Thursday 5 July 2012

Bersujudlah Pabila Allah Kurniakan Nikmat

Assalamualaikum
Salam sejahtera...


Sujud syukur dilakukan apabila Allah mengurniakan sesuatu nikmat ke atas hamba nya.
Juga apabila terhindar dari suatu mala petaka.
Kita di anjurkan untuk sujud dan bersyukur Allah sebagai tanda berterima kasih atas kurniaan yang tidak terhingga.
Sesungguhnya nikmat dan rezeki itu milik Allah.

Tunjukkan cara kesyukuran melalui tiga cara.

Hati iaitu wujud rasa kesyukuran yang tidak terhingga atas kenikmatan yang dikurniakan.
Perkataan iaitu melalui pengucapan Alhamdulillah.
Perbuatan dengan melakukan sujud syukur.

Cara melakukan sujud syukur.


- Mengadap kiblat
- Bertakbir dan niat ( Sahaja aku bersujud syukur kerana Allah Taala)
- kemudian sujud sekali dengan membaca doa seperti doa sujud di dalam solat. Membaca doa  dalam bahasa melayu di dalam hati (Ya Allah aku bersyukur atas kurniaan dan nikmat Mu)
- Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud. Salam tanpa membaca doa tasyahud.
(Salam boleh dilaukan sekali)

Syarat-syaratnya


- Suci dar hadas besar dan kecil
- Suci dari najis dan kotoran
- Mengadap kiblat
- Menutup aurat.

Hukum sujud syukur

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali sujud syukur tidak di benarkan di dala solat kerana ia di kira perbuatan di luar solat. Jika di lakukan, maka batallah solat kecuali dilakukan di dalam keadaan alpa atau jahil.

Makhruh dilakukan di waktu yang di larang melakukan solat sunat ie; selepas solat fardu Subuh dan Asar. Juga tidak boleh di lakukan ketika mendengar khutbah Jumaat.

Wallahu 'alam.

Sumber : Jabatan mufti selangor
                nzyrahun.blogspot

1 comment:

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas