Thursday 9 October 2014

Frustuated!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Bila berhajat nak terus update blog, ada je sesuatu yang buat hilang mood tu.
Erm, update pun bukan cheritera sensasi apa.
Cuma hal family & anak- anak.

Cerita frust ni bukan hari ni punya cerita.
Dah lama, dah 2 minggu kot.
Tapi bila ungkit, masih lagi terasa pedih + kecewa.

Early Sept, Sarah ada buat permohonan untuk berpindah ke UiTM Pasir Gudang.
Erm, berat hati nak buat decision pindah sana.
Sebab kat P.Pinang ni dah rasa selesa.
Rumah dekat dengan office, dekat dengan hospital.Tak jammed.
Kos hidup pun takde la tinggi sangat,

Tapi, harus berjauhan dengan sang suami.
That's why kami sepakat, untuk pindah Johor.
Husband dah dapat kerja kat JB.
Disebabkan UiTM Pasir Gudang still lagi belum betul- betul cukup staf, so macam berharap sangat mudah dapat kat sana.
P.Pinang dah dapat pelepasan.
Tunggu apa kata Shah Alam.
Tunggu punya tunggu, tup-tup selepas 3/4 minggu apply, kata TAK DILULUSKAN.

Hancur hati, patah semangat.
Satu hari berendam air mata.
Bukan saja-saja apply nak duduk dengan husband, tapi reason Zharif.
Dia perlukan perhatian both parents dia.

Kadang- kadang rasa nak jadi fulltime housewife.
Tapi, siapa mau bayar contract rm100000 tu.
Pastu, no shopping, no jalan- jalan macam sekarang.

So now, buat rayuan lagi.
Still kena tunggu Mac nanti baru tahu macam mana.
Harap- harap dipermudahkan la.

Erm, dilema ni bukan saje pada kami.
Tapi staf gov yang lain pun sama perlu sacrifice. PJJ dengan suami.
Cuma, ada bernasib baik, dapat la rezeki dapat duduk sekali.
Tu pun, sabar menunggu.

8 comments:

  1. sabar ye,rara dah rasa dah PJJ.mmg sedih,mmg susah.bertabah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sedih tu yg jadi tak tersabar kadang2.hee

      Delete
  2. samalah situasi ngan adik kita, sarah.. dari start kawen PJJ dgn suami.. tahun ni tahun ke-5.. tahun depan anak dah sekolah lagi terasa PJJ ngn suami.. takde sedara mara plak tu.. mmg adik duduk be3 je ngn anak.. husband jumpa 2x sebulan.. tu pon 2 hari je.. tp mmg kuat semangat taw psgn yg PJJ lg2 isteri yg jaga anak2 sendri ni.. apa2 pon, harap2 sarah tabah ya.. insyaAllah, ada rezekinya duduk ngn husband..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 tahun!wow!..tak sanggup.huk huk.tak terbayang macam mana nak handle anak2.

      Delete
  3. Sabar yer..Saya doakan semoga dipermudahkan..Amin..

    ReplyDelete
  4. sabar ye sarah..moga2 Mac nanti ada la berita gembira utk sarah sekeluarga. saila pun tgh risau2 ni kalau husband kena outstation lama..xtau mcm mana stay berdua dgn anak nnt..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kuat saila.ni hari2 dah jadi biasa.tp bila bertiga nanti taktau la macam mana.

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas