Thursday, 14 November 2013

Muhammad Zharif : Pagi Ceria Malam Sendu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Minggu ni agak mencabar jugak bagi Sarah.
Bila hantar Zharif kat kak ita, elok je dia gelak- gelak.
Petang bila ambil pun still okay.
Nyanyi- nyanyi suara katak on the way nak sampai rumah pun dia still boleh terima.
Rengek sikit-sikit ja.

Tapi bila dah sampai, letak je kat bawah dah rengek banyak.
Lari sikit je dari dia, makin banyak lagi rengek.
Nak angkat baju je pun.

Malam tadi, buat hati keras.
Pergi jugak settlekan basuh baju.
Tiarapkan dia sebelum tu, nangis makin kuat.
Sekali angkat....Punya laaa kuat.
Tak pernah rasanya--atau sangat-sangat jarang dia menangis macam tu.

Puas pujuk-pujuk baru senyap sikit.
Bila dah start macam tu, dengan siapa hatta ayah dia pun dia taknak dah.
Nak melekap kat mak nya ja.

Kerenah makin banyak kan.
Sabar aje la.

Hari Selasa lepas, masa nak ambil Zharif,
'hari ni 3x Zharif poo-poo. tapi semua hijau-hijau'--kak ita bagitau.

Dah sudah nape pulak anak ni.
Malam pun sama.
Sampai ke pagi 4x poo-poo semua warna hijau.
Macam hijau lumut pucat sikit.
Tapi darah takde. Zharif pun aktif macam biasa.

Bawak jugak la klinik.
Doc kate maybe ada lil infection.
Dia pun dah asyik meniarap. mungkin termakan habuk dsb..
Kata doc la macam tu.

Masa tengah tunggu turn, saje borak dengan makcik sebelah.
Dia kata baby berak hijau tanda dia terkejut.
Berubah suasana.
Ntah la, kat mana yang berubahnya.
Dia duk kat rumah ja pun.
Tapi taktau la weekend ayah ada, pastu terkejut ayah takde.
haaa, ayah jugak yang salah.

Kak ita kata pulak, biasa la baby kadang poo-poo dia warna hijau..
4-5 hari nanti okay la balik. Tapi pagi ni dah warna kuning macam biasa.
Kak ita kata, ni tanda nak pandai sesuatu..
Last week dah tiarap telentang.Lepas ni nak apa pulak ye sayang Zharif?
Duduk?Merangkak?Ke berlari..
Heee, semoga Zharif anak cerdik soleh membesar dengan sihat.

kuku Zharif pendek tapi tajam walaupun dah asah.kepala banyak dah luka.tu yang tidur malam pakai lagi sarung tangan.

11 comments:

  1. muka ceria jek...hehe..baru nak membesar mesti pandai mcm2 ni.... (^_^)

    ReplyDelete
  2. nasib dye x geget sarung tangan tu.princess pon sama mcm tu.kuku pendek tp tajam.

    ReplyDelete
  3. amboi b'lari.. over ibu ni tau...
    dia nak angkat bontot laa pulak pasni.. senang nk gerak pg kat ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, makin kelam kabut la ibu mcm tu.diyana dah berapa bulan?ala, rindu nak bc cerita yana.

      Delete
    2. hehe xde citer pape sgt pun... baru 8 bulan lebih... harap2 dia keluar bulan depan.. inshaaAllah.. eksaited, xsabar campur cuak...

      Delete
    3. cepat je dah 8 bulan.tak sabar kan rasa nak gomol2 je.semoga dipermudahkan tau.

      Delete
    4. tu laa.. cepat je masa b'lalu
      inshaaAllah, sarah doakan yana sama eh.. maceh~

      Delete
    5. ye,amin2.banyakkan baca pasal2 nak deliver ni.esp kat LR nanti nak teran mcm mn.hehe, atleast nnt tak tersalah teran.

      Delete
  4. hoho..rayyan pon byk main dah skrg.. da pandai tgk org makan..mummynye malas nk update belog blehh

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas