Monday, 21 October 2013

Baby Stuff : Review SCR 6 & SCR 7

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Entry atas permintaan Diyana.

Ingat lagi masa awal pregnant, kitorang laki bini asyik usha stroller je.
Tapi lama- lama kitorang fikir better cari baby carrier dulu.
Boleh pakai dari kecil lagi.
Certain stroller bila besar sikit baru boleh guna.

Then, bila tahu kena posting kat Penang Sarah minta husband prepare kan car seat dulu.
Before start keje balik.
Macam mana nak drive kalau takde car seat.
Kita da la drive sendiri je.

Bila Zharif lahir, makteh (husband) tanya apa lagi barang baby yang takde.
Husband cepat- cepat cakap stroller!
Makteh mulanya offer MacLaren.
Tapi kitorang minta yang lain.

Masa Zharif dalam sebulan (raya puasa), husband ajak balik Ipoh.
Sebab kan masa balik dari Ipoh ke KL then ke Bera, Sarah sakit pinggang sangat pegang Zharif, husband belikan car seat awal- awal.

Act, bab car seat & stroller husband yang fully buat review.
So, pilihan both ni based taste husband la.
Sebab Sarah minat stroller halford.
Nampak best je.hehe

Husband Sarah belikan carseat SCR 7. RM250 tapi masa tu promo dekat Jusco tinggal RM200 ja.

Sebab apa beli yang ni.
SCR 7 boleh attach dengan stroller SCR 6 & 9.
Jadi buat masa ni tak perlu la prepare car seat lain.
Senang, kalau nak g mana- mana bawak body stoller je.
Angkat carseat pastu attach kat stoller.
Jimat ruang boot kereta.

Yang best lagi SCR 7 ni, boleh ganti rocker.
Kitorang takde beli kan Zharif rocker --plak takde yang nak hadiahkan rocker.hikhik
Jadi, guna la carseat ni letak dalam rumah.
Senang sangat dia tidur. Lena lama pulak tu compare tidur baring bawah.




Handle boleh adjust. Senang nak angkat & letak.
Kalau letak dalam kereta pulak, boleh jadikan handle as stopper.
Jadi takde dia berubah tempat ke apa.

Muka sememeh baru bangun tidur.


Yang tak best nya, SCR 7 just fit sampai baby 13kg. Estimate sampai dia setahun.
Sebab tak sebesar car seat biasa.
Bila dia dah tak fit, kena cari car seat lain la jawabnya.

Jadi, bila dah katanya SCR 7 ni boleh fit dengan stroller SCR, kitorang pilih stroller SCR la.
Dapat offer Maclaren pun tolak.hehe
Kredit : Sweet Cherry

Selain halford, sarah suka quinny. husband pun suka.

Sebab tu agaknya dia pilih SCR 6.
Ada 3 roda macam quinny. kot laa.

Bagi Sarah SCR6 senang nak handle.
Mudah nak lipat, mudah nak buka balik.
Stoller ni pun ringan. Atleast bila seorang tak susah Sarah nak buka lipat.
Tapi tak mampu la nak buat sebelah tangan.
Interlock stroller ni perlukan dua belah tangan untuk lipat dan buka semula.

Backrest & footrest yang boleh dilaraskan.
Baby pun, samada boleh pandang arah kita atau pandang depan.
Warna merah pulak, sangat mengancam!!



Tempat baby duduk tu takde dalam pict sebab tinggalkan dulu kat kajang. Tak perlu lagi buat masa ni.

Pict Zharif dalam stroller boleh refer entry Zharif First Flight.

So far, bila jalan- jalan belum pernah lagi guna kan full stroller.
Just guna car seat attach pada body stoller ni.
Adapter ada disediakan untuk attach SCR7 pada SCR9.

Spec SCR 6 & SCR 7 (kredit: Sweet Cherry)

S301 SCR6 Stroller
Net Weight    :    8.4 kg
Features    :   
Suitable from birth to 3 years old (<17kg)
Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminium frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing
Travelling system: Compatible with C100 with additional adapter


C100 SCR7 Infant carrier carseat
Net Weight    :    3.4 kg
Features    :   
Group 0+ (<13kg) rear facing infant car seats
Light weight portable carrier and rocker
Adjustable handle with smooth grip
Comfy head support, chest and buckle pads
Traveling System: Can be attached on S300A and S301 SCR Strollers by using adapter.


10 comments:

  1. ooo ok Sarah.. thanks sgt2.. boleh dipertimbangkan SCR dh skrg ni...

    itu hari tgok stroller SCR jugak kt Jusco... ada yg kaler purple, xigt SCR berape.. mengancam habis~ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SCR design menarik harga pun tahap mampu lagi.hehe

      Delete
  2. walla siap ada review lagi hehehe & maaf lmbt terjah semula kebusyan dgn keje & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

    ReplyDelete
  3. terbaikk sarah! sesuai la gan jijah yg ngah survey2 stroller ni..

    ReplyDelete
  4. very good.. rad mmg dok survey SCR ni.. sbb car seat & stroller blh join skali.. aritu tgk SCR9.. xpe2.. masih ada masa lagi ni.. hihi

    ReplyDelete
  5. imahpun kalau survey2 stroller mmg bnyk yg berkenan jenama sweet cheery tp xpkir lg nak beli yg mana. ingt nak beli lepas baby dh deliver..tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. Salam sarah, nak letgo tak carseat purple tu? puas dah carik tapi sana sini takde. blh txt/whatsapp 012-7868634.

    ReplyDelete
  7. Salam..sy nak letgo stroller scr6 murah..condition 8/10..rm300.bole text/whatsapp 0122644466

    ReplyDelete
  8. Saya ada menjual Sweet Cherry Stroller SCR6 Murah. Dijamin harga terbaik.Pos Percuma...tumpang iklan ye admin.. :)

    http://bagaimana.com.my/sweet-cherry-stroller-scr6-murah/

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas