Wednesday, 13 February 2013

Oh Bayiku : Perkembangan 17 minggu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pagi tadi sempat ber'sms' dengan member sekolah.
Dah lama tak contact pun.
Bila bagitau pada dia yang dah pregnant, memang hampeh punya dapat reply msg,
"Subur jugak ko ni"
Haa, tau la masa sekolah dulu kerempeng kan.Jalan pun angin boleh tolak.
Tapi bukan bermakna tak mampu.Hee. *Syukur, alhamdulillah.

2 minggu lepas, masa tengah scan baby, mula- mula baby pandang tepi je.
Jadi, boleh nampak jelas tulang belakang baby,
Baby pun tak duduk diam dah.
Asyik bergerak je.
Aktif betul. Takpe, anak ibu sedang membesar.

Dalam pada tengah baby bergerak, tiba baby pandang depan.
Macam tahu ibu ayah tengah tengok dia,
Apalagi si ayah, memang excited sungguh.

Minggu ni baby dah 17 minggu.

Kredit: baby center

Perkongsian dari baby center

"Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah"

-baby center-


Oh, ibu dah rasa baby makin membesar sebabnya:

- semua seluar lama dah tak boleh nak butangkan.kalau boleh tak nak zip baru selesa.
- berat dah naik 4kg dalam masa kurang dari sebulan
- pinggang mula tak selesa. macam kena tarik- tarik.
- tak boleh duduk lama. kalau dalam kereta paling lama 1 jam dah buat sakit punggung.

Apa pun, semoga membesar dengan sihat sempurna, baby. Amin.






13 comments:

  1. cantik laa header... haha out of topic plak ttbe (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa. tq.
      tengah dalam usaha nak kemas2 kan blog ni.hehe

      Delete
  2. sukanya tgk org lain dh ada baby dlm tummy.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. saila soon. insya Allah nnti ada rezeki.amin

      Delete
  3. same age..due bile? july gk eh.. baby tqah minggu ni 17 minggu gak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah minggu ke-3 july nnti.hehe, sebaya la nnti.

      Delete
  4. waaa bestnye....ecah belom ada rezeki lagi...cepat2 usaha dpt kejar baby akk..hehe..take care ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sempat lagi ni.boleh sebaya.hehe

      Delete
  5. sukanya ada baby dalam tummy. imah ada lemak je nih.hehe...Hope adalah rezeki nanti. For sarah, take care k! jaga diri & kesihatan elok2 tau =)

    ReplyDelete
  6. bestnya sarah.. mesti hari hari rasa tak sabar nak tau perkembangan baby kan.. doa kan dija jugak ya :)

    ReplyDelete
  7. sarah, gender tak nampak lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ari tu scan tak nmpak lagi.huhu

      Delete
    2. orang kata 16weeks (4bulan) dah nampak. huhuu...rasa macam berdebar pulak nak pergi scan...

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas