Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nasihat pertama dan kedua.
Berpuas hati lah kepada suami dengan apa yang ada pada nya dan mendengar katanya dengan baik serta penuh ketaatan.
Nasihat ketiga dan keempat
Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami. Jangan sampai matanya memandang daripada mu sesuatu yang buruk dan mencium sesuatu daripada mu melainkan yang harum.
Nasihat kelima dan keenam
Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makan nya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur akan menimbulkan rasa berang.
Nasihat ketujuh dan kelapan
Jagalah harta nya dan peliharalah keluarga dan anak- anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan dengan anak- anaknya adalah memelihara nya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah. Maka, pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.
Nasihat kesembilan dan kesepuluh
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan pabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanah nya. Juga, jangan lah engkau bergembira tika dia bersedih dan jangan lah engkau menampakkan kesedihan tika dia sedang bergembira.
Kredit : Solusi #42
my mom send this to me :) tak tahu pulak dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. :)))))
ReplyDeletewaaa ! memang Berguna sangat . thanx Share :)
ReplyDeletetq sbb share. sgt bguna. byk jgk tanggungjwb yg perlu kite ikut.
ReplyDelete*neway, nice to know u. ^_*