Wednesday 20 February 2013

Tips: Elak Stretch Marks Pada Kulit Perut

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tips ni dari experince sorang kawan.
Prof. Dr. Abd. Hamid Arshat juga ada menulis mengenai ni dalam buku beliau "Baka & Zuriat".

Semestinya bila baby dalam perut makin membesar, perut kita pun jadi makin besar,
Lama- lama kulit perut jadi tegang, dan akibatnya pecah- pecah berjalur (stretch marks).

Dalam buku Prof. Dr. Abd. Hamid dinyatakan dua faktor yang menyebabkan kulit perut pecah- pecah:

1) kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu bawah kulit menjadi lemah,
2) pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit , menyebabkan kulit perut pecah- pecah.

Kesannya, stretch marks akan berkekalan selepas bersalin walaupun berkurang sedikit.
Jadi, untuk mengelakkan stretch marks ni perut  si ibu sepatutnya di sapu dengan minyak DARI AWAL KEHAMILAN sehingga saat bersalin.
Perkongsian dari kawan, minyak yang paling baik adalah minyak zaitun.
Katanya yang lagi bagus Extra Virgin Olive Oil.
Bila perut disapu dengan minyak zaitun perut jadi licin, cantik sampai lepas bersalin.

Sekarang guna yang ni je. Kot-kot menjadi, takde stretch marks guna minyak ni,
Sarah buat review lepas bersalin nanti ya :)



1 comment:

  1. Jom jalan-jalan blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/01/hilangkan-stretch-mark-dengan-shaklee.html

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas