Tuesday 26 March 2013

Tips Bersalin

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Nak share tips bersalin. Kopipes dari FB je.
Patutnya lepas bersalin baru share experience kan. Baru betul cara nya.
Share ni sebabnya, malas nak baca lagi tips panjang- panjang ni.
Baca pun lupa balik kang.
Nanti dah dekat due baru boleh tengok balik:)


Tips:

1) Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang. Macam mana baby nak keluar?  

2) Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya dapat membuka kelengkang anda. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3) Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4) Apabila meneran angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. 

5) Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6) Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.

7) Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.

8) Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9) Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.

10) Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

**Haa, okeh ni klaka.

12 comments:

  1. sblm bersalin byk kena membaca dn belajar kan :))
    saila pun bc benda ni dekat FB :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak2 kite yg first time masuk labour room tu.

      Delete
  2. dr.totin punya tips..
    mmg kelakar habis... haha

    ReplyDelete
  3. hrp2 ms nk banak tu igtla sme mnde ni kn? amin

    ReplyDelete
  4. thanks 4 sharing.. tp yg last tu sumpah kelakar, haha~

    ReplyDelete
  5. fuh.. bila baca rasa nak terberanak sudah..hehe takut pulak.. hahaha moga2 ingat la bila bersalin nanti...ngeee

    ReplyDelete
  6. 1st tyme baca ni di fesbuk..rasa klaka tp btol la ape point2 dia tu...ngihikss..^_^

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas