Salam sejahtera..
Cerita ni patutnya share dari ari sabtu lagi.
Tapi asyik takde masa, badan pun tak best je awal- awal minggu ni.
Jadi mood nak stori- mori kat blog pun dah ke laut.
Apa yang di tangkap tu eh?
Bukan la ayam ke ikan ke apa ke.
Cuma yang ni..
Set tilam baby!
Alkisah nya khamis minggu lepas,
masa tu seriously rasa boring je duk rumah.
Pastu terfikir, kalau dah beli tilam and bantal untuk baby boleh la buat kerja jahit- jahit ke.
Tup- tup malam tu before tido, terbaca entry kak Aty nak jual tilam kekabu baby.
Telek gambar, diskus dengan husband, terus email kak Aty nak cop tilam tu.
Ari sabtu jumpa kak Aty kat R&R jejantas sg buloh, bayar.
Phuuh, satu benda dah boleh tick.
Dari ari sabtu sampai ari ni baru sempat nak bukak.
Tilam, bantal, sarung- sarung nya semua okay.
Nampak baru lagi.
Ibu dah siap baring- baring atas tilam. Nak test try la konon nye.
Enak empuk je tilam tu. Ibu yang rasa nak pejam mata pulak.Hehe
Satu tilam empuk, 2 bantal kepala, 3 bantal peluk dan sarung- sarungnya.Banyak tu.
Thanks kak Aty. Dapat jugak jumpa Qaleef yang chomel tu.
Lepas jumpa kak Aty, kitorang lunch kat Burger King kat R&R tu.
Sebab dah teringin nak makan whooper tu.
2- 3 hari lepas tu, husband bagi tau dah tak boleh makan burger king.
Penyumbang Israel jugak tu. Oh ye?
Lepas makan, semangat nak cari barang untuk baby meluap- luap.
Alang- alang dah kat Sg. Buloh, so kitorang jalan- jalan nak survey barang baby kat OU.
Pergi kat satu level tu, banyak pulak kedai baby macam Mamours, Mothercare.
Rambang mata ibu!
Survey je dulu.
Sekarang tengah cari stroller yang best.
Dapat pancing dua barang je dulu.
Baby cot & towel kecik.
Tu pun cari kat Jusco OU.
Next month nak pancing- pancing lagi.
Storage box ni, kira barang baby yang first kitorang baby.
Sebabnye, senang nak simpan barang- barang kecik lain bakal dibeli nanti.
Oh ye, start 18 feb ni sampai 3 minggu jusco OU ada baby fair.
So ibu- ibu, ni la masa nak grab barang- barang baby murah la sikit.
ala2...tomey2nyer...bulat2...mesti baby sedap tdo nnti...
ReplyDeleteBest nye, tapi jauh.... :( dah tak larat nak travel..
ReplyDeletewahhhh... comelnya tilam baby diaaaa.... polkadot dot dot lagi uollsss... HIHIHI. mesti lena je si kecik tu tidur. :)
ReplyDelete@cik mah : hope baby tak la tiru ibu dia yang kuat tido ni.huhu..
ReplyDelete@qiela : takpe, tggu baby fair yang dekaat2 je.barang2 mesti sama kat mn2 pun, kan.
@amalina ali: nana, polka dot tu sarung je.tilam nye gambar otomen.hehe,kalau bby gurl ganas la dia nnt.tido je tgk otomen.
@diyana : stries memang cantikla.
comelnya tilam baby..geram tgk :)) storage box tu saila pun bercita2 nk beli jgk, utk simpan brg2 kecik kan :)
ReplyDeletestorage box yang besar gabak ni murah je.rasa nya tak sampai 20hinggit pun.hehe
Deletebest kan shopping. Hehehehe
ReplyDeleteshopping always xtvt paling best.hehe
Delete