Friday 18 October 2013

Bayi Meninggal Ketika Tidur

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Last few weeks, masa kat office tiba kawan Sarah datang bilik ramai-ramai.
Ajak pergi hospital.
Katanya, anak kawan lemas dekat taska.
Taska dah bawak pergi hospital & pihak hospital sahkan baby tersebut dah meninggal.
Meninggal masa baby tengah tidur.
Sampai je kat bahagian jenazah, Sarah mampu tengok dalam 5minit.

Sangat pilu.
Umur baby tu just few days beza dengan Zharif.
Rupa baby kan hampir sama.
Masa Sarah tengok jenazah, mata dalam keadaan terbuka sedikit. Sama macam baby tengah tidur.
Cuma bibir & muka dah biru sikit.

Hasil post mortem, doc sahkan baby meninggal disebabkan paru-paru berair.
Sarah tanya orang, paru- paru berair mungkin boleh disebabkan jangkitan kuman.
contohnya, kalau kita bawa anak kat tempat terbuka macam pasar ke, baby sangat mudah berjangkit. Wallahu'alam.

Sarah pernah tanya kan pada Dr Zubaidi.

"assalamualaikum doc.
saya ada pertanyaan. baru- baru ni ada kawan satu office saya dapat panggilan dari taska tempat dia letakkan anak dia. pihak taska beritahu anaknya lemas & terus bawa ke hospital. doc sahkan bayi tersebut meninggal semasa dalam tidur. hasil post mortem, bayi tersebut menghidap paru- paru berair. bayi tersebut berumur dalam 3 bulan & baru 2 hari hantar ke taska. persoalan saya, apa sebab bayi boleh menghidap paru- paru berair?harap perkongsian doc dapat membantu saya dalam menjaga bayi saya yang berumur juga 3 bulan.
lagi satu, keadaan selsema & batuk yang macam mana yang bahaya bagi bayi?anak saya hari ni hari ketiga selsema tapi batuknya dah kurang.saya ada baca dalam blog doc lebih baik biarkn selsema & batuk cure sendiri untuk sistem pertahanan badan dia.
terima kasih atas perkongsian doc."

Jawapan Dr. Zubaidi.

" Wa alaikum mus salam.
Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan beliau, lebih-lebih lagi dalam kes medicolegal dan melibat polis dan mahkamah.
Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death yang berlaku ketika tidur.
Namun ada juga disebabkan oleh faktor susah berbafas sama ada sedakan susu, selsema yang kuat, pneumonia dan banyak sebab lain.
Oleh itu KKM sangat tidak menggalakkan dan hampir melarang bayi berumur satu tahun ke bawah diberikan ubat selsema dan batuk, kecuali atas nasihat dan pemantauan doktor.
Ini kerana ubat selsema dan batuk biasanya menyebabkan bayi tertidur lama dan ada kalanya boleh menyebabkan kematian.
Wallahu a'lam."

Teringat kata Dr. Muhaya, lebih kurang macam ni
"Kalau ada anak kecil yang meninggal dunia, ibu bapa lebih harus rasa gembira sebab salah seorang anak dah tentu ke syurga & dia sedang menunggu kita"

Walau macam mana pun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Al-Fatihah.

#p/s soalan & jawapan antara sarah & dr. zubaidi bukan copy paste dari fb dr zubaidi, tapi dari inbox sarah. jadi rasanya tak salah untuk share semula dekat sini.

4 comments:

  1. ya Allah.sedihnye.. huhu.. mesti sebak kan.. hope kwn sarah tu tabah.. in law tqah cite budak 8 hari meninggal ms menyusu.. ibu die xsedar..umi yag mndikan jenazah.. huhu.. muda skit dr rayyan..

    ReplyDelete
  2. hmmm elakkan ubat.rara mmg elakkan bg anak ubat.bahaya.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Sarah, Me pun tumpang kedukaan itu.. moga ibu bapa bayi tersebut kuat hadapi ujian Allah swt.

    Mmg time baby lah kite kene jaga mereka betul2... tapi kalo dah sampai masanya.. tiada siapa dpt menghalang kuasaNya.. Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. bila dengar berita2 mcm ni la yg buat mak-mak mcm kita ni jadi overprotective. Kadang2 bila tak risau, sedar2 anak dah meninggal. kalau risau lebih2 sgt nanti org kata kita paranoid.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas