Saturday 5 October 2013

Muhammad Zharif is 3 Months Old.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Yeay, 5 oct 2013 Muhammad Zharif dah masuk 3 bulan.
Alhamdulillah, Zharif membesar setakat ni dengan sihat.
Ibu doakan Zharif sentiasa sihat sempurna.

Perkembangan Zharif sebulan sebelum ni,
hari ke 66 dia dah start banyak cakap.
Kalau orang tak layan, mula la ek ek. Pastu orang layan, gembira je.
Sampai macam nak menjerit pun ada bila berborak tu.
Paling ceria waktu bangun pagi.
Selalunya 6.30 pagi dia dah bangun & Sarah selalu greet 'Assalamualaikum anak ibuuuu'
Nanti dia balas la dengan nada ceria dia tu.

Kadang kita tak perasan perkembangan yang secara sikit-sikit tu.
Dah hari-hari pegang dia.
Tapi bila atuk nenek dia baru 2 minggu tak jumpa kata,
' badan zharif dah makin keras. kalau dukung tu dah straight dah badan dia'
'zharif dah makin putih la' --yang ni memang ibu dia tak perasan.

Ada satu pagi tu, zharif asyik bunyi-bunyi. tapi tak nangis so sarah biarkan aje.
tup-tup tengok dah telangkup.
aisyyhh, bila masa anak ibu ni berpusing.
tapi still tak puas hati sebab tak nampak bila dia pusing?
siang-siang takde la pulak. takat angkat bontot tinggi ja.
tapi tak lepas lagi.

Kalau tengok tv no 1. Dah pandai bagi tumpuan dah.
Kalau kat rumah kak ita, dia letakkan Zharif depan tv, pastu dia borak-borakla dengan tv tu.
Aduhh, rasa macam kelakar je membayangkan.

Pagi waktu nak hantar, borak-borak pastu tidur. senang nak drive.
Tapi balik, separuh jalan dah lalak.
Kocoh-kocoh drive nak sampai rumah.
Kadang tak sempat terus singgah masuk uitm dulu. dah tenang baru gerak.

Hari ni, zharif mula menyembur.
Ada la few times dah menyembur ni.
Orang kata, bila anak start menyembur nanti rambut ibu mula gugur banyak.

Rabu ni check up 3 bulan. cucuk sekali.
Paling risau dia demam.
Harap sihat-sihat aje la.

fresh bangun tidur

hye, saya dah 3 bulan!

jaga-jaga dengan abang long kawasan nih!


5 comments:

  1. paling suka mata dia..hehe..budak kecik kalo dah start berleter mmg seronok jek perati kerenah die

    ReplyDelete
  2. sarah.. geram nye tgk zharif ni.. dgn mata bulat, rambut ala2 ada xde.. hihi.. pelok cium utk abg long kwsn a.k.a zharif ya ibu.. hihi

    ReplyDelete
  3. comelnya baby zharif... suka gambar yg last tu

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas