Friday 25 May 2012

Tips Elakkan Kesempitan Rezeki

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pernah dulu Sarah share amalan yang sesuai sebagai persediaan pengantin.Disini ya.
Salah satunya ialah amalan membaca surah al-Waqiah setiap malam.

Antara kelebihan surah al-Waqiah:

1) Sebagai tanda peringatan.

2) Terhindar dari kemiskinan

Dari Abi Dhibah berkata : " Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Usman Ibnu Affan ra, beliau bertanya, apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu  sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab doktor lebih sakit daripada saya."


Usman berkata: :Addakah kamu perlukan kepada wang?"


Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat padanya."


Usman berkata :" Ini untuk anak-anak perempuaan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab, adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kan mereka membaca surah al-Waqiah tiap- tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasullulah SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah al-Waqiah tidak akan miskin selama nya."

Oleh itu, sesiapa yang berada di dalam kesempitan rezeki, bacalah surah al-Waqiah bagi menolak kefakiran dan memudahkan datang nya rezeki. Berdoalah pada Allah. Sesungguhya Allah Maha Mengetahui, Maha Pemberi Rezeki. Selain itu, amalan rohani juga perlu di mantapkan dengan membaca al-Quran dan perbanyakkan berzikir.

Terutamanya bagi bakal2 pengantin tentulah memerlukan banyak wang bagi menguruskan urusan perkahwinan. Kadang sampai masa nya, kita akan rasa duit seperti tidak mencukupi. Minta la pada Allah untuk mempermudahkan segala nya.



InsyaAllah :)




Sumber :

  • Fadhilat Amalan-amalan surah utama, terbitan Al- Falah.
  • melurhasanah


5 comments:

  1. sesuai benor la tips ni utk zimie.tq sharing sarah! :)

    ReplyDelete
  2. Tima kaseh for sharing :) :)

    ReplyDelete
  3. Tq Sarah for this entry. sangat2 berguna untuk semua =)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.rezeki datang dari Allah :)

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas