Friday 1 March 2013

Air Gula

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sarah ni jenis yang sweet tooth. Mesti nak ada benda manis dalam simpanan.
Gula- gula, kek, choc mesti nak ada. Air plak jarang nak minum air kosong.
Mesti yang bergula punya lah.

TAPI....
Air gula yang ni memang tak boleh nak masuk wooo..
Air gula kat KK tu.

Alkisah nya, masa jumpa doctor kat KK Dengkil tu doctor dah suruh minum air gula.
Dah lambat katanya.
Mulanya ingat tak perlu minum sebab takde keturunan yang ada kencing manis dan seumpamanya.
Rupanya, preggy mummy 25 tahun ke atas memang kena minum air ni.

Sekali teguk, hmmmm, boleh tahan manis. Tapi boleh lagi nak teruskan ni.
2, 3, 4 kali boleh lagi.
Pastu...
1, 2 teguk yang last, pandang belakang tengok nurse tengah busy, terus buang dalam sinki.

Pastu, terus je jalan keluar dari bangunan klinik tu.
Husband cakap dah tak boleh nak layan.
Pening, loya. Tahan dari nak keluar balik je.
Air pure glukose, tu yang loya semacam.

Bila husband dah gerak g office, masuk kereta.
Tidur..
Seriously cuba tahan dari keluar balik.
Nak kena tunggu 2 jam baru boleh balik rumah.
Sebabnya nak kena ambik darah sebelum dan selepas minum air gula tu.
Sebelum tu, kena puasa dari pukul 12 malam.

Lepas ni sekali lagi kena minum.
Ngeri, seram...


9 comments:

  1. laen org laen kan penerimaan nya...
    my sis kata dia ok je, boleh accept laa minum air gula tu.. minum smpi habis lak tu...
    xtau laa saya cmne kalau dh pregnant nnti.. gerun jugak~

    ReplyDelete
  2. mungkin kot.sarah pulak mula2 tahu kena minum dah rasa gerun sbb asyik dgr cerita tak best je.mindset tu.masa kat klinik fikir yang baik2 gak.tp lepas minum tu yg tak boleh nak tahan.

    ReplyDelete
  3. mm..tqah xkene lg..hope xkene la.. haha..smlm cek berat naik..fuyooo..bykkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa tqah naik? sarah sekarang seminggu 0.5kg.sekarang la.next month tak tau la mcm mana.huhu

      Delete
  4. Replies
    1. haha, zaman dulu2 takde pun nak kena minum.sekarang je mcm2.huhu

      Delete
  5. takut, so far saya takde kena minum air gula lagi.. mintak2 tak kena minum..

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas