Tuesday, 5 March 2013

Nengok Rock OOO: Rimba Bara Kembali kat Ipoh

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ni alkisah last weekend. Kitorang ramai- ramai balik ke Ipoh.
Bila balik ramai baru rasa meriah sikit.

Nak nengok movie ni takde dalam plan pun.
Tapi bila adik ipar Sarah tiba cakap malam tu dia nak nengok Rock Ooo ngan member dia, kitorang dah terpengaruh dah.
Nak- nak lagi bila dia cerita je kitorang dah tak tertahan perut.

Ambik tiket ari Sabtu 9.45 malam.Angkut sekali budak- budak yang tak paham rock.
Satu baris family kitorang je.

Memang best sangat Rock Ooo ni. Sarah tak nengok pun Rock yang first ari tu.
Tapi still boleh tangkap jalan cerita Rock Ooo ni.
Starting pun dah boleh gelak sakan.

Part yang paaaling kelakar habis, masa flashback kumpulan Rimba Bara kat KL.
Masa diorang kena tinggal 2 hari kat flat. Manager diorang tak balik- balik.
Dengan duit takde, then makan maggi sebungkus share- share.

Pastu time tengah melepek takde makanan dah, tiba salah sorang tu berdiri, bersilat.
Hiyaapp---ceh mula- mula Sarah tak dapat tangkap kenapa. Ghupenya lapo sangat dah.
Selongkar- selongkar tempat makanan, tinggal bungkusan maggi kosong je.
Then, tergolek kentang sebijik. Pastu dengan muka dah macam hape, tunggu kentang rebus tu masak.

Part ni memang gelak habis. Tak boleh nak tahan dah,tapi sambil tu pegang perut je.
Aduh, kesian kat anak. Mak nye tak sedar diri.

Overall, memang best giler ah. Thumbs up untuk Mamat Khalid.
Untuk orang Ipoh lagi la syok bile nengok cite ni.
Banyak tempat yang dah jadi sejarah tapi abang Mamat Khalid ni cuba naikkan macam Bazar Bulat & pasaraya Super Kinta.
Cuma background music kuat sangat. Kesian lagi kat anak. Huhu.

Baca sinopsis Rock Ooo: Rimba Bara Kembali kat blog ni dan blog ni.
Boleh la ramai- ramai penuhkan panggung ye weekend ni.

6 comments:

  1. hahaha i baca review ni pun i dh gelak2 dh. sumpah part sofi jikan bersilat lapar tu epic!

    overall rock oo memang terbaik la dr rock 1. i nk repeat tgk ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, tp sarah tak boleh compare dgn rock 1.huhu, tak tengok.

      Delete
    2. sgt2 besh crite tuh... nk tgk sekali agy.....

      Delete
  2. ramai ckp best...adu,xsabar nk g tgk...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, Sarah skrg sdg uwek2 ke? Kakzana kekadang tak jumpa blog Sarah, ramai sgt follow.
    Shafiq ok? bila korang nak dtg Sabah? sampai dah jd mcm ni pun korang tak muncul2.
    Rock ooo ni mmg best (belum tgk lagi) suka lakonan Que Haidar.

    ReplyDelete
  4. sy dh tgk rock OO! 3x...tapi cm rase nk tengok lagi.hehehe..

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas