Wednesday, 13 March 2013

Meow Meow Si Kucing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kredit: stuffpoint



Comel kan kucing- kucing tu.
Kalau dah dijaga molek- molek, kucing kampung pun chomel gak kan.

Dulu, Sarah pernah tinggal ngan makcik yang ada kucing.
Kucing terbiar je.
Dia ambik, jaga, bagi makan minum.
Kalau tengah rest- rest, tiba si meow ni datang, tengok gelagat dia memang melucukan.
Memang terbahak- bahak ketawa. Lucu sangat. Boleh hilang penat. Hilang stress.

TAPI...
Kalau la ada yang seronok-ada-bela-tapi- tak jaga elok- elok, memang geram kan.
Boleh mencabar keimanan kalau ada kucing- kucing macam ni.

Rumah yang kitorang tinggal ni, memang selalu jadi tempat singgah kucing- kucing.
Dulu banyak gak tapi sekarang dah kurang.
Datang main-main or nak rest- rest kat depan rumah ni, kitorang tak kisah pun.
Biar aje la.

CUMA...
Kalau yang datang, berak, kencing makin lama makin geram wooo..
Pernah satu hari, time- time tengah tengok tv, nampak sekor kucing ni naik kat wall dekat ngan tingkap.
Malas nak sergah ke apa ke.
Kang kucing ni kalau terkejut, mula la terkencing.
Aisyhhh, tak sergah pun, elok je bagi vontot dia kat tingkap tu pastu kencing kat situ.
Boleh tahu kan perasaan yang menyaksikan ni.

Last week lagi la.
Awal pagi masa husband nak g kerja, bukak- bukak pintu,
"Air ape ni??Warna kuning- kuning"
Spoil mood kot.
Husband perli- perli, "ada bau awak la"
Still okay lagi, jirus air, basuh dengan ajax.
Dengan harapan dah tak datang dah.

PAGI ni...
Bukak- bukak pintu, "ape bau ni?!"
Mula- mula ingat kucing tu melepaskan kat bahagian rumput ke.
Sekali, tengok penuh poo poo tu kat garaj depan rumah.
Dekat tempat husband park moto dia.
Sori la tapi memang geram sangat.
Lagi la dengan keadaan diri macam ni, terus termuntah.
Mujur husband faham, before dia g kerja tolong basuh- basuhkan sampai hilang bau tu.

Memang rasa geram, tapi takde la nak sumpah- sumpah ke apa.
Satu, sebab ingat diri ada baby kat dalam tu. Tak elok nak sumpah- sumpah.
Lagi pun, kucing,haiwan yang tak berakal kan.
Apa la yang dia tahu. Yang dia faham.

Tapi, Sarah tahu kucing- kucing ni ada tuannya.
Bukan kucing terbiar.
Tu yang kadang rasa geram kat tuannya.
Macam tak tahu nak jaga kucing je.
Suka- suki kencing berak kat rumah orang.
Atau memang ajar,"kalau nak berak g rumah orang sebelah ye!"

Sekarang husband cakap basuh bahagian depan rumah tu ngan ajax 2- 3 kali seminggu.
Bagi hilang bau- bau kucing.
Sebab setahunya, kalau ada bau gang- gang dia, kucing ni akan datang balik.

Siapa pernah ada experience nak handle benda macam ni?
Pls, sangat perlu advice korang semua.
Atau share macam mana supaya kucing tu tak datang berak kencing semua.

7 comments:

  1. kucing..klu dah suka port tu..dia akan dtg...dtg..& dtg...huhuhu...
    klu MG mmg garang cket dgn kucing yg xreti bhsa ni...acah2 nk pkul ke...silap ari bulan mmg pkul..ala..nk mengajar je pon :D

    ReplyDelete
  2. kadang jerit2 gak nak halau kucing2 tu.huhu

    ReplyDelete
  3. bela kucing ni sonok, lg2 dapat kucing yg comel, cuma x tahan bila ada something bau yg kurg menyenangkan...tu yg x gemarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul la tu.x suka bau2 tu.

      Delete
  4. alololo tomei2 kucing tu..tapi WE ni penakut ngan kucing hehehe suka pegang2 tapi takut2 hehehe
    btw salam kenal dari WE

    http://wehmimpiindah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. haha,..siann,..nak senang beli pasir kucing,letak depan umah, nnti dia berak kt pasir tu, pastu suruh syafiq buangkan , xpyah nak sibuk2 p cuci guna ajax byk2 kali..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak pasir kang makin syok nk dtg kucing2 tu.huhu

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas