Thursday 19 September 2013

Self Reminder: KepadaNya Kita Kembali

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baru-baru ni masa tengah browse news feed FB, terperasan status sorang member.
'Apa cerita dengan sahabat kita xxx'
Dalam hati, 'kenapa dengan xxx'.
Bila baca komen 'Allahuakbar, xxx accident & meninggal'.

Rasa tergamam kejap. Rasa tak percaya.
Sebenarnya macam tu lah perasaan tiap kali dapat berita ada kawan yang meninggal.
Terkejut, sedekahkan alfatihah.

Lepas tu semua kenangan dengan arwah mula datang.
Walaupun tak rapat tapi bila namanya kawan mesti tetap ada yang dikenangkan.

Usia yang muda, badan yang sihat langsung tak menjamin boleh hidup sampai ke tua.
Bila Allah dah tetapkan, saat itu pasti datang.
Walau macam mana cara sekali.
Yang akan menjadi penyebab nya.

Teringat arwah opah, saat hidupnya dia cukup risau macam mana nanti bila nyawanya ditarik.
Bila tiba masa nya tu, rasa cukup senang.
Semasa masih di atas tikar sembahyang. Masih lagi dalam keadaan berwudu' (insyaAllah), tak menyusahkan anak cucu.
Sangat tenang, dia pergi seakan orang tengah tidur.

Masa kita? Wallahu'alam.
Semoga kita diberi rezeki yang baik bila tiba saat itu.

Alfatihah buat arwah ketiga-tiga arwah atok, arwah nenek &opah, pejuang islam, saudara mara seislam yang telah dahulu pergi menghadap Illahi.

No comments:

Post a Comment

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas