Tuesday, 29 January 2013

Dah Mula Jadi Orang Paling Busy di Pagi Hari

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hah!
Baru hari pertama, dah nak claim diri orang paling busy kan.
Baru tahu, bkn senang jadi surirumah.
Fuhh, bukan calang-calang orang boleh berjaya dengan kerjaya ni agak nya.

Yela, mana tak nya, time orang tengah syok- syok tidur dah kena bangun.
Tu yang dari set jam 5.30 pagi, pastu delay 5.45 plak.
Nak bangun boleh lagi berangan.
Selagi tak azan selagi tu rasa nak sambung mimpi indah.

Buat masa ni kitorang duk kat Kajang, husband plak keje kat Ara Damansara.
Jauh dan jammed!
Harus la kena prepare breakfast awal-awal pagi.
Kalau tak memang sampai hati sangat biarkan husband keluar dengan perut kosong.

Pagi ni,
konon- konon nak buat nasi goreng.
Dah tengah mamai tu, jadi la nasi goreng berperasa pedas dan manis.
Bhahaha..Dan, tak sanggup nak bagi husband nasi macam tu.
Mujur sempat siapkan sardin roll.
Okay, ada yang dia boleh makan.

Ni tips bagi siapa- siapa nak buat nasi goreng ye.
Pls jangan lupa perencah!
Kalau gunakan bawang yang dah siap kisar, make sure letak lebih banyak dari bawang yang kita tumbuk.
Kan masa kisar dah letak air, kalau letak kadar biasa memang la nasi goreng tu takde rasa apa- apa ye.

~Learn by experience:)

14 comments:

  1. MUAHAHAHAHAHAAAAA.... belajar dari kesilapan ye sarah. standard la pepagi buat sarapan. mata kelat lagi. main campak2 je semua rencah. apa rasa pun bedal je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat sedapkan hati. Kan setiap kesilapan tu permulaan bagi suatu kejayaan.:p

      Delete
  2. hee~
    tough kan jd suri rumah ni... even merasa time ujung2 minggu je...
    lucky me husband keje dekat, masak pun simple2 je.. but most of the time husband yg masak... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la yana husband yg masak kan.huhu,boleh order macam2.hehe

      Delete
    2. yana jarang order, sbb blur xtau nak makan ape.. mkn je ape yg husband masak..
      husband je duk demand nak mkn itu ini.. nasib dia masak sendiri.. kah3

      Delete
    3. kalau sarah msti dah order mcm2.hehe

      Delete
  3. heheheh...ala2..baru2 mmg cam tu..nnt dah lama2 ok lah tu..silap2 husband awak soh masak tiap2 pg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tu la.dah tak nak makan luar katanya.hehe

      Delete
  4. sarah.. same la dija lepas kahwin memang suri rumah, hubby start keje awal, jadinya 5.30 dah bangun tau, memang selalu gak delay sampai 5.40 hehe tadi buat nasi goreng, tapi dah biase buat, dah okey dah, sebab barang blend memang selalu blend banyak2 letak dalam peti ais, untuk yang tumbuk2 je..hee mule2 memang tak biase, nanti lame2 sarah mesti biase :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.sbb nya sarah biasa nak buat nasi goreng, bawang tu tumbuk o cincang halus.jd bila guna yg kisar tak pandai nak agak dah.

      Delete
  5. jadi surirumah bizi....patot dpt gaji 2k sebulan...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la.patut wujudkan pekerjaan surirumah.hehe, pastu gomen bayr gaji.

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas