Wednesday 10 April 2013

Serindu Taj Mahal

Assalamualaikum
Salam sejahtera...

Siapa tengok drama TV3 malam tadi?
Drama Serindu Taj Mahal, lakonan Wawa Zainal, Adi Putra ngan Shah Jaszle.



Alkisah tertengok drama ni sebab frust tak dapat tengok drama Kerana Lelaki Itu kat tv9.
Sebab ada bola.
Rumah ni takde astro, jadi boleh tengok siaran yang basic tu ajela.
Kadang tu macam penuh semut kat tv ni pun ada. Susah nak dapat yang clear.
Hehe, takpe la. Dari takde tv kira ok la apa yang ada ni.

Jadinya, tertukar kat tv3. Macam menarik aje nak tengok terus.

Aishah (Wawa Zainal ) mulanya, walaupun dia tak cinta pada Adam (Shah Jaszle), tapi dia tetap terima lamaran Adam. Atas alasan Adam anak pada bos tempat dia bekerja. Mak Aishah pun dah teringin nak berbesankan 'datuk & datin'.
Masa kat Melaka, diorang terjumpa dengan Shahrizal ( Adi Putra). Shahrizal ni kawan lama Adam & Adam pun pernah terhutang nyawa dengan Shahrizal.
Aishah pula, tiba terjatuh hati pada Shahrizal.
Masa yang sama, rupanya Shahrizal pun jatuh hati pada Aishah.

Pada hari pernikahan Aishah & Adam, Aishah melarikan diri kerana cinta nya pada Shahrizal.
Dan, kerana janji pada Shahrizal, Adam sanggup melepaskan Aishah pada Shahrizal.

Dan, mereka berkahwin.
Ketika Aishah mengandung 4 bulan, Shahrizal disahkan menghidap leukimia tahap 4.
Jodoh mereka tidak panjang, Aishah diduga lagi anak yang dikandung meninggal dalam kandungan.

Okeh, masa ni sangat touching. Air mata dah berjurai- jurai.Ngee
Sensitif betul bila bab baby macam ni.

Sambung cerita..

Jadi, bermula la kehidupan Aishah yang berada dalam khayalan.
Merasakan suaminya masih ada. Baby nya masih ada.



Atas nasihat psikiatri, Adam bawa Aishah ke India untuk mengubat perasaan Aishah.
Tempat honeymoon Aishah & Shahrizal suatu ketika dulu.
Masa diorang kat satu kedai, tiba Aishah ternampak seorang lelaki persis Shahrizal.
--Deng, Sarah pun dah konon ingat si Shahrizal tu hidup semula.hakhak.
Rupanya mamat india.Cehhh. Pelanduk dua serupa.



Habis cerita, mata pun bengkak.
Huhu, touching..

Sumber pict: FB TV3Malaysia

6 comments:

  1. huda tengok malam semalam. sedih weyhhhh! tapi ending taktahan adi putra cakap hindi ahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ending mmg tak tahan.saje atlast buat kite gelak.hee

      Delete
  2. Samalah keadaan kita. uma tade astro, pastu nak tgk cter tv9 tu. kitaaa pun tengok salam taj mahal! sedih kann. letakkan diri kita kat tempat Aishah tu. *ehem nama dah sama. hahaha

    Tapi pelik kan citer tu 2 jam. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. telemovie khas chacha.
      mmg sedih smpai bengkak mata.hehe

      Delete
  3. wahh baca jalan citernya macam best je ni...

    ReplyDelete
  4. eh,eh..saila pun tgk gak citer ni..tp xsampai habis..ms tgk tu agak konfius dgn drama dekat tv3 diorg gak belakon kan? hihi..rugi pulak x tggu sampai habis kalau x boleh tgk adi putra ckp hindi eh? hehe..

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas