Thursday, 5 September 2013

Happy 2months Old Muhammad Zharif

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni dah 5 September. Dah 2 bulan dah si kecil Muhammad Zharif ni.
Cepat je rasa nya.

Sekarang dah bertambah kepandaiannya.
Dulu-dulu pandai senyum je.
Masuk umur dia hari ke 61,masa tu bangun pagi nak mandi kan, aii bukan takat senyum, dah pandai borak-borak dah.
Aisyy, makin geram je bila layan Zharif borak.
Walaupun bahasa ayam itik, tapi seronok je.

Sejak dah balik kajang, Zharif macam dah mula ada timetable sendiri.
Bangun pagi dalam 5.30 o 6, lepas susu tengok la.kadang tidur balik kadang tak jugak.
Mandi dalam 8.30 o 9, kalau lambat mesti dia dah rimas.
Pastu mula tak duduk diam.
Merengek aje.
Pas mandi tidur balik.

Petang pukul 5 selalu dah prepare nak mandi kan semula.
Sebab Zharif ni kadang-kadang lepas mandi mesti nak nangis.
Kalau lewat sangat, nanti nangis dah petang-petang sangat,tak suka la.
Dah la ayah selalu lewat sikit sampai rumah.

Malam, pukul 8.30 macam tu dia dah prepare untuk tidur.
Mesti dah layu-layu.kalau konon macam lupa masa tidur dia,siap rr tak boleh duduk diam.
Baby kan, kerja nya susu,tidur,nangis. Huhuu
Cuma sekarang dah boleh tambah boleh ajak main- main.

Sikit-sikit dia dah ada jadual senang r sikit nak buat kerja.
Walaupun belum betul-betul terjadi. Kadang lari jugak. Hee
Yang penting, niat nak ajar kan Zharif tidur malam berjaga siang mungkin boleh dapat hasil.
Sekarang pun malam senang jugak dah tidur.
Bangun 2 jam minta susu tu adat la.
Tak bangun ibu yang pelik karang.

Cuma masalah selalu kembung perut belum betul settle.
Memang la bila kembung boleh bagi gripe water.
Tapi mak pun tak galakkan nak depend selalu pada gripe water.
Takkan la ibu nak kena mood pantang lagi.
Makan sawi ngan ikan je nak oii.
Sensitip betul perut tu.
Agak-agak sampai baby umur berapa ea dia dah tak kembung?

Esok, monthly check up + cucuk 2 bulan.
Yeayyy.

6 comments:

  1. cepat je kan masa b'lalu..
    tgok2 besok dh merangkak b'jalan dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.ms tu nnt mesti rindu2 ms kecik2 ni tp ms kecik ni selalu wish cpt besar.hee

      Delete
  2. tahniah sarah..finally,ada babyyyyy :D comel zharif :)

    ReplyDelete
  3. comel baby zharif. baby aisyah pun macam baby zharif. kalo dah time dia nak mandi, susu, ataupun tukar pampers mesti berbunyi.....

    ReplyDelete
  4. tu la.mak sarah selalu igt kn kne byk bersabar.hee

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas