Salam sejahtera..
Waktu Sarah karang entry ni, sebenarnya Sarah baru je sampai JB dari Shah Alam.
Hari Khamis lepas dapat sms dari yang design baju nikah Sarah.
"Adik, baju adik dah siap"
Wah, dengan semangat esok nya ( Jumaat), terus shoot dengan bas ke Shah Alam.
Sabtu petang baru ambik baju.
First tengok hasil, saya suka.
Tapi bila ingat- ingat balik design as per perjanjian, ada yang kurang.
Siapa yang terbaca dekat sini, mesti boleh gambarkan baju tu akan jadi macam mana.
First, Sarah dah sedia maklum yang kedutan dekat bahagian bawah baju tak dapat nak buat.
Sebab kain ni jenis chiffon beaded, heavy plak tu.
Kalau buat jugak maybe akan rosak kain.
And now, baju tu dah takde patch bead dekat bahu, pinggang and dada seperti yang dirancang.
Kata nya beads tu tak cukup untuk buat.
Pasrah aje la.
Tapi tak tahu la kenapa bila masa nak bayar, mulut ni rasa berat sangat nak minta kurang.
Selalu memang expert bab macam ni.
Yelah, kita bayar based on their effort untuk gunting-gunting dan tampal-tampal manik tu.
Tapi tak dapat yang macam tu.
Lepas tu plak, sayang-sayangku Kyna and Apai kata baju warna ni busuk!
Down, tapi cakap balik memang nak cari light purple pun.
But I dont mind with them. Dah rasa macam adik-beradik.
Bila tengok dan tenung baju ni tersangkut,
terdetik kat hati.
"Sekarang dah kisah orang nak cakap apa.
Ini baju yang aku akan pakai waktu nikah.
Yup, 'Ini baju nikah aku' "
"Baju nikah"...Bawa maksud yang sangat-sangat mendalam.
Cerita pada en. tunang,
dia senyum aje.
"Baju tu cantik sebenarnya"
Terus berbunga rasa hati.
4 months, 1 week and 1day to go :)
Sorry, long entry . Terima kasih sudi membaca.
ini memang kejadian yang selalu untuk kita bersedia untuk hadapi sarah..:)
ReplyDeletetakpe...mgkin ini yang terbaik utk sarah kan..:)
cuba untuk positif..hehe
Betul sarah. baju nikah tu membawa sejuta makna dalam hidup kita.Kalau Sarah rasa ok, cantik, jangan pedulikan lagi apa org cakap. yg penting kita selsa dan rasa yakin nak pakai. cantik apa warna baju tu =)
ReplyDeleteTakpe dear.
ReplyDeleteMesti dah pakai nanti cantik.
nisa :yup, memang kena always prepare any changes kan. mana boleh nak mengharap yang x nampak dengan reality. sarah dah positive n always positve dgn nie.
ReplyDeletediyana: tak sabar juga tgk kamu in ur baju nikah. DIY lagi tu.
imah: thanx imah. tiba bila tgk baju tu dalam2, rasa sebak plak.hehe.sgt bermakna.
ika: thanx ika. hope macam tu lah. dah redha apa yang jadi.
btl kata imah..as long as u love it dh ok..lain orang lain citarasa..from d teaser yg u tnjk tu dh lawa dh..im sure d full outcome lg cantik..
ReplyDeletejgn sedih taw sarah..bila dah dipakai nanti konfem akan cantik :))
ReplyDeletejgn down2 ok :)
tunang dh kate cantik...ok la tu...ecah lg la xde baju nikah pon...amek ngn wedding planner jek...hehe
ReplyDelete4m 1w 1d, sama!!! nikah baper Hb?
ReplyDeletemujur x bridezilla, klau qiela...isk.
ReplyDeleteDalila: thanx dear.hope mcm tu la kan.
ReplyDeleteiekah: dah tak down sekarang ni.positive je.
ecah: senang jugak kan ambik dgn wedding planner.xyah la nk pk2 nak hantar mana, nak cari veil plak.hehe
Zimie: Thanx dear. eh, sm ke tarikh nye?
Qiela: Jumaat 31 ogos.time orng merdeka kita sibuk nak bernikah.hehe
cool sarah
ReplyDeleteinsyaALLAH cantek la jd nye bile kene kt badan tuan nye nnt. kire seri wajah akan naikkan seri baju ni. ni mmg kejadian biase.maka redha la anda.:)
thanx didi.
ReplyDeleteredha dah ni pun. biasa la tu kan. mana boleh expect tinggi2 pun. pape pun memang positive dgn apa yang jadi nie.
Hi Sarah! :)
ReplyDeletecantik je warna baju tu.. huhu.
ala, nnt pakai masa nikah sure cantik juga jadinya.. dont worry k :)