Wednesday, 13 February 2013

Kejayaan Lelaki

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dari FB Inteam

Antara kejayaan lelaki apabila sudah berkahwin:

1) Perut semakin ke depan
Oh, semakin sangat. Sekarang tengah berdiet sikit. Agar tidak lebih maju ke depan

2) Misai/ janggut semakin menebal
Misai?Tak minat tengok suami kalau dia bermisai. Jadi, takde misai.
Janggut, ye. Tapi takde la tebal pun.

3) Pemakaian semakin kemas.
Sebab ada tukang komen. Tapi kadang- kadang buat tak tau jugak.
Baju kerja pulak, dah ada yang 'iron'kan. Kalau tak, selamba je pakai baju tak yah 'iron'.

4) Rezeki semakin murah.
Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki Allah kurnia kan.

5) Bertambah romantik.
Err, tak tau la nak cakap bertambah ke tak.
Birthday hari tu tak dapat hadiah pun :(
Tapi bila cuti, dia la yang masak, dia la yang basuh kain, dia la yang sidai kain.
Hmm, romantik dalam cara dia la kot.

5 comments:

  1. syiokkk la die tolong wat keje rumah...

    romantic in his own way... swit peee... hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Sarah, kamu dah tukar header! HIHI.

    Setuju sangat dengan kejayaan lelaki yang no 1. HIHI. Mestilah semakin ke depan dgn jayanya. Dah ada orang tlg jagakan makan minum. Bahagia lettewwww... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tukar header.tukar template.saje buat perubahan.hehe

      Delete
  3. hehe perut ke depan harus di sekat... jgn kedepan sgt... kan3..

    sep! xgemar jugak tgok husband ada misai or janggut.. dah naik tunggul2 halus tu pun suh dia shave..

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas