Monday 4 February 2013

Puding Triffle

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alkisah hari petang Khamis lepas,
Masa tengah merilexkan diri, maksu husband call,
jemput datang rumah hari Ahad (semalam), ada makan- makan sempena birthday anak bongsu dia.
"Maksu buat potluck. Potluck tu maksudnya BUAT SENDIRI ya, bukan dari kedai"

Siap ada syarat nak kena buat sendiri tu.
Si tangan keras ni puas memikir apa yang paling senang, mudah, sekali buat dah boleh jadi.
Mula- mula nak buat puding caramel.
Sekali fikir lagi, rumah serba kekurangan.
Member pulak bagi idea.
"Buat la Triffle"
Ada peti ais dah boleh jadi dah!.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ye, tahu. dah ramai buat triffle ni.
Dah menjadi sedap enak.
Tapi Sarah mau share juga resipi triffle dari dapurku.

Resipi Triffle Enak, Sedap, Simple.

Bahan- bahan
1 biji Swiss roll. Sarah tak jumpa Swiss roll, jadi guna Tiger roll (harimau gulung-gulung gitu).
*Kalau kek chiffon pun boleh guna juga.
*Sarah gunakan term Swiss roll.Senang.
1 tin buahan koktel
1 tin susu cair.
200 ml air
Esen vanilla (beberapa titik)
2 sudu tepung custard (membukit)
3- 4 sudu gula
Serbuk jelly (Sarah gunakan serbuk jelly nona perisa strawberi)

Cara membuat
Nama je Triffle, tapi yang Sarah buat ada empat lapisan.

Lapisan pertama: Swiss roll

Potong Swiss roll. Ikut kesusaian bekas yang akan digunakan.
Gunakan air dari buahan koktel untuk basahkan Swiss roll. Jangan sampai lembik pula.

Sarah ikut advise member, sebab nak buat potluck, better guna bekas kecil- kecil.
Jadi, Sarah guna bekas macam pict bawah.




RM15.50 untuk 10pcs. Quite pricey tapi bekas cantik & boleh guna banyak kali.
Cari dekat Bagus Outlet, Seksyen 13.Shah Alam.
Boleh klik Bagus untuk lebih info.
First time beli barang baking kat sini.
Tapi syok juga sebab ada banyak pilihan. Kedai pun luas dan tersusun. Nak pilih barang pun senang.

Okay, hasil lapisan pertama.
FYI, untuk satu Swiss roll, dengan potongan tebal 1-1.3 cm, boleh dapat dalam 19 cups.



Lapisan kedua : Puding custard

Bancuhkan 2 sudu tepung custard (bukit), 3 sudu gula, 200ml air, 1 tin susu cair & beberapa titik esen vanilla.
Bila tepung dah larut, masakkan bahan tadi di atas api sehingga likat. 
Custard akan nampak berkilat bila dah masak.
Tuang atas lapisan pertama.
Biarkan sejuk.

Lapisan ketiga : buahan koktel

Masukkan sikit- sikit buahan koktel (tanpa air) ke atas lapisan kedua.

Lapisan keempat : Jelly

Masak serbuk jelly mengikut arahan belakang kotak.
Bila dah masak (menggelegak), sejukkan sekejap. (sekejap je tau, jangan sampai dah jadi jelly)
Masukkan ke dalam bekas diatas lapisan ketiga.
Sejukkan triffle di dalam peti ais.

Dah boleh dimakan.
Dan, selamat mencuba.




To birthday girl yang cantik, ayu, anggun, bijak. Nur Hanis Sofia,
Selamat hari lahir ketiga.
Pia yang chomel dengan kek barbie yang kiut.


sumber resipi : kawan, my resipi.








9 comments:

  1. eh.. nak try laa buat triffle jugak...
    *wahaha, dh kawen ni, mcm2 nak try... bujang2 dulu men beli kat kedai je kan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana, senang je nak buat.sekejap je pun dah siap.
      dah kawen kena la main masak- masak kan.huhu

      Delete
    2. mmg no wonder kalau cik abg nye mengembang..
      ahakz!

      Delete
    3. takpe, nnti orang tnya, boleh la jawab..
      dah wife jaga molek2.hati pun senang.haha

      Delete
  2. saila pernah try bt,tp xmenjadi sgt..huhuhu! xtau la kat mana silapnya..xde bakat kot..hukhuk T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh yeke,boleh cuba lagi saila.maybe kat custard kot.yang tu kena sukatan okay.masak pun kena likat.yang lain,bahan dah sedia ada.

      Delete
  3. nampak sedap!nak try lah..dari xde ape nak buat kt umah, baik masak2...hubby pon senang hati..hehe

    ReplyDelete
  4. nampak sedapla. btw salam kenal and follow sini :)

    ReplyDelete
  5. laaa sng je buat trifle ni sbnrnya??? hehe

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas