
Baby sihat.
Ibu tambah berat lagi. Sekarang dah 58kg.
Dan, ibu bermasalah!!
Sangat ralat & down sangat bila nurse bagitahu benda tu.
Next entry will story detail.Huk huk.

Semalam pun dah kena cucuk kancing gigi, bila ibu dah rasa  pergerakan baby.
Lama dah tak kena cucuk kat bahu,haha. Sampai malam terasa.

Perkembangan baby minggu ke-20. Copy paste dari babycenter.

"Your baby's skin is still quite wrinkled because he has so much growing still to do. But his face and body are beginning to look more like those of a newborn as his lips, eyelids and ears become more distinct. If people are telling you that you look smaller or bigger than you should at this point, remember that all women and their babies grow at different rates. What's important is that you see continuous growth and change, not how fast or slow it is."

Yup, memang betul pun. Ramai yang bagitau nampak perut Sarah kecik aje.
Ada certain mommy, minggu ke-22 ni baby bump dah nampak sangat.
Tapi bagi Sarah, ni bukan masa untuk bersaing siapa kecik siapa besar.
As long as Sarah boleh rasa kan baby keep growing, sihat sempurna setiap minggu syukur Alhamdulillah.

Start minggu ni nurse dah bagi New Obimin. No more vitamin 4 serangkai dah.



Wednesday 13 March 2013

Meow Meow Si Kucing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kredit: stuffpoint



Comel kan kucing- kucing tu.
Kalau dah dijaga molek- molek, kucing kampung pun chomel gak kan.

Dulu, Sarah pernah tinggal ngan makcik yang ada kucing.
Kucing terbiar je.
Dia ambik, jaga, bagi makan minum.
Kalau tengah rest- rest, tiba si meow ni datang, tengok gelagat dia memang melucukan.
Memang terbahak- bahak ketawa. Lucu sangat. Boleh hilang penat. Hilang stress.

TAPI...
Kalau la ada yang seronok-ada-bela-tapi- tak jaga elok- elok, memang geram kan.
Boleh mencabar keimanan kalau ada kucing- kucing macam ni.

Rumah yang kitorang tinggal ni, memang selalu jadi tempat singgah kucing- kucing.
Dulu banyak gak tapi sekarang dah kurang.
Datang main-main or nak rest- rest kat depan rumah ni, kitorang tak kisah pun.
Biar aje la.

CUMA...
Kalau yang datang, berak, kencing makin lama makin geram wooo..
Pernah satu hari, time- time tengah tengok tv, nampak sekor kucing ni naik kat wall dekat ngan tingkap.
Malas nak sergah ke apa ke.
Kang kucing ni kalau terkejut, mula la terkencing.
Aisyhhh, tak sergah pun, elok je bagi vontot dia kat tingkap tu pastu kencing kat situ.
Boleh tahu kan perasaan yang menyaksikan ni.

Last week lagi la.
Awal pagi masa husband nak g kerja, bukak- bukak pintu,
"Air ape ni??Warna kuning- kuning"
Spoil mood kot.
Husband perli- perli, "ada bau awak la"
Still okay lagi, jirus air, basuh dengan ajax.
Dengan harapan dah tak datang dah.

PAGI ni...
Bukak- bukak pintu, "ape bau ni?!"
Mula- mula ingat kucing tu melepaskan kat bahagian rumput ke.
Sekali, tengok penuh poo poo tu kat garaj depan rumah.
Dekat tempat husband park moto dia.
Sori la tapi memang geram sangat.
Lagi la dengan keadaan diri macam ni, terus termuntah.
Mujur husband faham, before dia g kerja tolong basuh- basuhkan sampai hilang bau tu.

Memang rasa geram, tapi takde la nak sumpah- sumpah ke apa.
Satu, sebab ingat diri ada baby kat dalam tu. Tak elok nak sumpah- sumpah.
Lagi pun, kucing,haiwan yang tak berakal kan.
Apa la yang dia tahu. Yang dia faham.

Tapi, Sarah tahu kucing- kucing ni ada tuannya.
Bukan kucing terbiar.
Tu yang kadang rasa geram kat tuannya.
Macam tak tahu nak jaga kucing je.
Suka- suki kencing berak kat rumah orang.
Atau memang ajar,"kalau nak berak g rumah orang sebelah ye!"

Sekarang husband cakap basuh bahagian depan rumah tu ngan ajax 2- 3 kali seminggu.
Bagi hilang bau- bau kucing.
Sebab setahunya, kalau ada bau gang- gang dia, kucing ni akan datang balik.

Siapa pernah ada experience nak handle benda macam ni?
Pls, sangat perlu advice korang semua.
Atau share macam mana supaya kucing tu tak datang berak kencing semua.

Tuesday 12 March 2013

Mari Menabung & Kaison Furnishing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Sebelum

Selepas. 
Ayahnya kata duit dalam tu tak boleh usik.Untuk baby!

Takde style kan pilih tabung. Macam tin kosong je.
Haha.
Mula- mula nak la ambik yang bentuk teddy bear ke, doraemon ke. Comel la sikit.
Tapi telek- telek macam ada je yang tak kena.
Kecik la, takde lubang kat atas nak masukkan duit la.

Punya lama kat Kaison @Paradigm Mall tu cuma nak pilih tabung je. Heh!
Last- last husband kata, "after all tabung je tu".

Tu yang ambik macam tin tu.
Sebabnya:
1) Murah- RM4.50 je. Takde la sebab nak menabung lagi banyak duit keluar beli tabung.
2) Ada lubang kat atas untuk masuk duit. Tapi takde tempat nak bukak kalau nak ambik duit. Takpe la, atleast sampai nak bukak buku akaun nanti baru korek tabung ni.
3) Sederhana besar. Okay la.

Syok cuci mata kat Kaison ni. Price pun takde la mahal sangat.
Macam- macam untuk home deco ada. Artificial flower pun cantik- cantik.

Kaison Paradigm Mall. Kredit pict : FB Kaison 

Kat sana ada banyak lagi yang cantik menarik. Kredit pict : FB Kaison

Bukan jam dinding je. Karpet, pasu & macam- macam. Kredit pict: FB Kaison.

Melting dah.
Next time sure nak datang lagi la.

Thursday 7 March 2013

Review : Baju Nikah.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Since lepas kahwin ari tu, Sarah terus tinggalkan blog ni macam tu aje.
Sikit pun tak review apa pun pasal wedding.

Sarah perasan ramai jugak yang tanya,
"kat mana Sarah anta buat baju?"
"apa nama kedai Sarah anta baju nikah tu?"

Jadi, rasa macam teruk plak kalau tak share pape kan.


Throwback moment 31 Aug 2012.

Nikah attire

Design asal untuk baju nikah boleh refer kat entry ni.
Adik Sarah yang suggestkan kedai sebabnya kawan dia pernah anta alter baju kat sini.
Hasilnya, kemas, selesa untuk dipakai. Puas hati lah.

So, Sarah cuba nasib anta kat sini.
Amin Tailor, D. Designer.
Kedai terletak kat Seksyen 18, Shah Alam.
Dekat dengan Giant Seksyen 18.
Atas kedai gambar Foto Zoom, berhadapan Bank Islam.
Kalau nak no phone, boleh tanya Sarah personal ye.

Ada sikit kecewa dengan hasilnya. Boleh baca kat entry ni.
Dan yang tak pernah cerita lagi, panjang tangan dengan sengaja dibuat lebih panjang.
Tanpa pengetahuan Sarah ye.
Katanya nak ambik mood akad nikah.
Jadi lebih sopan.
Akibatnya macam 'menggelebeh' sikit.
Masa pakai nikah ari tu, tak perasan pun yang lengan baju ni panjang.
Dapat cover.

Overall, Sarah puas hati dengan hasil baju nikah ni.
Bukan senang nak potong dengan teliti setiap beads yang ada kat kain chiffon tu, then patch kat bahagian leher dan bahu.
Sarah suka part kain. Tak tau apa nama fesyen ni.
Potongan macam pict kain bawah ni.
Bahagian depan, sambungan nya dibuat ada kedutan sikit tapi bahagian belakang sambungannya straight je.
Jadinya, kain tak la sempit bila nak berjalan.

Keseluruhan bahagian baju


Bahagian depan kain.

Bahagian belakang kain.


Sarah nak bagi few tips nak deal dengan Amin Tailor ni (sarah panggil pak cik amin je):

- kalau dah ada design sendiri cuba bawak dengan pak cik amin dulu, boeh consult dengan dia kain jenis apa yang sesuai untuk design tersebut.
- kalau dah ada kain, bawa je kain terus, pak cik amin akan terus consult design yang macam mana yang sesuai dengan kain tersebut. kalau tak jadi nak anta dengan dia pun, pak cik amin still ok. dia bagi free je design yang dia buat tu.
- kalau dah setuju nak anta kat dia, cara pak cik amin tetapkan harga, dia akan tengok pada jenis kain & design. then pak cik amin akan letakkan range harga untuk baju tu. So, kita akan choose nak letak berapa within the price range. hasil kerja pak cik amin based price yang kita letakkan tadi.
- katakan tarikh nikah pada bulan jun, jangan bagitau dia. cakap je kita nak bulan april ke. sebabnya, pak cik amin akan buat baju ikut customer dia mana yang nak guna lebih awal. walaupun kita dah anta lagi awal.

Try nak pakai balik baju ni. Hoho, tak lepas dah nak pakai esp kat bahagian vontot itu.hehe
Kalau buka untuk sewa, agak- agak ada yang nak sewa tak?

Sakit Pinggang, Kalsium & Susu Ibu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Masa mula- mula masuk second trimester ari tu, Sarah mula rasa sakit- sakit pinggang.
Rasa macam kena tarik- tarik je pingganng ni.
Bila tanya nurse, katanya dah kurang kalsium sebab baby dah mula tarik kalsium.
Kena banyakkan lagi minum susu.

Admit, masa first trimester ari tu Sarah just ambik satu gelas susu sehari.
Waktu pagi je.
Ni semua gara- gara rumors "minum susu banyak nanti baby besar. Nanti koyak besar waktu bersalin"
Nak- nak plak ada sorang member kat FB (doctor lelaki) buat status lebih kurang macam ni,
"Yang perempuan minum la susu banyak- banyak, nanti rasakan koyak besar".
Agak kurang sopan seorang doctor cakap macam tu kan.

Jadinya, sekarang Sarah dah tambahkan lagi amount minum susu.
Pagi sekali, petang sekali.
Alhamdulilllah lepas tu dah tak sakit pinggang dah.

Sekarang susu yang menjadi pilihan Sarah, ANMUM MATERNA.


Namanya pun dah sebati dengan preggy mummy.
Sarah pilih nak minum susu ni bukan sebab ke'femes'an dia.
Masa awal pregnancy dulu tu, Sarah cuba cari susu yang sesuai gak.
Tapi dek terpengaruh dengan promoter Jusco tu, Sarah cuba la MAMIL MAMA dari Dumex.



Kata promoter tu, Mamil Mama kandungan lemak nya adalah paling rendah.
Lagipun katanya, satu susu ni sampai lepas bersalin pun boleh teruskan minum lagi.

Tak lama pun Sarah ambik Mamil Mama. Sebab utama kenapa tukar, sebab rasanya sukar nak terima.
Tak tau la sebab ambik masa first trimester ke. Tapi yang pasti setiap kali nak minum susu ni mesti pandang, tenung lama- lama. Pastu baru minum.
Puas  nak habis kan satu gelas.
Ntah la, rasa dia semacam je bila minum walhal Sarah ni bukan la jenis susah nak minum susu.

Then, cuba la tukar Anmun Materna. Sekali minum sedapnya rasa dia.
Ambik yang plain je. Takde pape perasa pun. Tekak boleh terima.

Bagi Sarah, setiap susu untuk ibu mengandung kandungan nutrisi nya lebih kurang.
Mesti la setiap satu nya akan provide nutrisi yang sesuai dan memenuhi keperluan ibu mengandung.
Kalau tak, mana wujud persaingan.
Betul tak?

Cuma, Anmun Materna mengandungi Gangliosida dan DHA yang mana membantu untuk perkembangan otak baby.
Selain itu, Anmum Materna tinggi dengan kandungan asid folik yang dapat meningkatkan folat dalam darah. Yang mana penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel dalam tubuh ibu dan baby yang sedang membesar.

Pernah jugak try sample Nestle Mom & Me, sama jugak macam susah nak terima rasanya.
Kesimpulannya, Sarah lagi pentingkan rasa susu, yang mana tekak boleh terima dari mana- mana brand.
Haha.
Sebabnya, Sarah dah tanya doc, semua susu sama je.
Wallahu 'alam.
Yang penting ibu dan baby sihat :)


Tuesday 5 March 2013

Nengok Rock OOO: Rimba Bara Kembali kat Ipoh

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ni alkisah last weekend. Kitorang ramai- ramai balik ke Ipoh.
Bila balik ramai baru rasa meriah sikit.

Nak nengok movie ni takde dalam plan pun.
Tapi bila adik ipar Sarah tiba cakap malam tu dia nak nengok Rock Ooo ngan member dia, kitorang dah terpengaruh dah.
Nak- nak lagi bila dia cerita je kitorang dah tak tertahan perut.

Ambik tiket ari Sabtu 9.45 malam.Angkut sekali budak- budak yang tak paham rock.
Satu baris family kitorang je.

Memang best sangat Rock Ooo ni. Sarah tak nengok pun Rock yang first ari tu.
Tapi still boleh tangkap jalan cerita Rock Ooo ni.
Starting pun dah boleh gelak sakan.

Part yang paaaling kelakar habis, masa flashback kumpulan Rimba Bara kat KL.
Masa diorang kena tinggal 2 hari kat flat. Manager diorang tak balik- balik.
Dengan duit takde, then makan maggi sebungkus share- share.

Pastu time tengah melepek takde makanan dah, tiba salah sorang tu berdiri, bersilat.
Hiyaapp---ceh mula- mula Sarah tak dapat tangkap kenapa. Ghupenya lapo sangat dah.
Selongkar- selongkar tempat makanan, tinggal bungkusan maggi kosong je.
Then, tergolek kentang sebijik. Pastu dengan muka dah macam hape, tunggu kentang rebus tu masak.

Part ni memang gelak habis. Tak boleh nak tahan dah,tapi sambil tu pegang perut je.
Aduh, kesian kat anak. Mak nye tak sedar diri.

Overall, memang best giler ah. Thumbs up untuk Mamat Khalid.
Untuk orang Ipoh lagi la syok bile nengok cite ni.
Banyak tempat yang dah jadi sejarah tapi abang Mamat Khalid ni cuba naikkan macam Bazar Bulat & pasaraya Super Kinta.
Cuma background music kuat sangat. Kesian lagi kat anak. Huhu.

Baca sinopsis Rock Ooo: Rimba Bara Kembali kat blog ni dan blog ni.
Boleh la ramai- ramai penuhkan panggung ye weekend ni.

Friday 1 March 2013

Doa Menjadi Zikir

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

* UPDATE

Sarah baru jumpa doa yang Sarah share ni merupakan potongan ayat Al- Quran dari Surah Ali 'Imran ayat 38.

Potongan ayat 38 surah Ali 'Imran ini bermaksud;
" Ya Tuhanku, kurniakan lah kepada ku dari sisi Engkau zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mendengar Doa."

Mungkin tajuk yang lebih sesuai : Ayat Al- Quran menjadi zikir.

Maaf atas kekhilafan.

Petang Jumaat ni rasa nak share sesuatu yang bermanfaat buat preggy mummy.
Doa ni makcik Sarah yang yang share. Doa yang dia amalkan sepanjang tempoh dia mengandung.
Sebab doa  ni mudah, senang nak hafal.
Jadi nya, boleh jadikan macam zikir.
Sedang duduk tengah santai- santai, boleh bacakan doa ni.

Doa untuk mendapat anak yang sempurna.

Rabbi habli min ladunka zurriatan thaiyyibatan innaka anta sami'u du'a.

Ya Allah, kurniakan kepada kami zuriat yang sihat sempurna. Sesungguhnya Engkau yang Maha mendengar doa.
Amin.

Air Gula

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sarah ni jenis yang sweet tooth. Mesti nak ada benda manis dalam simpanan.
Gula- gula, kek, choc mesti nak ada. Air plak jarang nak minum air kosong.
Mesti yang bergula punya lah.

TAPI....
Air gula yang ni memang tak boleh nak masuk wooo..
Air gula kat KK tu.

Alkisah nya, masa jumpa doctor kat KK Dengkil tu doctor dah suruh minum air gula.
Dah lambat katanya.
Mulanya ingat tak perlu minum sebab takde keturunan yang ada kencing manis dan seumpamanya.
Rupanya, preggy mummy 25 tahun ke atas memang kena minum air ni.

Sekali teguk, hmmmm, boleh tahan manis. Tapi boleh lagi nak teruskan ni.
2, 3, 4 kali boleh lagi.
Pastu...
1, 2 teguk yang last, pandang belakang tengok nurse tengah busy, terus buang dalam sinki.

Pastu, terus je jalan keluar dari bangunan klinik tu.
Husband cakap dah tak boleh nak layan.
Pening, loya. Tahan dari nak keluar balik je.
Air pure glukose, tu yang loya semacam.

Bila husband dah gerak g office, masuk kereta.
Tidur..
Seriously cuba tahan dari keluar balik.
Nak kena tunggu 2 jam baru boleh balik rumah.
Sebabnya nak kena ambik darah sebelum dan selepas minum air gula tu.
Sebelum tu, kena puasa dari pukul 12 malam.

Lepas ni sekali lagi kena minum.
Ngeri, seram...