Wednesday 29 February 2012

Al- Quran Hantaran Utama

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Baucer buku 1Malaysia dah selamat dihabiskan hari nie. Hal mcm nie harus berterima pada kerajaan Malaysia membantu kami para student nak beli buku. Thank you Malaysia. Proud to be Malaysian. Weee~

Dan item yg d beli dgn baucer itu adalah senaskhah al- Quran beserta terjemahan dan tajwid. InsyaAllah akan dijadikan sbg barang hantaran


InsyaAllah akan di gunakan sebagai panduan buat kami.
Oh ya. Al-Quran ni Sarah beli kat satu kedai BADAN CEMERLANG kat Plaza Angsana JB. First time dgr kedai tu (yela, awok tu kan br je jd org JB). Kalau nak cari buku- buku agama memang byk sgt kt kedai nie. Buku- buku lain pun ada jugak =)

Tuesday 28 February 2012

Panduan 1


Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sekadar perkongsian.
Orang kata masa darah tengah manis nie la banyak dugaan yang akan datang.Masa- masa ni jugak la syaitan suka menghasut macam- macam. Almaklumlah..dugaan orang yang nak mendirikan masjid.So, kena la kuatkan diri dan iman.Jadikanla ayat al-Quran sebagai benteng pertahanan kita..insyaAllah.

foto : google image

Amalan- amalan untuk bakal pengantin sebelum perkahwinan.

1) Baca surah al-Waqiah setiap hari terutama bagi bakal pengantin perempuan agar terselamat daripada     gangguan manusia dan sebagainya.
2) Baca Yasin setiap hari selepas Subuh.
3) Amalkan membaca tigaQul (al-Ikhlas, al- Falaq, dan an-Nas)
4) Zikir tasbih Fatimah (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x) setiap malam terutama bagi wanita kerana orang yang ingin berkahwin memerlukan banyak tenaga bagi menguruskan perkahwinan.
5) Khatam al-Quran. Sebolehnya, biarlah bakal pengantin betul- betul khatam al- Quran menjelang perkahwinan, bukannya mengadakan majlis khatam semata- mata.

Sentiasalah berdoa pada Allah agar kita sentiasa di beri kekuatan fizikal dan mental. Dan jangan putus harapan padaNya.


sumber: majalah anis Januari 2012
kredit to: Halida Othman

Sunday 26 February 2012

Custom made or ready made wedding shoe??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Semua dah tau kan Neelofa now become a shoe designer. Mesti time wedding dia boleh design kasut sendiri. Macam dia design untuk Ezlyn ni.


Sarah ni tak la pandai nak design-design kasut untuk wedding. Tapi bila tgk pengantin pakai kasut cantik-cantik, then google pun ada banyak design kasut kahwin cantik-cantik teringin jugak rasa hati nak custom made kasut kahwin.

Tapi dengan keadaan Sarah ni nampak macam x berapa nak mengizinkan aje. Kalau nak custom made mesti la nak kena survey- survey. Mesti nak cari paling berbaloi- baloi kan. Kat JB nie Sarah bukan biasa sgt. Kalau ada jumpa kedai yang boleh buat pun tak tau nak pegi mcm mana. Maklumlah transport paling utama ialah kaki ku ini shj..huu

Kalau nak survey kat KL tak tau bila boleh pergi.So far, my best fren Mr Google ada la suggest few kedai. Kalau sempat nak jugak try la.
Sayang nya, kawan Sarah bagitau butik Gavy tempat Kina buat kasut kahwinnya dah tak terima tempahan untuk wedding shoe.

Kalau lah dapat kasut yang secomel ini ke?



Xde bling-bling pun..

Atau  kasut ready made di butik seperti ini yang Sarah akan dapat?



Psst:all picts taken frm Mr Google


I'm A Pahang Bride To Be =)

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

One thing yang Sarah paling lupe nak cerita kenapa blog yg tak seberapa ini di wujudkan.

  •  First thing first to capture all moments- riang, gembira, sedih, marah, macam-macam la ape yg telah and bakal terjadi masa ktorg buat preps for our big day. 
  • Sarah jugak inginnn sgt nak kenal-kenal dgn semua B2B out there. Share  segala preps kita kan. Mana nak cari brg2 murah2 kan, cantik2. 
  • Bila Sarah dah berjinak- jinak dgn dunia blogging nie, mcm2 bnda baru yg Sarah belajar. So, kat blog nie jugak Sarah akan share. Mybe benda tu sgt simple dan blogger lain jugak dah ramai share. Tapi still Sarah akan share. Well, sharing is caring..kan kan. 
  • Seronok baca blog orang, so rasa nak jugak berblog juga =)
  • Lastly, I'm proud to announce that i'm a Pahang Bride to Be. So, to all Pahang B2B-jom kenal-kenal and to same to all others B2B~~

Dan sekarang Sarah akan menepekkan Pahang B2B Banner designed by Mrs Kina. Sungguh kreatif dia!
Oh.dot dot itu telah di edit jadi warna lain seperti Sarah punya wedding theme color




Thursday 23 February 2012

Ayuh Bantu Adik Faris Nur Daniel

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Pagi-pagi ni sarah bukak FB terpandang la artikel dari Mazidul Akmal. Atas rasa keinsanan Sarah nak share jugak di sini. 


Apa yang Sarah baca, Adik Faris mengidap penyakit HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis). Penyakit Kanser Darah yang boleh mengancam nyawa nya. 





Dear my silent readers,
Bersama kita doakan buat Adik Faris.
Bersama kita hulurkan bantuan meringankan ibu bapa adik ini.
Jika ingin menyumbang boleh salurkan ke Maybank 162852002738 atau 114011152218 (Shamrulismawi Ismail)

  

Wednesday 22 February 2012

Pameran Pengantin Datang Lagi

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..


Yuuhuuuuuuuu.. Pameran pengantin datang lagi. Kali ni di Shah Alam Convention Center pada 24 hingga 26 Feb 2012. Menurut Urban Vibe Event ini merupakan pameran pengantin terbesar 2012 dengan berkonsepkan "Cinta Seputih Salju". Jadi mana-mana B2B yang ada kesempatan jom kita meriahkan pameran pengantin kali ini. 


Nak tahu lebih lagi about pameran pengantin ni boleh la singgah di sini http://www.urbanvibe.com.my


Sarah memang excited nak pergi sebab selalu tak dapat nak pergi since ada kat JB ni. So kebetulan memang nak pegi KL wikend nie, memang takkan lepaskan peluang la. weeee~~

Bunga Pahar

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Mentang-mentang esok full day takde kelas, so malam ni memang rasa nak jadi burung hantu kejap. Update blog, sketch untuk kad kahwin, buat bunga telur..


Sebelum ni ada la beberapa jenis bunga yg Sarah dah try.
First try Dip flower. Tapi hasil bukan seperti di bawah ini. Dah puas letak thinner tetap jadi tebal.


Second try pulak. Almost nak dapat macam kat bawah ni tapi sebab leceh. Pastu kena berebut mesin jahit dengan mak. So, cancel plan.
Kredit foto : Mr Google

Maka nya, ini la bunga telur Sarah .

Bunga Tisu!! Sangat simple tapi bila dah siap menarik jugak!

Monday 20 February 2012

Bila Cuti Sudah Tamat

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Cuti sem sebulan dah habis! Result sem lepas pun dah dapat!Syukur Alhamdulillah.
Tapi wedding preps jadi semakin slow la nampaknya. Sarah harus struggle for 2nd sem and start for research paper.

Tapi.....usaha di teruskan juga.

                                                              Tadaaaaa




Di atas katil kolej yang belum dicadarkan sebab tumpang bilik sebelah. Xde kunci nak masuk bilik sendiri

Barang-barang ini ku bawa balik UTM. Dengan alasan 1st week sure xde cls.hehehe..

Wednesday 15 February 2012

Design Baju Nikah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Sekarang ni bila dah cuti sem mmg hajat di hati nak penuhkan cuti dengan wedding prep.Memang, sgt lama lagi.Ada la 7 bulan.Tapi pejam celik kang dan tiba hari.

First thing, sibuk mencari siape yg sudi nak jahit baju saya nie.Dah puas round kat PKNS Shah Alam.Tahu rate kt sana mmg tinggi. Sgt pelik dgn rate kat PKNS. Some kedai nk ambik just RM150+ tp some kedai smpai RM350.Kenapa ye price dia berbeza mcm tu sekali.

Bila tanya semua kedai/ butik, kain ni hanya sesuai untuk buat baju kurung moden sahaja.Aisssyyhh, en tunang kate "boring awak asyik pakai baju kurung moden je"

Heheee,so misi dan visi nak buat baju kurung moden yg di moden kan.

Atlast, Thnx to my lil sister, Dilla.Introduce satu kedai nie.Bukan setakat jahit. Siap dpt design kan baju tu.
Yang best kalau kita dtg je n bawak kain, boleh dpt konsultan FREE. Price pun acceptable and affordable.

First design: ada banyak bunga tampal supaya sarah jd nmpk tggi

Second design: Just play dgn kain yg ad.manik disusun semula pada leher, bahu dan pinggang.

Tuesday 14 February 2012

Pelamin, Doorgift ?

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Pelamin atau doorgift? Mana satu yang lebih penting.Mana satu yang patut di utamakan. Antara memuaskan diri sendiri dan memuaskan hati tetamu yg dtg.

Masa sekarang nie kalau nak puaskan hati kita, pada hari yg amat bersejarah, pada hari yang katanya "hanya sekali seumur hidup, InsyaAllah" sudah tentu nya kita sanggup berbelanja lebih demi nak dapatkan pelamin yang cantik. Pelamin yang nampak sinar nya bila masuk dalam album kahwin. Kalau dah permintaan lebih, belanja pun harus tinggi la kan.

Pada tetamu pula, sebagai menghargai kesanggupan tetamu yang dtg dari jauh untuk memeriahkan majlis, lebih- lebih lagi ke kawasan jauh dari bandar, doorgift yang di berikan pun semahunya yang ada nilai.  Semahu nya gift yg di berikan sesuatu yg tahan lama dan boleh di gunakan semula.


Tepuk dada tanya selera. Tepuk poket tanya budget. Hehe. InsyaAllah cuba untuk meminimize kan perbelanjaan perkahwinan. Kehidupan selepas berkahwin adalah lebih penting.

Antara pelamin idaman hati Sarah.

Kredit foto : FB Ayue Aminuddin

Kredit foto: FB Norhayu Mohd Yusop



Kasih Sayang Setiap Saat dan Ketika




Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day



Keputusan:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.


Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah:


Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.


Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.


Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود



“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


Sumber : E-Fatwa Jakim


Berkasih sayang bukan pada hari tertentu sahaja. Berkasih sayang bukan hanya pemberian bunga, coklat atau sebagainya. Kasih sayang wujud dari hati. Kepada yang kita kasihi dan cintai. Menyayangi bukan pada insan yang terterntu. Sayangi la setiap umat Islam. Kita bersaudara. Cintai la Allah dan Rasul melebihi segala nya. InsyaAllah.

Friday 10 February 2012

Butik pengantin Bahau dan Serting

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Cuti sebulan ni memang di manfaatkan untuk wedding preparation.
First thing first, survey butik pengantin area Bahau dan Bandar Baru Serting.

Banyak jugak butik pengantin area sini rupanya. Pakej yang ada pun masih lagi level mampu dan padan la dengan kawasan yg jauh sedikit dgn bandar.

Butik- butik pengantin yang Sarah dah survey.

1) Butik Pengantin Ina Kepis - Kiara Square
    First butik yg Sarah ngn mak survey, First time jugak masuk butik pengantin. Macam tak tahu sgt nak tanya     apa. Butik ni ada banyak pilihan pakej. Pakej Intan yang paling grand pun tak sampai RM2000! Butik ni pun ada sediakan pakej untuk photographer dan katering. Kira boleh dapat pakej lengkap lah kat sini

2) Azila Gallery Bridal - Bandar Baru Serting.
    Lepas discussion dgn pembantu mak andam butik nie, Sarah sebenarnya dah jatuh hati dengan andaman dan pelamin butik ni. Make up nmpk natural, pelamin pun ada yg tertarik hati. Tapi direct kena reject dgn abah sebab yang buat pelamin bukan lelaki tulen. Nak buat mcm mana kan.Kena la follow order big boss. Yang menarik nya, dengan butik nie dapat macam-macam free. Let say takde tudung dengan veil pun, butik ni boleh sediakan. Dengan syarat bagi baju tu pada butik awal so that diorang boleh match kan color.

3) Maya Andaman -Bandar Baru Serting
 
4) Andaman Juwita Impian Anggun - Bahau

5) GM Andaman*Fesyen*Fotografi*Kanopi - Bahau
    Masa kat butik ni sgt sekejap. Tu la sape suruh dtg lmbt.Dah nak pukul 6 baru nak dtg. Confirm la tak di layan sgt. Orang dah nk tutup kedai. So memang tak dapat nak buat comparison. Cuma bila pandang sekeliling butik ni nampak ada jenis2 pelamin yang cantik.

6) Butik Azu Sri Andaman - Kiara Square
    PR sangat tak bagus. Rasa nak cabut lari pun ada. Maybe bukan semua yg kat butik ni mcm tu. Cume terkena masa Sarah dtg tu org yang lyn customer tu je yang mcm tu. Nasib la.Takde rasa nk put in shortlist terus.

7) La Ross Andaman - Bahau.
   PR dengan customer sgt bagus Kak Ross ni. Tgk album, make up pun okay. Nampak natural aje. Cuma pada sapa2 nak dtg kena buat appointment dulu sbb kadang2 Kak Ross ni takde dekat butik. Kalau nak baju baru sgt murah antara semua butik. Cuma tambah RM200 shj!

8) Pusat Kecantikan dan Andaman D'Yusra- Bahau.
   Butik andaman yang paling famous kat kg Sarah. Pakej yg ada tak banyak. Tapi boleh di katakan butik ni lah yang paling murah antara semua butik yang dah di survey.

So, ada sape2 yg boleh suggext butik yg mana paling best kat area Bahau- Serting nie ye?Tgh confuse nie.

Warna tema

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Bukan senang rupenye untuk orang yg leceh macam Sarah nie nak decide warna tema. Sekejap nak pink putih la. Then nak ambik lilac. Bile tgk warna coral peach pun nampak cantik. Apa-apa pun Sarah nie seperti x dpt di pisahkan dengan variasi pink, purple and putih.

Di sebab kan ari tu masa engage dah ambik pink putih. Then baju nikah pun dan ambik lilac. So, lepas diskus dgn adik Mira, Sarah decide choose white- coral peach  warna tema untuk majlis langsung.

Sekarang nie bila jalan mana2 mst nmpk coral peach je..hehe

Warna yang lembut. Tapi untuk warna baju bersanding still blur nak ambik variasi coral peach yg mn. Of coz kena match kan dgn skin color both of us, kan?

Color yg macam- mana ye sesuai untuk kulit gelap sedikit?


Photo by: Google

So, sekarang tgh mencari butik area Bahau dan Serting yang boleh provide baju sanding color yg seperti di atas. Any suggestion?

baju nikah

Assalamualiakum
Salam sejahtera

Wahhh,, sy rupenye sgt leceh..hehee, mengata diri sendiri kan..okay la dr mengata org lain.
Baju nikah dah selamat beli dekat Jakel Jalan TAR..yup, di sebab kan sy nie sgt leceh, kena la bawak adviser2 untuk pilih kain baju nikah.
Jenis kain my beloved Kyna yg suggest.Bak Kate Kyna, pilih chiffon beaded. Senang tak perlu nak buat beading dah.
Time nak pilih kain plak makteh, pakteh and my lil sister yg teman kan.Kalau xde mereka2 nie mau smpai mlm kt Jakel tu. At last, kain chiffon beaded warna lilac yg menjadi pilihan.
Harus berterima kasih pada my adviser.