Monday 22 July 2013

Lahirnya Muhammad Zharif- part 1

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Lama jugak rasanya blog ni terbiar.
Maklum lah, bila dah ada si kecil ni,cara hidup pun dah bertukar.
Bz kemain.
Melayan kerenah anak.

Pagi bangun, kalau baby tak bangun lagi, tula masa untuk siapkan diri sendiri.
Kadang tak sempat tak bertungku,bekung,pilis semua tu,baby dah bangun.
Memang la dah tengah hari baru dapat buat semuanya.

Cerita pengalaman bersalinkan Muhammad Zharif still Sarah nak ceritakan kat sini.
Sekadar nak share & pengalaman bersalinkan baby first ni amat berharga.
Even next pregnancy pun tak akan sama dah.

2 Julai 2013
Masa nak solat Asar perasan panties basah.
Walaupun tak banyak,tapi bukan benda yang biasa.
Cuma still buat tak tahu.

3 Julai 2013
Monthly check up kat KK Seberang Jaya.
Bagitahu doc hal semalam.
Doc suruh refer hosp.
Sampai hosp, katanya diorang tak akan buat check up unless masuk wad.

Tapi rasa macam ok &teramat tak suka masuk wad.
Jadi balik je. Tak buat check up pun.

Masa nak solat Zohor,
Oh,panties basah lagi.
Risau apa-apa jadi,so pergi aje hosp.

Admit satu malam,diorang nak pantau samada betul ke air ketuban dah leaking.
Jadinya sepanjang kat hosp kena pakai pad hosp, & setiap kali nak tukar pad,kena tunjuk kat nurse pad lama.

Tiap kali tukar,rasa macam kering aje pad.
Tapi sebenarnya tanpa sedar ada sekali pad tu memang basah.
Nurse yang detect.

4 Julai 2013
Pagi tu,masa doc round check mengharap sangat dapat berita boleh discharge.
Sekali doc tu bagitahu,yes boleh discharge tapi dengan baby!
Maksudnya??
Kena paksa bersalin walaupun belum ada tanda contraction!

Jadinya, nak kena masuk ubat induce.
Kena tunggu husband sampai, sign consent & kalau contraction belum ada jugak,paling lewat Ahad kena bersalin.

Tak tahu kenapa,tapi masa call husband rasa sedih sangat.
Dia pun dari KL  terus ambik EL.
Sementara tu tunggu parents Sarah dari kampung,datang Penang satu kereta dengan husband.
Maghrib baru diorang sampai.
Terus sign consent,sebab esok pukul 6pg dah nak induce ubat pill.

5 Julai 2012.
Awal pagi nurse dah kejut.
Check CTG dulu before induce.
Pukul 6 pg,doc masuk kan ubat pill.

Satu jam lepas masuk pill,tak boleh pergi toilet.cuma boleh baring je nak make sure ubat larut.
Lepas satu jam,check CTG semula untuk check condition jantung baby.

Sepatutnya bila dah masuk ubat kita akan mula rasa sakit-sakit perut.
Kire dah start contraction. Tapi seriously, Sarah tak rasa sakit langsung.
Nurse dah tanya banyak kali sakit tak perut..
Selamba jawab "takkk..."

Then, pukul 12+ nak masuk ubat lagi sekali.
Bila doc check,patut la tak sakit,rupanya ubat tak resolve!
Masuk ubat &rest 1jam.
Lepas satu jam,check CTG semula.

Siap-siap je check,baru je nak jalan masuk bilik semula, doc panggil.
Then,dia check balik ubat tadi.Still,tak resolve jugak!
Degilkan??
Tapi lepas tu doc bagitau slowly...
"lepas ni siap-siap.then,kena masuk labour room dah.walau macam mana pun awak kena bersalin hari ni"
Dengar-dengar je terus macam sayuuu sangat rasa.
Sebak.
Minta izin jap 10 min nak solat zohor.

Bila dah sampai bilik,terus call husband bagitau condition.
Masa tu sayu sangat-sangat. Dengan husband yang sampai hosp lambat.
Lepas tu,datang plak sorang nurse ni suh cepat-cepat prepare.
Even dah bagitahu nak solat pun dia yang macam marah-marah.
"tau tak jantung baby kamu dah tak stabil?!"
Aisyyyy...

Siap-siap solat,nurse terus tolak masuk labour room.
Sambil tu call husband suh cepat. Takut tak dapat jumpa before masuk.
Sebenarnya,takut...takut terus tak dapat jumpa.

Before masuk LR cakap kat nurse nak tunggu jap husband sampai.
Tapi tak sempat gak.
Terus masuk LR tak sempat jumpa siapa-siapa.
Sobssss...

*terasa macam panjang sangat cerita,so kita sambung part 2 ye untuk episod yang lebih dramatik.hikss.

17 comments:

  1. so, yg basah2 tu, mmg air ketuban lah ye Sarah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye yana.lg pun mmg air tu warna putih jernih n takde bau pape.tp sbb leak sikit je jd tak terasa la masa keluar tu.

      Delete
  2. alahai....sayu lak baca cerita sarah ni...x sbr nak tgu sambungan...mcm baca novel da..hehe..pape pun dah slmt semua kan...jaga diri n baby baik2 ye...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ye,ayong.tggu sambungan part 2.sarah tgh karang.heee

      Delete
  3. Sarah, nana pulak yang rasa touching. cepat buat sambungan tu. lepas ni dah turn nana nak kena cerita pengalaman mcm ni pulak. HIHI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni baca cerita nana plak kan.pejam celik je tibe2 dh due.

      Delete
  4. sarah dah bersalin yer..tahniah sarah..dapat baby boy yerr..sambung 2nd episode tau..tak sabar nak tau..hehe..

    tahniah again.. :)

    ReplyDelete
  5. Alahai.. sambungan ke... suspen la baca
    nak tau cite selanjutnye..
    up entry cepat..
    ape pun tahniah dah ada org baru..
    selamat berpantang yea Sarah!

    ReplyDelete
  6. Sedih baca cerita sarah ni..cepat sambung! tak sabar nak tahu..imah plk yg berdebar-debar nak tahu..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarah cpt touching.tu yg asyik byk cite touching.hee

      Delete
  7. fuhh! myna baca yg part ni pun dah rasa mcm nervous gilaaaa, and tiba2 pegang perut sendiri mcm nak sakit plak hhahaha,. btw congratz sarah, take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taun dpn merasa la ye myna.haha.tp lain org lain experiencenya.

      Delete
  8. llahhhh sedihnya.mmg jantung baby dh lemah sgt kot.sbb air ketuban dh keluar.neway tahniah dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq rara..yela,nurse tu pun buat kerja dia kan.pape case diorg jugak yg kena.

      Delete
  9. mula2 nak ucap tahniah,,, mmg seksa kalau kena induce kan,, pengalamnan KA sendiri

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas