Wednesday 9 May 2012

Pesta Konvo UTM= Baju Pengapit

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni, 9 May bersamaan dengan hari terakhir pesta konvo UTM.
Pesta konvo bermula pada 4 May yang lepas.
Hari Isnin dah jalan2 tapi konon tak nak beli pape.
Nak saving lebih la konon nya.

Tapi malam ni, malam last banyak la pulak jualan murah.
Nafsu shopping membuak-buak jadi nya.
Tudung murah. Baju pun murah.
Memang tak tahan jugak godaan.

Tapi yang bestnya, sempat usha kat satu gerai ni.
Kain ela cotton kat situ cantik pulak rasa nya.
Kenyit2 mata dengan 'penggerai' kat situ, dapat la best value untuk kain itu.
Haa,daku memang menggunakan bakat semulajadi tawar menawar ni.
Tak boleh reveal price.
Sebab kain yang di beli tu kain untuk baju pengapit.
Kang dia baca blog kantoi la.
Hehe..
Cantik tak baju bawah ni?
Cakap cantik tau..

Baju untuk cik Kyna warna merah

Yang lain2 sempat borong tudung bawal yang banyak tone nie.
Satu sepuluh ringgit.
Macam ringan je nak bagi duit merah kat orang jual tu kan.


Dah, janji pasni dah tak nak shopping dah!
Selagi boleh tahan nafsu:P


10 comments:

  1. haha
    sure je xnak shopping dah... (^_^)
    xpe byk2 brg, dh xnak pakai boleh sedekah kat org kan....
    pahala dapat,insya-Allah

    ReplyDelete
  2. cntik la...menarik gak corak bj tu...ala2 sulam kan....tu la pasal....cik mah pun br bl tudung bwl jg...snng kan melayang diut merah tu..hahahha

    ReplyDelete
  3. Diyana : mcm harapan je kan taknak shopping dah. tula, bagus bagi sedekah.tapi nya, kalau mcm dah tak cantik mcm x seronok jugak nk bg kat orang.

    Rahmah: kalau dah nama nya perempuan kan.asal nampak cantik je mesti nak beli kan. lepas tu baru nak igt duit2 yang terbang tu.hehe

    ReplyDelete
  4. pompuan bese ckp je x nak soping..jap g rmbang mate, soping g..betui dak?hehehe

    ReplyDelete
  5. yaaa.betul sgt tu kan.pantang nampak sale, laju je.

    ReplyDelete
  6. sarah jaga laa supaya cantik2... (^_^)
    klu xcntik dah kite buat kain buruk je... xyah susah2 nak beli nnti

    ReplyDelete
  7. diyana: ye.of coz bagi cantik.membe jugak yg tlg cus kan kain ni:)

    ReplyDelete
  8. pesta konvo mmg best!tmbh2 lg kalo gi last day...mmg selok la mntk murah..haha...denga kate ade mawi mlm td ye?

    ReplyDelete
  9. ecah: ada kot mawi.hehe, dgr dy nyanyi2 dari bilik je.kat sana xde la nk p tgk konsert tu.tgk baju je.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas