Friday 31 October 2014

Abang Cemburu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kali pertama selepas ibu balik dari hospital, abang Zharif tengah tidur.
Bila dia bangun, dia nampak ibu dia pandang je ibu.
Yeah, ibu dah ada!
Dan ibu tahu, Zharif rindukan ibu kan? (Tak, ibu yang rindu amat.>36jam tak puas jumpa)

Zharif datang, minta dukung, tapi maaf sayang.
Ibu belum sihat betul lagi.
Sayu hati. Dia masih belum puas manja.

Bila dengan adik, straight je pandang.
Taktau apa makna pandangan tu.
Geram ke, ke engkau lah yang merampas kemanjaan ku.
Kecik-kecik je ku pandang kau.
Kalau biar lama, habis adik kena cucuk- cucuk dengan abang.

Paling seriau bila dia tengah berlari.
Sekali vrooom,macam takde brake.
Sikit lagi nak sampai kat adik baru nak belok.
Mau penyek adik kena langgar ngan abang.

Time adik dah rengek time tu jugak lah dia nak manja.
Belum sempat ibu angkat adik, cepat- cepat dia dapatkan ibu.
Duk atas riba, lepas geram. Gigit baju ibu.
Aduhai anak.

Ibu sayang kasih cinta rindu Muhammad  Zharif sikit pun tak kurang.

2 comments:

  1. Budak2 bile dapat adik macam ni la. Manja dia lebih lagi. Dia nak perhatian. Takpe abg zharif good boy. Jaga adk ye nanti

    ReplyDelete
  2. Sedih pulak baca. Terbayang kalau saya dpt anak kedua nnt macamana dgn anak sulung. Mesti mcm ni jgk for sure.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas