Thursday 19 July 2012

Kenduri Kendara

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Penat..Sakit kaki.Bila mana adik-adik tak balik masa ada kenduri kat rumah.
Semalam siang malam ada kenduri kat rumah Sarah.
Siang untuk perempuan, malam jemputan lelaki pula.

Sekarang ni baru dapat rest kejap.
Rumah dah clear sikit, pinggan mangkuk pun dah basuh.
Siap praktis basuh periuk lagi tu.

Actually, kenduri ni untuk meeting untuk kenduri BESAR nanti.
Adat la orang kampung kan. Nanti kenduri tak perlu katering, jadi nya kena la buat meeting.
Assign tugas awal-awal.
Tuan rumah boleh request nak minta apa kenduri nanti.
Zaman dulu-dulu orang senang minta telur aje tapi sekarang dah ramai tak minat telur.
So, depends pada tuan rumah nak minta apa yang nilai nya lebih kurang sama dengan nilai sesarang telur ayam.


Untuk jamuan tetamu nanti abah dah tetapkan nak masak apa.
Walaupun Sarah macam tak setuju sangat.Tapi ikutkan aje la sebab nya nak tentukan menu ni bukan Sarah punya part pun.
Sarah suka pergi kenduri yang dapat makan makanan betul-betul kampung.
Memang selera sangat la.
Dapat makan umbut kelapa ke.Tapi berapa banyak pokok kelapa nak di tebang kan :P

Tapi yang penting seekor lembu akan jadi korban.
Haha, biasalah bila pertama kali nak buat kenduri besar kan.
Tapi kan, kat Ipoh nanti lagi dahsyat.
Siap dua ekor lembu jadi korban!
Semangat kan abah-ayah kitorang ni nak buat kenduri.
Both anak sulung kot.
Tu yang kobar lebih agak nya.

Erm, orang kata bila both anak sulung ni panas.
Betul ke?
Harap takde la nanti.
Sejuk-sejuk ya bila dah kahwin nanti. (Cakap pada diri semdiri la pulak)

Okaylah, meh layan sikit pict kenduri semalam.

Menu utama : Nasi impit dan lontong
Makan secara buffet. Senang tak perlu nak hidang.

Seronok makcik-makcik ni makan sambil borak.

Bila dah malam buat secara hidang sebab jemputan lelaki sikit je. Dalam pict ni kawan-kawan mak yang sudi datang untuk tolong:)

9 comments:

  1. ecah xde kt umah mase dieorg buat kenduri blok...tapi alhamdulillah sume berjalan lancar..bab2 kenduri n makan mmg ecah x masuk campur...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, bab makan tak nak masuk campur sangat la.biar parents yang urusan je.

      Delete
  2. makcik2 bergosip..i likeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tahu tak pe.kalau tak bergosip bukan makcik namanya.

      Delete
  3. alhamdulillah 1 step dah settle..biasa la nak kenduri kawen kena plak area2 kg mmg kena wat meeting la..excited kan bila hari makin dekat hehehe

    ReplyDelete
  4. zura balik pahang minggu lepas. zura pun buat mesyuarat untuk kenduri besar nanti. mmg memenatkan walaupun hanya mensyuarat

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas