Salam sejahtera..
Ni cerita hari Ahad lepas, masa otw nak balik ke Kajang dari Ipoh.
Dalam pukul 8 macam tu kitorang start gerak balik.
Bila dah makin malam, Sarah dah tak dapat tahan mata.
Tertidur jawabnya.
Tiba-tiba dengar bunyi yang kuat dari luar.
Terus segar mata ni.
Husband terus bagi double signal & stop kat emergency lane.
Masa dia tengah drive, tiba rasa kereta dah membawa ke kanan.
Betulkan stereng, tetap kereta ke kanan juga.
Mujur husband cepat bawa kereta ke tepi.
Tengok-tengok tayar depan sebelah driver dah pecah.
Husband call Plus peronda sebab sangat bahaya untuk tukar sendiri tayar masa tu.
Lori yang kita rasa slow pun sangat laju rupanya bila kita stop kat tepi.
Please ye kawan-kawan. Pls save no ni 1-800-88-0000.
Sangat-sangat penting bila terjadi benda-benda macam ni.
Kami call 11.57pm. Plus peronda yang efficient sampai 12.13am.
Dalam 15minit macam tu tunggu. (Even 15 min Sarah rasakan terlalu lama).
Masa call, Plus akan tanya lokasi kita dekat km berapa dan no pendaftaran kereta.
Bila diorang sampai, terus diorang alihkan triangle reflector yang husband dah letak awal-awal tu.
Terus ambilkan tayar spare, dan terus tukarkan tayar kereta kami.
Sangat salute, plus peronda sangat efficient buat kerja.
Tak sampai 10minit dah settle kerja.
Siap tolong husband masukkan semula barang-barang dalam boot kereta.
Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Abang-abang Plus peronda yang efficient
Dah siap tukar dah. Alhamdulillah
Ni la rupanya tayar yang pecah tu
Ingatan bersama jika hal macam ni terjadi:
- Terus bagi double signal dan drive kereta ke emergency lane.
- Pls keluar dari kereta. Amatlah bahaya bila kita duduk dalam kereta.
- Pls stay jauh beberapa meter dari hadapan kereta.
- Call Plus emergency line 1-800-88-0000. Amat bahaya jika kita cuba tukar tayar sendiri terutamanya di tengah malam.
- Dan sebagai muslim, kita tahu Allah sebaik-baik penolong. Banyakkan berdoa.
Btw, masa tunggu Plus peronda sampai, ada satu kereta stop.
Dalam tu ada budak-budak muda, diorang nak tolong tukarkan tayar.
Cuma husband berkeras sebab dia lagi utamakan safety.
Tak mahu juga, nanti ada orang nak tolong tapi hal lain pula yang terjadi.
thanks for sharing..
ReplyDeletesaila pun pernah jgk lalui pengalaman tayar pecah..ms tu nak g kedah konvo saila..ayah drive dari pukul 2ptg mcm tu pukul 8mlm tayar pecah dekat dgn exit Gurun..haiyooo..maybe panas sgt plus ayah bawak laju kot..huhuhu..org Plus mmg cpt sampai,bgs diorg bt keja..tp sblm org Plus dtg, mcm2 org dtg nak tlg.. org towing kalau xslh.. diorg kan dpt duit kalau ada excited ke, kereta rosak ke.. huhu! ibu saila takut giler.. hehe :D
ReplyDeleteterima kasih share pengalaman
ReplyDeletebetol2...nowadays niat org kita xleh nak agak kan...so bila dah ade saluran yg betul boleh guna, tambahan lagi free pulak tu...guna la...yg penting kena sentiasa bersedia..mende mcm ni blh jadi kt sape2 pon...
ReplyDeletebile kite berhenti tepi jalan, lori jalan sebelah, duduk dalam kerete pun, kerete bergoyang...
ReplyDeleteMintk dijauhkn pech tyr ni. Huhu
ReplyDeletehuaaaa kalo rara ntah cm ne lah jadinya.hahaha
ReplyDelete