Thursday 7 February 2013

Resipi Masak Lemak Cili Ikan Selar

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Minggu ni dari hari Isnin sampai Khamis, mak mertua stay ngan kitorang kat Kajang ni.
Sebab ada kursus kat ILSAS, jadi tak jauh la nak ulang- alik pun.

Bila petang kitorang akan masak sama- sama.
Sejak mama ada memang makan sedap je la, even simple.
Yela, air tangan mak kan.Mesti la sedap.

Ni semalam punya makan malam. Masak Lemak Cili Api Ikan Selar.
Resipi untuk makan tiga orang je.

Bahan- bahanya:

3 ekor ikan selar
11 biji cili kampung
    *Mula- mula Sarah letak 10, tapi mama suh bagi ganjil.Tak tau kenapa.Katanya petua orang- orang tua.
1 biji bawang besar
Santan
    *Kitorang takde santan segar. Jadi pakai santai kotak 100ml
    *Sikit je guna santan sebab tak nak terlalu berlemak
2 biji tomato
Daun kunyit
Air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
    *Lagi bagus guna kunyit hidup

Cara- caranya:

- Kisar bawang bersama cili.
- Panaskan periuk. Masukkan kisaran bawang dan cili tadi.
- Masukkan santan dan air. Gaulkan bersama bawang dan cili.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan ikan. Gaul berhati- hati nanti ikan hancur
- Ambil sebiji tomato. Belah kecil- kecil dan masukkan dalam periuk.
*Kalau tak nak gunakan tomato, boleh gunakan samada nenas atau asam gelugor.
- Masukkan daun kunyit.
- Sambil tu hancurkan tomato di dalam periuk untuk mendapatkan rasa nya.
- Pastikan masak lemak sentiasa digaul supaya tidak pecah minyak.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Bila dah masak (tomato yang dimasukkan di awal tadi dah lembut), masukkan hirisan tomato.
*Tomato ni dimasukkan lambat supaya lebih segar.
- Tutup api,

Dan hasilnya,


Masak Lemak Cili Api Makmertua. Phuhh, terangkat habis.


5 comments:

  1. fav i ni maklumla org nogori hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarah bkn org nogori pun suka.hehe, lagi pedas lg mengancam.

      Delete
  2. org kata bila masak mmg kena ganjilkan cili tu. sebabnya bagi sedap masakan tu.

    ReplyDelete
  3. suka sangat ni...anak pula xsuka pedas.
    kalau letak cili kemudian ok ke?
    nak angkat untuk anak2 dulu... :)

    Tips Elak Anak-Anak Bergaduh Supaya Tenteram Rumahtangga

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas