Friday 4 May 2012

Tawan Hati Ibu Mentua

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sesungguhnya perkahwinan adalah suatu yang indah.
Antaranya, sebelum berkahwin kita hanya ada seorang ibu.
Selepas berkahwin, secara automatik kita mempunyai dua orang ibu.
Kedua yang patut dihormati dan disayangi

4 tips menawan hati ibu mentua

1) Sayangi ibu mentua seperti menyayangi ibu sendiri

  • Dengan bermanis muka, bertegur sapa dengan cara yang lunak, berlemah-lembut.
  • Sentiasa mendoakan kebaikan kerana yang menjinakkan hati manusia ialah Allah SWT
2) Bijak berkomunikasi
  • Bijak berkomunikasi dengan cara berminat terhadap perkara yang digemarinya.
  • Menjadi pendengar setia kepada permasalahannya.
  • Menjadi penasihat yang terbaik
3) Memberi
  • Tidak berkira untuk memberi sesuatu kepada ibu mentua samada wang atau hadiah.
  • Pemberian walaupun sedikit tetapi dengan penuh keikhlasan,
4) Beri masa yang ekslusif kepada ibu mentua
  • Beri masa kepadanya untuk dia bersama dengan anak lelaki nya(suami)
  • Ini supaya, ibu mentua tidak merasakan kita adalah pesaing bagi nya dalam menakluk perhatian suami.


Perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa
Anis Mei 2012.

2 comments:

  1. thanks for sharing dear =)

    ReplyDelete
  2. welcome FY, tapi kadang tulisan sgt mudah nak banding dengan perbuatan.insyaAllah mencuba sebaik mungkin:)

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas