Tuesday 19 March 2013

GDM - Gestasi Diabetes Mellitus: Result Selepas MGTT.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ari tu kan Sarah pernah share pengalaman minum air gula. (Test tu nama nya MGTT)
Huh, ngeri.
Tapi bila dapat result lagi ngeri okeh!

Result dari test MGTT, Sarah berisiko GDM.
Apa tu GDM?
Dalam Bahasa Melayu nya - Diebetes ketika hamil.
Paras gula lepas test tu (lepas minum 75g glukose) naik sampai 10.4 mmol/l.
Suppose up to 7.8 aje bak kate nurse tu.
Sedih! Suspect kencing manis.

Semalam kena la ceramah sikit dengan nurse. Kena control diet lepas ni.
Semua bad habit, semua fav kena tinggalkan buat sementara waktu ni.
Atau lebih baik FOREVER!!

Semalam juga kena ambik darah lagi.
Test HBA1C- untuk test kandungan gula 3 bulan lepas.
Belum tahu result lagi.

Lepas ni, kena buat BSP (Blood Sugar Profile).
Setiap 2 minggu sekali, kena ambik darah 4x sehari.
Start pukul 12mlm kena puasa, pukul 8 pagi ambik darah. Lepas tu makan sikit, 2 jam lepas ambik darah lagi. Last kena makan lepas tu pukul 12 sebab pukul 2 ambik darah lagi.
Petang last makan pukul 6, ambik darah pukul 8mlm.

Down, ralat. Yup, tu la yang Sarah rasa bila tahu.
BSP test ni kena buat sampai tempoh bersalin.
Baru 26thn, kandungan pun baru 22minggu.
Tu yang sedih. Disebabkan silap diri sendiri.

Bila husband balik, kitorang sama- sama check apa effect GDM.
Effect pada ibu & baby.
Tertumpah air mata.
Insaf!
Sebab mula ingat effect pada diri sahaja.
Tapi Sarah macam lupa plak, apa yang kita makan akan diserap pada baby jugak.
Bila baca effect pada baby, bertambah- tambah ralat & sedih.

Next entry will share apa kesan GDM ni.
Hari ni belum ada kekuatan nak tulis lagi.
Ngeh ngeh. Ngade.
Hmm, act boleh baca kat blog lain effect GDM.

Saje nak tepek stok dalam fridge kitorang.
Mana tak nya kan...

Pagi ni start diet dengan oat & segelas Anmum.




15 comments:

  1. aritu sy lepas minum air gula, result ok.. then sebulan pastu, berat bdn naik mendadak, doctor bg tempoh lg sebulan je, kalau keep naik je, kene repeat test minum air gula ni.. siap suruh tukar susu sbb sblm ni sy amek anmum, doctor kata anmum punca badan sy naik.. lepas dah tukar susu, alhamdulillah.. lega sgt takyah repeat test air gula tu, ngeri, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurse kt tempat sarah pun dah suruh kurangkan anmum tu.dari 4 scoop jd kan 2 scoop aje.

      Delete
  2. Chaiyok. Takpe diet demi baby.
    I pun takut ritu kena minum air gula.
    Alhamdulillah ok tp kena berjaga jugak.

    Gud luck Sarah!

    ReplyDelete
  3. ibu to be ni nak mkn yg manis2 je ye.... hehe
    jaga kesihatan ya sarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal yana.rasa nak telan aje semua nya.hehe

      Delete
  4. Ooo.... Jaga kesihatan baik2 tau.. ^_^

    ReplyDelete
  5. wahhh..banyak nye nak kene amek darah..dugaan seorang ibu...sabar jela, tp bagus jugak dari sekarang berjaga-jaga...tu tandanye kita dh kena mulakan hidup sihat dari sekarang...

    ReplyDelete
  6. Air gas paling wajib dielakkan. Jue mmg favourite air manis ms pregnant, aiskrim jgn cerita la. Tp air manis tu pun bkn kordial just jus buah je. Jg diri ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx dear.sekarang nk buat mcm tu jugak la.jus shj.

      Delete
  7. alamakk ngeri pulak dengar...hehe jaga diri baik2.. mmg sepanjang masa kita lapar tapi pastikan makanan yg berkhasiat.. air gas tu sarah minum ke..kena la elakkan pasni..minum air masak banyak2

    ReplyDelete
  8. alaaa..ye ke kne amik darah 4x setiap 2 weeks?!!OMG.kite pn baru je buat MGTT isnin lepas sbb glukosa tinggi time buat monthly check up..result next week.nevesnya..kalo lebih 7.8 after minum air gula tu kena amik darah 4x la agaknya ek..waaaa~ T.T takot!

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas