Thursday, 25 April 2013

Angan..Harapan Untuk Menjadi Realiti

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Saya berangan hari ni bila suami balik dari kerja, dia akan berkata :

"Sayang, saya sayang kamu kerana Allah. Segala puji bagi Allah memberi isteri sebaik dan secantik awak. Sebagai peneman di dunia dan semoga kita bersama di akhirat di syurga. Abang minta maaf kerana selama ini tidak didik kamu seperti Nabi SAW dan sahabat didik isteri mereka. 

Abang telah gagal berbuat seperti mereka. Setiap pengorbanan sayang selama ini dalam mendidik anak-anak dan melayan abang yang teruk ni. Pasti dibalasi oleh Allah dengan sebaik-baiknya.

Untuk dunia yang singkat ini, berpisah seketika dengan sayang sesuatu yang menyiksakan. Perjalanan yang jauh, tempat tidur yang sedap, makanan yang lazat kurang nikmatnya jika sayang tidak di sisi.

Tapi dunia ini satu hari pasti kita akan tinggalkan. Kita hidup nikmat ini kerana ada yang menyayangi kita lebih dari sesiapa pernah menyayangi dan mencintai kita. Iaitu Allah tuhan kita. Dia ingin kita bahagia buat selamanya dalam syurga yang tidak ada sedih lagi. Bahagia buat selamanya. Oleh itu bantulah abang dengan kita sama-sama berubah dan menjadi seperi sahabah. Masa kita tinggal sedikit. Sikit jer lagi.

Jagalah Allah. Jagalah solat awal waktu. Allah sayang wanita jaga solat awal waktu. Banyakkan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu. Jaga solat tahajud walaupun 2 rakaat kerana itulah nikmat dalam hidup ini.

Hidupkan sunnah dalam rumahtangga dan didiklah anak-anak dengan sunnah Nabi SAW. Sunnah itu cahaya. Seluruh dunia tiada nilai melainkan sunnah Nabi SAW

Hidup sederhana jika memerlukan sesuatu yang besar pastikan niatnya untuk kebaikan dan demi Islam.

Jaga aurat kerana Allah suka orang jaga aurat. Bukan soal lain tapi soal cinta Allah,

Sediakan abang dan anak-anak kita jadi Dai Allah berkorban demi agama.

Hidupkan rumah dengan amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. ia membuat rumah kita bercahaya di langit.

Wujudkan percakapan Allah, cerita Nabi, Cerita sahabat, Akhirat dalam rumahtangga kita.

Ya Allah ampunkan dosa kami kerana kesilapan kami selama ini"


-Petikan Ust Ebit Lew

Mungkin ke menjadi kenyataan angan ni.

Buat suami, harap hari ni awak baca blog ni.Ngeee.

Awak belum gagal.
Kerana kita baru nak MULA.
Perkahwinan kita masih BARU.
Baru 7bulan 3minggu.
PANJANG lagi perjalanan, masam manis untuk ditempuh bersama.
Anak juga masih dalam kandungan.
Masih ADA MASA untuk dipercantikkan dengan nilai ISLAM.
Walau tak banyak, walau sikit-sikit tapi masih boleh USAHA.

Love u till Jannah, Insya Allah.Amin.

Jangan tinggal daku.
Throwback 31/8/2012. (Asyik-asyik gambar lama kan)
Kredit pict : OP Saza Studio


5 comments:

  1. InsyaAllah sarah. one day hubby sarah akan ckp mcm tu. :)

    ReplyDelete
  2. semoga rumah tangga akak dirahmati selalu . amin :)

    ReplyDelete
  3. at least dia berkata dengan cara dia. insyaallah~

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas