Friday, 21 September 2012

Bercuti aka Honeymoon di Tanah Tinggi Cameron (2)

Assalamualaikum
Salam sejahtera...

Sebelum basi, nak sambung cuti-cuti kat Cameron part 2 plak.

Petang tu lepas hujan stop, kitorang sambung jalan- jalan lagi.
Jalan- jalan ambik udara petang sangat nyaman.
Nak pergi mana- mana farm semua dah tutup.
Mostly tutup dalam pukul 7.
Tak sure kalau weekends n cuti sekolah macam mana.

Brinchang sejuk sangat- sangat.
Baru lepas hujan kan.

Hari Selasa malam ada pasar malam kat Ringlet.
Tapi, bak kata husband, 'rasa dah macam kat luar negara la!'
Haha, memang kat luar negara sangat.
Pasar malam kat Ringlet ni penuh dengan warga asing.
Tak best lah!

Bukti betapa ramai warga asing. Tapi, mereka pun manusia macam kita jugak kan.


Orang kata kalau pasar kat Brinchang baru best.
Tapi ada hari tertentu aje.
Nak senarai pasar malam boleh check kat sini.

Dah abis jalan husband tiba dapat sms dari kawan dia yang kerja kat Cameron.
Nak belanja dinner!
Yeay, ada orang belanja lagi.
Best2!

Kong, kawan husband yang set place.
Kitorang tak kisah janji halal.

Ber'steamboat @Glory78 Steamboat and Snack Corner

Tq Kong, treat us for dinner.

Before menu utama, makan kekacang dulu.

Banyak woo. Ni baru satu plate. Ada plate yang lain lagi.

Tak sabar menunggu nak makan.Lapar..

Seronok ye jumpa kawan lama. 
Lama kot kat sini.
Balik terus tidur. Esok nak jalan awal pagi.

Hari ketiga, breakfast kat Tanah Rata lagi.
Tapi kali ni tukar kedai.
Kedai ni recommended.
Ada banyakkk pilihan untuk breakfast.
Dekat dengan Maybank kat Tanah Rata tu.


Sarap nasi lemak dan bihun sup!

Next, naik semula ke Brinchang.
Sekali lagi jalan ke Bea Farm & Tea Boh Plantation, Sungei Palas.
Sebab Kong kata Ladang Teh Boh yang ni lagi cantik.

Kotak- kotak lebah di EE Feng Gu Bee Farm, Brinchang

Naik ke Tea Center, Sungei Palas melalui ladang- ladang teh.

Kepenatan. Kena jalan lebih kurang 200m baru naik ke atas. Kat sini kereta tak boleh parking atas. Ada parking area kat bawah, then boleh pilih samada nak naik melalui ladang teh atau jalan tar.

Pose berdua. Tq pada Abg. Adnan yang bermurah hati offer diri nak ambik kan gambar kitorang.

Laluan nak ke kedai jualan barangan teh Boh.Cantikkan lagi sini dari di Habu.

See, ladang teh yang menghijau. Sihatnya mata ku.

Suka beli sandwich kat Boh Sungei Palas.
RM6/ pc. Tapi sayuran pada sandwich memang terasa kesegarannya. Crunchy!

Habis jalan kat ladang teh, jalan pula ke Rose Center, Brinchang.
Cantik lagi!
Suka tengok bunga yang warna- warni. Besar & segar plak tu.
Geram woo.
Kitorang naik sampai la ke atas sekali.

Di celah- celah bunga ada insan yang bernama Sarah.Hehe

Laluan nak naik tempat paling tinggi. Sampai sini je mampu.Sebab nak lompat- lompat macam kat bawah ni.

Jangan tiru aksi ini kalau tak nak koyak lutut ya!

Dah puas lompat, turun ke Kea Farm.
Beli bunga untuk mak.
Tak tau la murah ke tak bunga kat sini.
Asalkan balik ada something. yang berbunga.Haha

 Pastu, kitorang ke Taman Sedia.
Satu perkampungan melayu yang ada banyak agro farm.
Last day kat Cameron, so nak beli something untuk dibawa pulang.
Rasa yakin sikit nak beli barang kat sini.


Kat sini pun banyak ditanam strawberi

Dah habis beli- belah, tiba masa untuk pulang.
Wahh, tak puas rasa nya percutian 3hari 2 malam di Cameron Highlands.
Banyak lagi tempat yang tak sempat nak jalan & ambik gambar.
Next time datang harus pergi tempat macam Galeri BigDee & The Smoke House di Tanah Rata.

Otw balik KL, melalui Tapah sempat lagi singgah kat Lata Iskandar.
Kalau tak fikirkan susah nak cari baju dalam luggage, dah terjun dah kat situ.
Pape pun, percutian bersama suami sangat- sangat la menyeronokkan.


Tq husband layan kerenah ambik gambar macam-macam kat sini.
Tq Shu atas hadiah yang sangat-sangat best ni.
Tak terbalas rasa nya ni.
Muah muah untuk sahabat tercinta :)







17 comments:

  1. wee...Cameron yang sgt cntk...suka tgk ladang teh tu... kehijauan... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 mila.syok tgk ladang teh yang hijau tu.

      Delete
  2. akak dah kawinn!!!tahniahhh...maaflah lame dh x on blog..huhu..semoga bahagia hingga ke jannah...barakallah.......bestnye dh gi honeymoon...ecah blom lg...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ecah.kita dah satu group.hehe. g la honeymoon.best2.

      Delete
  3. seronoknye sarah!!
    tak pernah g cameron lg -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh la nnti holiday kat sana ye ciksusu:)

      Delete
  4. sarah,dya pn cm nk p honeymoon cameroon lh..but bln october rasanye baru gi..hihihihi..
    suggestkn tmpt yg sarah dh gi tue..x pyah nk google jauh.(mls kan dya ni?hihihi)

    ReplyDelete
  5. waaa....bestnya honeymoon kat cameron ..:)
    last pegy cameron pon mase kecik2 dlu...:')
    tengok makin hebak cameron skrg...hehe...

    ReplyDelete
  6. comeL statement "betapa ramai warga asing. Tapi, mereka pun manusia macam kita jugak kan" hehehe

    BTW, saye foLLower awak.free visit/foLLow La ye
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. cameron memang best! kitorang pun baru plan ke sini nanti~

    ReplyDelete
  8. seronok tgk sarah pergi cameron..FY dah lama giler tak pergi sini..nnti nak ajak hubby lah! thanks for sharing pics

    ReplyDelete
  9. sarah, dh lama x update! ;)

    ReplyDelete
  10. wah...bestnya...da lma tak pg sini

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas