Thursday, 19 April 2012

Minum Air Bantu Lulus Periksa

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dari Utusan online.
Mungkin membantu untuk sesiapa yang bergelar pelajar seperti saya :)


Minum air bantu lulus periksa

LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!

Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.

Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.
Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.

Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan......
 (berita full dalam Utusan)



~Selain bawa air ketika peperiksaan bagus juga bawa air ketika di dalam kelas. Kerana sifatnya yang lembut. Molekul air yang akan berubah mengikut kata yang "di dengar" atau "dilihat". Molekul air berubah menjadi lebih baik dan lebih indah ketika mendengar ilmu ketika didalam kelas dan kita sebagai peminum nya dapat menyerap air yang bersifat baik ini. InsyaAllah :)










1 comment:

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas