Saturday 10 March 2012

Pemakaian Inai Di Jari

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pict edit dari Mr Google ;zoom pada inai shj. 


Inai seperti sinonim dengan majlis perkahwinan.
Ibaratnya, manamana pengantin yang tak memakai inai seperti tiada seri.
Di katakan inai berasal dari budaya Hindu.
Jadi, pemakaian inai bukanlah perkara remeh yang boleh di lepas pandang.


Sekadar perkongsian


Fatwa Kebangsaan Malaysia
"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam  Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan."


Suka tengok pict Lisa bersanding. Nampak natural.
Then, zoom pada tangannya---> takde ukiran inai pun.
Kredit foto: FB Lisa Surihani



4 comments:

  1. hihi..bgus perkongsian ni..ramai tak tau..

    ReplyDelete
  2. kite pon xpakai inai ukir2. pakai inai pokok je!

    eh dah exchange link. sorry lambat! nice to meet u!

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas