Sunday 22 July 2012

Tutorial Ruffled Ribbon Flower

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

First time rasa nak buat tutorial.
Nak share something dengan readers blog ni.
Harap faham la ye.

Mula-mula, bakar hujung reben. Ini untuk mendapatkan kemasan pada hujung reben dan mengelakkan reben tercarik.

Hujung reben tadi dilipat segi tiga.

Kemaskan lipatan dengan menjahit pada hujung segitiga. Seperti di dalam gambar.

Selepas itu, jahit jelujur pada bahagian tepi reben. Tarik sikit- sikit reben yang telah siap dijahit untuk membuat bentuk bunga.

Panjang reben yang digunakan bergantung pada bentuk bunga yang diingini. Makin panjang reben yang digunakan, makin banyaklah lapisan bunga yang boleh dibentuk. Makin tebal lah bunga tersebut.

Dah dapat bentuk yang diingini, matikan jahitan tetapi tak perlu putuskan benang. Lebihkan sedikit reben untuk membuat kemasan dibahagian bawah bunga.
Untuk kemasan di bahagian bawah bunga, lebihan reben tadi dilipat dan dijahit mati pada bahagian tengah bawah bunga.

Untuk kemaskan bentuk bunga, jahit daribawh bunga ke atas supaya lapisan bunga tidak terbuka.

Akhir sekali, letakkan button atau manik. Dan, siap!



10 comments:

  1. cantek..sarah pon rajin gk..nnti org nk try la :)

    ReplyDelete
  2. amboi sarah, rajin nye awak...byk ke persiapan awk DIY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 je qaseh.mn yg sempat insyaAllah nk buat.

      Delete
  3. nice,,baru je ingt nak try..balik umah tgok mak dok godek2 mende ni..trus jatuh hati..thinking of make it as my hand bouquet...happy diy-inx ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy untuk ana jugak.HB letak pearl pun cantik :)

      Delete
  4. Cantikkk..Icka nak try gak tapi tangan ni memang tak berseni, kot2 jadi lain pulaj bunganya nanti..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, boleh cuba slow2 icka.hehe, senang aje.

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas