Tuesday 24 July 2012

Wedding Card

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dulu Sarah pernah pot pet kan pasal kad kahwin kat sini.
Tapi tak cerita detail pun pasal kad.


Kad sebelah perempuan

Masa pilih kad punya la macam-macam ragam.
Tapi at last kitorang bersatu jugak pilih kad yang macam tu.

Kitorang buat kad dengan Gedung Kad Kahwin.
Kedai nya terletak kat Puchong Prima.
Macam pernah cerita, yang choose vendor ni makteh dan pakteh tunang Sarah.Diorang choose masa pameran pengantin kat Maju Junction awal tahun ni kalau tak silap.

First, kita komen pasal serice dulu.
Overall Sarah memang suka dengan service mereka.
Layanan and suggestion yang diorang beri memang best tau.
Masa discuss lebih dari diorang punya operation hour pun still di layan mesra.
Nak jumpa lewat pun diorang still boleh tunggu.
Cuma sikit la, kalau call awal pagi Sarah mesti tak dapat nak bercakap dengan designer kad kitorang tu. Masuk lambat katanya.

 First draft dapat lebih kurang 3minggu after discussion.
Main teks memang takde salah ejaan pun.
Cuma Sarah yang banyak tukar itu ini.
Warna pun kelam, ramai yang tak suka.

Second draft, macam yang pernah cerita, tunang Sarah yang rombak balik design.
Dia perbetulkan banyak benda dan terhasil lah seperti yang di atas.
Semua dah puas hati.
Printing ambil masa seminggu sahaja.

Member yang dah dapat kad ni mesti teka theme Sarah pink!
Silap besar.Hehe
Tu light purple dah nak jadi pink.
Boleh la kan.
Tulisan warna turquoise sebab tu theme color kat Ipoh.
Kira adil la kan. Satu kad masukkan theme for both side.

Kad ni saiz 6x12. Dah macam kad raya pun ada.
Tau la kawen lepas raya kan.
Jenis art card UV.
Awalnya kitorang ambil untuk 4 kaler tapi last guna banyak kaler jugak.
Tapi charge pada harga 4 kaler. Siap dapat discount lagi tu.

Kalau dah namanya tempah masa pameran pengantin, mest dapat macam-macam hadiah kan.
Untuk 1000pcs kitorang order, dapat lah 2 bunting, 1000pcs TQ tag, 1000pcs kotak yang comel.
Jimat disitu untuk TQ tag dan kotak (boleh letak telur dalam nya).

Sekarang tengah lipat-lipat kad tak jumpa lagi salah printing.
Hopefully takde la.

Untuk bunting, still under design process.
Sarah guna kan dua doodles yang sangat-sangat comel.
Tempah dengan dua designer yang sangat- sangat berbakat.
Tapi tu cerita nanti after siap bunting eh.

Sarah jemput pada semua readers dan kawan-kawan bloggers ke majlis Sarah.
Seronok kita bertukar cerita selama ni.
Nak jugak jumpa-jumpa.
Drop address kat email Sarah, atharah_kz@yahoo.com.
Nanti boleh la Sarah post kan kad :)

Monday 23 July 2012

Wedding Shoe

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hajat hati pada awal nya Sarah nak kan custom made kasut.
Suka pada Absolutelygorgeous By Amy
Kawan Sarah pernah buat kasut kt situ.
Memang cantik memang puas hati.

Tapi disebabkan $$$$ dan kekangan masa tak jadi la nak custom made.
Beli yang ready made sahaja.
Less than RM100 lagi tu.
Jimat-jimat..

Yang penting tunang yang pilih kan.
Adik pun kata okay.
Dan selesa.
So, Sarah pun ambik la yang ni.


Takde yang special pun tapi saja b&w kan.hehe



Giveaway Special by soulmate -kami .blogspot.com

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

B2B sekalian,macam mana dengan wedding preps kamu semua?
dah ready?
atau ada yang masih dalam perancangan?

Jom join ramai-ramai giveaway dari cik nuie.
Giveaway Special by soulmate-kami.blogspot.com
Mana tahu ada rezeki disini.
Boleh kurangkan apa yang dirancang.


Macam mana nak join?

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua
2. Kesemua hadiah di atas tidak boleh di tukar dengan nilai wang Ringgit atau barangan lain
3. Peserta hendaklah mempunyai Facebook ATAU Blog


Facebook user:

2. Share slogan anda mengenai handmade items pada dr anda ke wall facebook kami dan juga wall anda  dan mesti meng"tag" Something Handmade By Nuie"


Blogger:

1. FOLLOW blog : soulmate-kami.blogspot.com
2. Letak badge contest di sidebar paling atas blog anda dan link ke blog soulmate-kami.blogspot.com
3. Buat satu entry pasal giveaway ini dan terangkan kenapa anda rasa handmade items itu menarik 

Hadiah-hadiah yang sangat menarik harus dimenangi.

Grand Prize:
1 Hand-bouquet dari Something Handmade yg boleh direquest oleh pemenang


2nd Runner Up:
1 items Something Handmade yg boleh direquest mengikut syarat-syarat nya


Consolation Prize (3rd & 4th ):
Something handmade items yg telah ditetapkan bg setiap seorang pemenang

Sarah hanya ada satu sebab mengapa handmade items sangat menarik.

Handmade items, barangan buatan sendiri yang tinggi dengan nilai kreativiti, lahir dari hati yang penuh berseni, dizahirkan dengan penuh rasa kasih dan cinta menghasilkan sesuatu yang istimewa dan tentunya memikat hati dan mata yang memandang. 

Dan hasil seni dari Cik Nuie memang sangat cantik dan menarik.
Kenapa Sarah kata macam tu.

- Sarah sangat tertarik pada Rossette dari Cik Nuie.
First time tengok, Sarah dah jatuh suka sebab hasilnya yang sangat kemas dan penggunaan warna yang sangat menarik.



Antara hasil Rossette dari Cik Nuie yang menarik hati Sarah.

Selain itu, pearl handbouquet yang dihasilkan oleh Cik Nuie juga sangat cantik.
Dah buat jatuh hati pada HB ni.


Semua pict kredit pada FB Something Handmade by Nuie.

So, jom la join ramai-ramai GA ni.
Cepat sebelum terlambat
Dateline adalah pada 1 Ogos 2012. Jam 12 malam.





Sunday 22 July 2012

40 Hari Yang Mendebarkan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Seriously rasa nervous bila betul-betul fikir pasal kehidupan semasa berumahtangga nanti
Debaran menanti 31 Ogos tak lah sangat.
Tapi debaran bila fikir tanggungjawab dan komitmen.

Selalu bermonolog dengan diri sendiri.
Mampukah aku?
Bolehkah aku?
Betul ke nak jadi wife kepada seseorang?

InsyaAllah, harap dengan kesedaran yang ada ini dapat membimbing ke arah yang terbaik.
Belajar dengan kehidupan. Belajar dengan alam.

InsyaAllah. Amin..amin.

Tutorial Ruffled Ribbon Flower

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

First time rasa nak buat tutorial.
Nak share something dengan readers blog ni.
Harap faham la ye.

Mula-mula, bakar hujung reben. Ini untuk mendapatkan kemasan pada hujung reben dan mengelakkan reben tercarik.

Hujung reben tadi dilipat segi tiga.

Kemaskan lipatan dengan menjahit pada hujung segitiga. Seperti di dalam gambar.

Selepas itu, jahit jelujur pada bahagian tepi reben. Tarik sikit- sikit reben yang telah siap dijahit untuk membuat bentuk bunga.

Panjang reben yang digunakan bergantung pada bentuk bunga yang diingini. Makin panjang reben yang digunakan, makin banyaklah lapisan bunga yang boleh dibentuk. Makin tebal lah bunga tersebut.

Dah dapat bentuk yang diingini, matikan jahitan tetapi tak perlu putuskan benang. Lebihkan sedikit reben untuk membuat kemasan dibahagian bawah bunga.
Untuk kemasan di bahagian bawah bunga, lebihan reben tadi dilipat dan dijahit mati pada bahagian tengah bawah bunga.

Untuk kemaskan bentuk bunga, jahit daribawh bunga ke atas supaya lapisan bunga tidak terbuka.

Akhir sekali, letakkan button atau manik. Dan, siap!



Kau Pandai Masak Tak?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Fuhh..mak tunang Sarah tak pernah tanya soalan macam tu.
Tapi makcik tunang selalu tanya.

"Sarah pandai masak ape?"
Hmm, ntah la.tak pandai..

"Ok la kalau tak pandai, tapi paling suka masak ape?"
Auntie,Sarah sangat jarang masak. Tak tahu masak pun..

Takutkan bila kena tanya macam tu.
Lepas kahwin nanti mest kena uji agaknya.
Nasiblah.

Cuma yang pasti, Sarah akan masak juga bila kahwin nanti.
Tak sanggup bagi suami sentiasa makan air tangan makcik2, pakcik2, mamak2 yang tak kenal.
Impian dan harapan.
Lagipun tunang dah cakap dia tak suka makan luar.
Tahan je la saya masak apa ya.:D

Eh, tapi semalam buka puasa Sarah masak juga.

Soto yang masih perlu diimprovekan. Okay la untuk first time buat.Ada rasa juga:)


Friday 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kredit foto: kelab iqra utm

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini lebih manis, lebih bermakna dari Ramadhan yang lepas
Semoga Allah memberi kita kekuatan dan kegembiraan pada Ramadhan tahun ini.
Semoga kita dapat penuhi Ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan.
Semoga kita teruja dengan Ramadhan kali ini seolah Ramadhan yang terakhir untuk kita.

Ramadhan dirasakan pahit bila hati sakit.
Tetapi bila hati dan jiwa sihat semuanya dirasakan manis sangat.

Dalam hadis Rasulullah ada menyebut,
"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sumber: Kelab Iqra' UTM

Prosedur Nikah Anak Tak Sah Taraf

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kredit foto: Melayu seberang

Hanya ingin berkongsi ilmu.
Mungkin kita dah biasa dan ramai sudah blogger yang menulis panduan proses permohonan nikah bagi keadaan yang normal.
Jadi, Sarah nak share untuk keadaan yang lain dari kebiasaan.

Para fuqaha telah berpendapat bahawa anak yang lahir kurang dari 6 bulan 
dari tempoh akad nikah yang menghalalkan perhubungan suami isteri,
anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya.

Maksudnya, bapa tersebut tidak boleh mewalikan anak perempuan tersebut semasa perkahwinannya.
Oleh itu, anak tersebut perlu berwalikan hakim dan permohonan kebenaran perkahwinan harus dikemukan di mahkamah rendah syariah tempat anak tersebut bermastautin.

Prosedur Pernikahan

Bagi tujuan permohonan, dokumen berikut adalah diperlukan.
- Notis permohonan
- Afidavit sokongan
- Lampiran yang diperakukan seperti:
  • Salinan Mykad
  • Pengesahan bermastautin (jika alamat pada mykad berlainan dengan alamat bermastautin)
  • Borang permohonan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan lain- lain dokumen yang berkaitan
  • Juga boleh dilampirkan sekali siji; kelahiran dan sijil nikah ibu bapa.

- Surat sokongan dari pendaftar nikah
- Bayaran yang secukupnya
- Wakalah peguam syarii jika menggunakan khidmat peguam syarii.

Sebenarnya proses permohonan nikah bagi anak tidak sah taraf bukanlah suatu yang rumit. 
Bila segala dokumen sudah lengkap dan saksi dapat hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan, proses perbicaraan akan menjadi sangat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa satu hari.


Sumber: Majalah solusi #45.



Thursday 19 July 2012

My 1st Giveaway Contest : by Qasehfariza

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Jom layan kejap kerenah keluarga Atashinichi








Ya, betul tu Mikan!!
Haruslah  ada buku tetamu kan masa wedding kamu nanti.
Boleh menggamit nostalgia lagi tu.
Tengok balik ucapan kawan-kawan mesti lucu kan.
Jangan jadi macam Mak Cik Midori. Nanti menyesal.

Eh, apa lagi. Kena la buat preparation dari sekarang.
Jom join contest yang sangat menarik ni!

My 1st Giveaway Contest by Qasehfariza

Hadiah yang sangat best.
Mungkin boleh merealisasikan impian Mikan!

Yang Pertama..

Satu buku tetamu yang boleh dipilih mengikut tema sendiri
Boleh la nanti tetamu kita tulis ucapan mereka.
Boleh ingat sampai bila-bila pun. 

Kalau tak dapat tempat pertama pun, yang kedua pun best jugak.

10pcs paper lantern pelbagai warna.
Nanti bolehlah deko ala-ala moden gitu.
Bestnya!


Apa lagi, cepat la join.
Cepat, sebelum akhir Julai ni.
Join..






Kenduri Kendara

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Penat..Sakit kaki.Bila mana adik-adik tak balik masa ada kenduri kat rumah.
Semalam siang malam ada kenduri kat rumah Sarah.
Siang untuk perempuan, malam jemputan lelaki pula.

Sekarang ni baru dapat rest kejap.
Rumah dah clear sikit, pinggan mangkuk pun dah basuh.
Siap praktis basuh periuk lagi tu.

Actually, kenduri ni untuk meeting untuk kenduri BESAR nanti.
Adat la orang kampung kan. Nanti kenduri tak perlu katering, jadi nya kena la buat meeting.
Assign tugas awal-awal.
Tuan rumah boleh request nak minta apa kenduri nanti.
Zaman dulu-dulu orang senang minta telur aje tapi sekarang dah ramai tak minat telur.
So, depends pada tuan rumah nak minta apa yang nilai nya lebih kurang sama dengan nilai sesarang telur ayam.


Untuk jamuan tetamu nanti abah dah tetapkan nak masak apa.
Walaupun Sarah macam tak setuju sangat.Tapi ikutkan aje la sebab nya nak tentukan menu ni bukan Sarah punya part pun.
Sarah suka pergi kenduri yang dapat makan makanan betul-betul kampung.
Memang selera sangat la.
Dapat makan umbut kelapa ke.Tapi berapa banyak pokok kelapa nak di tebang kan :P

Tapi yang penting seekor lembu akan jadi korban.
Haha, biasalah bila pertama kali nak buat kenduri besar kan.
Tapi kan, kat Ipoh nanti lagi dahsyat.
Siap dua ekor lembu jadi korban!
Semangat kan abah-ayah kitorang ni nak buat kenduri.
Both anak sulung kot.
Tu yang kobar lebih agak nya.

Erm, orang kata bila both anak sulung ni panas.
Betul ke?
Harap takde la nanti.
Sejuk-sejuk ya bila dah kahwin nanti. (Cakap pada diri semdiri la pulak)

Okaylah, meh layan sikit pict kenduri semalam.

Menu utama : Nasi impit dan lontong
Makan secara buffet. Senang tak perlu nak hidang.

Seronok makcik-makcik ni makan sambil borak.

Bila dah malam buat secara hidang sebab jemputan lelaki sikit je. Dalam pict ni kawan-kawan mak yang sudi datang untuk tolong:)

Wednesday 18 July 2012

Follower 1 27

Assalamualaikum
Salam sejahtera..



Yeay,claps claps untuk follower 127.
Thanx Neeza sudi follower blog picisan Sarah ni.
boleh kita share-share story best kan :)
Tapi sayang sangat, Sarah tak dapat nak view/follow balik.
Takde link untuk Sarah singgah blog Neeza:(

Eh, kenapa buat penghargaan untuk follower 127 ek?
No 127 tu sangat istimewa tau.
Mana tak istimewa kan kalau dah sama dengan tarikh lahir.
Hehe, ye saya la budak yang lahir di awal tahun pada 27.1.1987

Alahai, rupanya Sarah dah di ambang late 25 la!
Dah tak kecik rupanya diriku nie.
Huk huk

Ruffled Ribbon Flower

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Satu simple DIY done

My ruffled ribbon flower

Puas hati dapat siapkan sikit-sikit.
Sangat simple dan tak ambil masa yang lama nak siapkan bunga reben ni.

Saturday 14 July 2012

Heart Beating Faster

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ya Allah, seriously tak perasan dah less than 50days?
Pejam celik pejam celik rupanya dah makin dekat.
Cepat sangat masa berlalu.



Now, 48days left?
Jantung ku semakin berdegup dengan kencang.

Happy 7th!!!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

What a wonderful day today.
It's our 7th anniversary!!

Hari yang sangat bermakna pada kami berdua.
Kami bertemu di KMNS tujuh tahun yang lepas.
Walaupun selepas itu dipisahkan sebentar dengan laut china selatan.
Sekarang, walau sama daratan tetapi masih di lain daerah.
Tujuh tahun berhubungan jarak jauh.
Namun, Alhamdulillah masih kekal.
Hanya bekalan percaya dan setia serta doa pada yang Esa.

InsyaAllah, tahun ini bakal disatukan.
Doa kalian dipinta.
Agar hubungan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin.


Perhubungan yang di bina sekian lama
Saat manis dan pahit telah di tempuhi
Kini akan di satukan dengan rahmat mu ya Tuhanku
Hanya pada mu kami memohon
Hanya pada mu kami berlindung
di bawah kasih sayang mu
Satu kan la hati kami dengan cinta mu ya Tuhanku
Kukuhkan lah hubungan ini dengan kasih sayang dan cinta sejati
Berkati lah kami ya Tuhanku.


Friday 13 July 2012

Kacang Pool Haji

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Sangat enak. Roti yang sangat lembut.
Dihidangkan bersama kuah kacang pool berserta telur mata.
Roti akan disiat/dicubit untuk dimakan bersama kuah kacang pool.
Kuah kacang pool ni ada daging didalamnya.
Hidangan makanan ini adalah hidangan yang ringan dan santai.

Kedai Kacang Pool Haji terletak di Medan Selera Larkin.
Landmark terdekat adalah balai bomba Larkin.
Marilah datang sini!
Rasai keenakan Roti Pool Haji.


Mampukah Aku?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Melihat kesungguhan seorang ibu menjaga anak, membuat Sarah terfikir sesuatu..
-Mampukah aku suatu hari nanti cekal hati menjaga anak?
-Mampukah aku bangun tengah malam ketika anak kelaparan?
-Mampukah aku bangun tengah malam ketika anak sukar untuk tidur?
-Mampukah aku kuatkan hati ketika anak sakit?
-Mampukah aku melayan keletah, ragam anak suatu hari nanti?
-Mampukah........

Mungkin senang untuk berkata sekarang sekarang, tetapi mampukah dilakukan ketika terikat dengan komitmen itu?

Thursday 12 July 2012

Doorgift Glass atau Porcelain

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Lagi sebulan lebih je majlis tapi Sarah belum decide untuk doorgift VIP.
Takdelah VIP sangat kan. Cuma something special and different untuk kawan-kawan.
dan rombongan lelaki.
Mestilah ada sesuatu yang istimewa untuk mereka yang sudi datang dari jauh untuk meraikan.

Sekarang confuse between glass atau porcelain.
Mana yang best ya?
Jom share-share opinion and suggestion..

Glass

Suka pada glass dari ikea.
Warna yang cantik. Harga pun mestilah up jugak kan.
Tapi mereka yang dapat boleh la guna semula glass ni kan.
Takdela buat hiasan atas meja je.

Vaken Glass. RM 7.90/ 4pcs
Godis, Clear glass. RM25/6pcs

Godis mix, big flower. RM 25/6pcs

Godis mix, small flower. RM 19.90/6pcs

Porcelain

Tertarik pada produk dari Inani Craft and Design
Ukiran pada bekas cantik dan unik.
Kalau bukan buat hiasan pun, boleh guna simpan brooch atleast.
Price still affordable untuk qty 100pcs





Nak tengok lebih produk, sila lah ke FB Inani Craft and Design
Kedai mereka di SACC Mall, Shah Alam.

Ada any suggestion?Which one better?

Wednesday 11 July 2012

Bye-bye Bajuku

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baju mana yang nak kena bye-bye ni kan.
Mesti la baju Sarah kan.
Yang terinspirasi dari sini.
Baju tu dah siap.Yeay suka!

Tapi......
Hasil perbincangan dengan FMIL, masa kat Ipoh nanti pakai baju yang ada kat butik sahaja.
Sebabnya, side sana dah bayar banyak untuk pakej yang mereka ambil.
Sob sob. Tak dapat pakai baju sendiri.
Tapi kena hormat jugak dengan apa yang mereka rancangkan.
Follow saja la.

Boleh la review awal- awal baju tu kan.
Tapi nanti la,Hehe

Laptop Baru Baik Demam

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Haiii, tengah malam pon sibuk nak update blog kan.
Macam gian nak update blog guna laptop sendiri kot.
Mana tak nya, seminggu laptop demam.
Dua hari masuk hospital.

Last week, tengah syok buat buat kerja tiba keluar alert hard disk failure.
Ayoo, dah cuak dah.
Buat back up cepat- cepat then try nak perbetulkan sendiri.
Tapi still tak dapat masuk windows. Blue screen je bila nak masuk windows.

Terus tak mampu nak hidupkan laptop.
Terus hari ahad lepas hantar service center kat Plaza Low Yat.
Mujur under warranty.

Jimat duit daku tak perlu bayar apa- apa untuk tukar hard disk baru.
Ganas betul guna, tak sampai setahun dah masuk hospital kan.

Tapikan, perasan juga pagi  semalam beberapa kawan blogger pon berdepan dengan pc problem.
Hmm, terkena angin kus-kus kot laptop/pc kita ni.hehe


P/s: alang-alang beli laptop biar terus dengan autorized dealer.
Biar price lebih tinggi tapi kalau ada problem senang sikit nak buat service atau apa-apa.

Monday 9 July 2012

Shopping kat Nilai Semalam

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Seronok semalam berjalan dan bershopping keliling Nilai 3.
TAPI bukan diriku yang shopping.
Hajat semalam nak pergi KL atas few things nak buat.
Sekali tersekat dekat Nilai sebab my FFIL ada kat Nilai 3

Unplanned activity, so even banyak benda boleh cari tapi macam takde feel nak cari.
Hehe.
Plus preps FFIL macam gempak je.
Dah rasa tergugat.

Siap text member sebab macam dah takut dengan apa yang diorang buat.
Tiba-tiba rasa tak nak kahwin.

Satu je yang Sarah beli.


Beli dekat kedai ZC. RM3.6/pc
Nanti kan apa nak buat dengan benda ni.



Saturday 7 July 2012

Sesuatu Istimewa dari Creative by Linda

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Mahu kan sesuatu yang istimewa, cantik, kretif, dan moden yang memikat hati di hari bahagia anda nanti?
Jom sama-sama hebahkan promosi istimewa dari Creative by Linda.


Woowww, DIY invitation hanya RM1.50/pc
Menarik bukan. 
Untuk sesuatu yang unik dan kretif.
Tentunya akan memuaskan hati anda semua.

Selain dari itu, CBL memang terkenal dengan hasil DIY yang sangat memikat hati.

Pink colour DIY wedding guestbook. Melting my heart.


Printed Thank You Tag. Love the art.



Wedding favours. Just imagine when your guest got this. 
Your wedding surely will be remembered.


Dan, tentu ada sesuatu yang istimwea juga untuk hebahan ini.
Ya, anda berpeluang untuk mendapatkan :
- 500pcs white paper bag favors ( decorations only)
- 10pcs of VIP favors
- 1pc of exclusive guestbook with frame
- A handbouquet

Macam mana untuk buat hebahan ini?
Senang sahaja melalui dua cara.

1) Melalui facebook.
- Share gambar promosi di atas di facebook timeline.

2) Melalui blog
- Save gambar di atas.
- Buat satu entry khas untuk promosi ini.
- Dan tinggalkan url blog di kotak comment

Senang bukan. Jom sama- sama buat hebahan.