Thursday, 7 March 2013

Review : Baju Nikah.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Since lepas kahwin ari tu, Sarah terus tinggalkan blog ni macam tu aje.
Sikit pun tak review apa pun pasal wedding.

Sarah perasan ramai jugak yang tanya,
"kat mana Sarah anta buat baju?"
"apa nama kedai Sarah anta baju nikah tu?"

Jadi, rasa macam teruk plak kalau tak share pape kan.


Throwback moment 31 Aug 2012.

Nikah attire

Design asal untuk baju nikah boleh refer kat entry ni.
Adik Sarah yang suggestkan kedai sebabnya kawan dia pernah anta alter baju kat sini.
Hasilnya, kemas, selesa untuk dipakai. Puas hati lah.

So, Sarah cuba nasib anta kat sini.
Amin Tailor, D. Designer.
Kedai terletak kat Seksyen 18, Shah Alam.
Dekat dengan Giant Seksyen 18.
Atas kedai gambar Foto Zoom, berhadapan Bank Islam.
Kalau nak no phone, boleh tanya Sarah personal ye.

Ada sikit kecewa dengan hasilnya. Boleh baca kat entry ni.
Dan yang tak pernah cerita lagi, panjang tangan dengan sengaja dibuat lebih panjang.
Tanpa pengetahuan Sarah ye.
Katanya nak ambik mood akad nikah.
Jadi lebih sopan.
Akibatnya macam 'menggelebeh' sikit.
Masa pakai nikah ari tu, tak perasan pun yang lengan baju ni panjang.
Dapat cover.

Overall, Sarah puas hati dengan hasil baju nikah ni.
Bukan senang nak potong dengan teliti setiap beads yang ada kat kain chiffon tu, then patch kat bahagian leher dan bahu.
Sarah suka part kain. Tak tau apa nama fesyen ni.
Potongan macam pict kain bawah ni.
Bahagian depan, sambungan nya dibuat ada kedutan sikit tapi bahagian belakang sambungannya straight je.
Jadinya, kain tak la sempit bila nak berjalan.

Keseluruhan bahagian baju


Bahagian depan kain.

Bahagian belakang kain.


Sarah nak bagi few tips nak deal dengan Amin Tailor ni (sarah panggil pak cik amin je):

- kalau dah ada design sendiri cuba bawak dengan pak cik amin dulu, boeh consult dengan dia kain jenis apa yang sesuai untuk design tersebut.
- kalau dah ada kain, bawa je kain terus, pak cik amin akan terus consult design yang macam mana yang sesuai dengan kain tersebut. kalau tak jadi nak anta dengan dia pun, pak cik amin still ok. dia bagi free je design yang dia buat tu.
- kalau dah setuju nak anta kat dia, cara pak cik amin tetapkan harga, dia akan tengok pada jenis kain & design. then pak cik amin akan letakkan range harga untuk baju tu. So, kita akan choose nak letak berapa within the price range. hasil kerja pak cik amin based price yang kita letakkan tadi.
- katakan tarikh nikah pada bulan jun, jangan bagitau dia. cakap je kita nak bulan april ke. sebabnya, pak cik amin akan buat baju ikut customer dia mana yang nak guna lebih awal. walaupun kita dah anta lagi awal.

Try nak pakai balik baju ni. Hoho, tak lepas dah nak pakai esp kat bahagian vontot itu.hehe
Kalau buka untuk sewa, agak- agak ada yang nak sewa tak?

5 comments:

  1. amboi pas kawin busy sangat ye dear sampai dah nak ade baby baru sempat update review :) cantik la kain dia.. dija rase dija punye baju nikah pun dah tak muat dah, malas nak try..hehe

    ReplyDelete
  2. Cntik bj...tp nk beada tu mmg kena teliti klau nk jahit kan....

    ReplyDelete
  3. betol3
    kadang2 ngn org yg deal2 byk2 ni..
    xleh nak jujur sgt ckp "xpe,kita nak guna lmbt"..
    melaenkan kita tau org tu boleh siap on time.. huhu

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas