Thursday 15 March 2012

Kenapa Ia nya Ganjil??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..



“Salinglah kalian memberi hadiah. Nescaya kalian akan saling mencintai” Al-Adab al- Mufrad, Hadis no.594 dengan sanad Hasan.

Sudah menjadi adat bagi kita masyarakat melayu memberi hantaran semasa majlis perkahwinan. Jika tiada hantaran seumpama tidak lengkap sesuatu majlis. 
Berdasarkan hadis di atas pemberian hantaran (pemberian hadiah) bermaksud sebagai tanda saling mencintai antara kita, selain tanda kita menghargai dan berterima kasih kepada pasangan kita.

Tapi…..
Kenapa mesti jumlah barang hantaran nombor ganjil??

Tak tau jawapannya… Kena la Tanya atuk nenek dulu nie.
Tapi, mungkin jugak ada kaitan dengan ini
-Allah itu Yang Esa 9 (1)
-Ada 99 nama Allah
-Solat 5 waktu sehari semalam
-Bacaan ruku’ dan sujud 3x
-Wuduk sunat dilakukan 3x
-Seminggu ada 7 hari
-7 lautan, 7 langit
…………Bukan semua nya ganjil ke?Wallahualam.

Ada soalan lagi ni..
Kenapa jumlah barang hantaran perempuan selalunya lebih satu dari lelaki??

Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil…..

Tapi perasan tak, lelaki dah bagi duit hantaran yang super-duper banyak tu.
Plus, mas kahwin (yang ni wajib la)
So, adil la jugak tu kan.

Berkenaan jumlah barang hantaran pulak, tak semestinya kalau bagi gadjet mahal letak kat situ maksud nak menunjuk kan?
Dan tak semestinya kalau barang orang tu sikit and biasa aje maksud orang tu tak mampu.
Cuma ikut la citarasa hati sendirisendiri. Mungkin, barang tu memang dah di idamkan lama. Then,bagi la masa hari kahwin. Baru rasa macam ada  value sikit.
Tapi (ada lagi tapi tu), tak perlu lah sampai ikat perut untuk tampak mewah =)
Appreciation to my love Nuha for sponsoring this lovely cupcakes during our engagement day.

Bouquet of jelly sponsored by Pn Linda, jiran. And Sireh junjung sponsored by my love mum.

No comments:

Post a Comment

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas